Semua yang susah akan berkesudahan akhirnya


Update terakhir:

Salam

Syukurlah.  Alhamdulilah. Sudah lama saya memberi masa untuk memindahkan tesis PhD kepada sebuah buku yang mana dapat masyarakat Malaysia membaca dan menceduk mana-mana  ilmu dan pengalaman yang ada.  Akhirnya saya menyerahkan manuskript buku ini kpd penerbit UTHM.   Jom kita berkongsi bersama-sama mutiara mutiara dari buku ini demi untuk agama, bangsa dan negara (jika ada).  Bukan nama yg saya cari-carikan tetapi .. satu perkongsian dengan nama Allah (ikhlas dalam niat).

Tolong doakan agar buku itu dapat diterbitkan secepat mungkin.  Untuk makluman, tulisan ini disemak (review) sekali lagi oleh dua orang pakar Jabatan Matematik, dari UKM, Bangi.  Adush payahnya. Tesis pula disemak oleh 2 orang pemeriksa luar UTM dan UM Sabah dan 1 orang pemeriksa dalaman UTHM  pada tahun 2009 lagi.  

Muga-muga Allah Taala memberi balasan yg setimpal dengan segala usaha yag suci murni ini.  Allah tahu penat lelah ini.  Syukurlah.

  1.  Saya mahu buku sulung ini memberi saya semangat untuk terus menulis sehingga akhir hayat.  Manalah tahu ..  ilmu anak melayu .. ini dapat memberikan sedikit cahaya kpd insan yg bergelar guru dan pensyarah muda di seluruh negara.

Sekian.  Tolong doakan.

Allahuaklam.

Tanggal JUN 4 2012/  Bilik Penerbit UTHM

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/06/semua-yang-susah-akan-berkesudahan.html