Senyum dan berjiwa besar
Salam.
Jika kita mahu maju ke depan seperti bangsa-bangsa lain, 2 sifat yg patut ada adalah:
- suka senyum bila ditegur kelemahan kita
- jiwa besar sanggup menelan kekurangan yang ada dalam bisnes kita.
Sehingga ke hari ini, saya telah menulis beberapa masalah dalam perniagaan bangsaku melayu. Kita tidak berupaya maju ke mana-mana pun jika kita tidak mahu berubah.
Untuk berubah, cuba belajar sedikit senyum kepada pelanggan pelanggan yang masuk ke kedai kita. Bukankah kita tahu senyum itu sedekah? Mat Salleh dan mek-meknya pun tahu peranan senyum dalam dunia bisnes. Saya banyak buat window shopping kat Oxford Street London dulu dan saya perhatikan bahawa pak-pak arab dan mek-meknya kalah bila mat salleh dan mek-mek salleh terlebih senyum tambahan pula dgn ayat-ayat memancingnya ' YES LUV .. anything more sir?'
Pak arab dan mek arab bila membeli baju dan pakaian warna hijau di Self Ridges ..mereka akan membeli semua size untuk satu-satu warna . Katakan lah bra yang dia suka adalah berwarna ‘hijau - janatul firdaus’ ..maka pak arab akan order semua size bra warna hijau. Itu baru bra. Belum lagi under dress yg lain. Pendeknya ..puas hatilah Mat Salleh dan Mek Salleh melayan pak arab dan ana-anakbuah arabi ni shopping kat kedai mereka. Why and how? melalui senyum yang sangat sangat lah lebar. Oleh yang demikian, shopping mereka kalau kat London ..1 minggu akan berkesudahan dengan barang-barangan sebanyak 1 kapal terbang chartered hanya untuk shopping di LONDON. Belum Paris lagi tu?
Kedai melayu ..pulak bagaimana yer? Belum sempat nak try apa-apa pun ..kita dah cepat bosan melayan pelanggan kita. Sepatutnya kita memberi customers ideas apa nak dibeli. Jika customers kita berkulit gelap .. tak kan lah item berwarna hijau pakat sesuai untuk mereka. Cadangkanlah .. jangan malu. Cuba jadi professional sikit. Disebabkan kelemahan kita , jika customers dah ada pasang niat nak beli 1 kereta penuh dengan langsir dari kedai kita … melalui layanan yang tidak seberapa … ramai pelanggan pulang membawa brochure sahaja dari bisnes kedia kita. So siapa yang rugi?
Satu lagi , jiwa besar. Tanya customers .. Ok ker sate ni Cik? Kuahnya ok ker? Dengar lah pujian mereka dan komen mereka. Catit ..jangan tak catit please. JIka 100 customers complain mengatakan kuah sate kita banyak perasa belancan .. so confirm … kuah sate kita adalah masin. Kuah sate masin mana boleh .. attract pelanggan yang ramai dan ramai pada hari-hari yang akan datang. Oleh sebab itu , saiz kedai sate bangsa ku sebesar itu jer dari tahun 1990 hingga tahun 2010. Tak besar-besar. Keadaan kerusi meja pun macam tu jer… orang lain dah pakai stainless steel lah..kita dok asyik pakai meja makan RM30 - RM50 sahaja. Dah berkulat atas meja tu. Berkulat dan hitam warna .. meja top kita. So siapa mahu stay loyal dengan sate masin/ masam kita ni?
So berubahlah.. belajar lah ..ikutilah kursus perniagaan cepat dan pantas. Belajar dari KFC/ McD. Belajar bukan setakat masuk kelas .. pergi dan record .. atur cara perniagaan KFC pun sudah dipanggil belajar tau?
Sekian. Harap senyum senyum sokmo dan jiwa tu kasi besar sikit. Pakai lah .. orang lain pula. Jangan asyik anak beranak kita jer. Kasi chance org lain dapat cari rezki dari kedai kita. Insyallah berjaya.
Wallahu aklam.,
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/03/senyum-dan-berjiwa-besar.html