senyumlah sedikit SIR ..


Update terakhir:

Salam

Orang susah senang jer memberi senyuman kepada ku.

Orang senang  payah sangat nak berikan senyuman kepada ku waktu aku baru baru dicop sebagai guru muda.  Mengapa yek?

  1.  Mungkin ini betul kot

orang susah tidak ada apa apa ..  kalau dia beri senyuman atau pun tidak kpd kalian , dia tak rugi apa-apa pun kerana modalnya  sifar/kosong.

tetapi orang orang super senang ni ..  takut nak senyum kpd orang lain (miskin) takut takut orang lain fikir ..dia boleh membantu hari ini dan hari esok.  Guarantor pak?

Wajah pengetua pengetua sekolah menengah ..zaman dahulu terbayang di hadapan mata saya.  Zaman 1970 - 1990.

Payah nak senyum cikgu cikgu begini.

Nak kata ..buat research ..tidak.
nak kata ..buat paper untuk journals pun tidak.  Nak kata sibuk buat references nak bentang paper di persada antarabangsa - konferens - pun tidak.
nak kata ..depa pandai ..tak jugak ..  ramai yg berkelulusan XYZ  sahaja.

So mengapa mereka payah mereka nak senyum kpd guru guru di bawahnya atau kepada kaki tangan di bawahnya.

Jawapan ialah mungkin mereka baka :

a)  sombong
b)  kedekut
c)  bakhil
d)  tak mesra dgn orang-orang ramai

Mengikut ..orang orang besar tetapi dah masuk zon pencen 5 - 20 tahun ..depa mengaku ..bila ada kuasa .. kita kena cipta jurang pemisah antara kita pentadbir dengan orang orang bawahan.  Baru ada rasa hormat dari mereka kpd kita Pengetua/ Guru Besar Sekolah/ PK 1/ PK 2/ PK HEM/ PPD/ P JPN.

yek ..yek yekk

Ini ilmu mat salleh seperti zaman Sir Francis Light, Sir Stamford Raffles ..
mereka ok lah .. kerana ..tengoklah stail pakaian mereka.  Seluar dan baju super keras jer pagi dan petang.

Pakai gandum kanji tertentu.

  1.  Yang hairan ..  melayu pun ada jugak ikut trend begitu ..

Saya perhatikan guru guru yang strict bila pencen .. mereka mengharungi zaman sunyi  sepi.  Tak ada orang datang menjenguk bertanya khabar pun.  Kalau sakit pun ..kau sakitlah seorang diri dan kalau kau kena loteri masyarakat pun ..tidak ada orang nak meraikan ,.. aktiviti haram mu itu. Loteri is haram ( Buku Teks - Tingkatan 5 Pendidikan Agama Islam).

Ini kita boleh lihat secara jelas di ward ward katil hospital besar di mana mana jua.

Mana ada pelawat kat katil guru guru super grand ini?

Kalau ada pun ..guru guru kecil pada satu zaman dahulu kala.  Ditaburkan bunga, di taburkan buah buahan yang beranika rupa dan rasa .. kerana Allah memberi sentuhan ajaib kpd insan lain untuk sama sama berduka dan mendoakan orang yg sakit itu.

Orang super mewah, super atasan ..  perhati sahajalah.

  1.  Moral of the story ..  bercampurlah sedikit cikgu cikgu dgn orang orang bawahan.  Tak luak ..duit kau itu.  Contoh balik dari sembahyang subuh waktu malam masih ada ..cuba hulurkan 1 keping roti canai dan kopi panas kpd pak pak guard sekolah mu itu.  Tengok wajah surprise tercetak di wajah mereka.

Otomatik ..mulut mulut pak pak guard akan ..berkata dan berdoa .. muga muga cikgu ini dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umurnya.  Ameen.

Rasullullah s.a,w . dan para para sahabat .r.anhum aj mainn .  berjaya menembusi empayar orang orang kafir di Cina/ India/ Afrika kerana akhlak dan budi bahasa merreka.

Nah sekarang islam sudah tersebar luas ke Afrika dan Amerika Utara./ Canada.

Subhanallah.

Ayuh ..  jangan sombong lagi.  Dunia ini pinjam-pinjaman jer.. tak lain tak bukan .. bahan gurau-gurauan.
Tuhan nak uji siapa paling bertakwa antara kita semua.  Ganjarannya ialah syurga.
Sekian.

Renungkan lah.

wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/12/senyumlah-sedikit-sir.html