Setelah membaca sebuah buku Alan Schoenfeld
Salam Syukur saya mendapat hadiah 2 buah buku dari UK mengenai pendidikan matematik dari anak saya yg kembali berhari raya dari London. Alhamdulilah. Terima kasih abang. Tajuk buku tersebut ialah ‘Assessing mathematical Proficiency’ dan ‘How we think?’ by Alan Schoenfeld, California. Bagus buku-buku itu tetapi .. seperti lazimnya selepas saya membaca secara laju ‘scan’ saya menyemak nama nama pengkaji profesor melayu/islam/ arab dari rujukan buku buku itu. 2) Cukup meleset jangkaan saya. Tidak ada satu pun nama-nama profesor melayu malaysia/ indonesia/ pak arab. Apa makna ini semua? jawapannya mudah … dlm Al Quran sudah 1400 tahun dah tuhan dah memberi peringatan bahawa musuh selalu .. menentang kita dlm semua segi/ perkara sepanjang masa termasuk pendidikan dan karya buku buku asli. Oleh itu, apalah gunanya kita menyibuk sangat nak ikut rubrik mereka untuk melayakkan kita sebagai sebuah universiti terbaik di dunia dari 500 universiti di dunia ini? Faedah apa? Nama cina ada asalkan dihujung nama cina seperti Wong ada .. nama nama mat salleh. Seperti Wong Jane Flower. Tengok? 3) Saya rasa kita bangsa melayu/ islam/ arab/ islam … ayuh kita ikut rentak itu juga. Jangan masukkan nama mereka dalam senarai rujukan rujukan buku buku kita. Boleh? marilah kita mengembelengkan segala kudrat kita bersatu melawan .. sistem barat .. mengusir kita jauh jauh dari perkembangan ilmu di dunia kepunyaan Allah Taala ini jua. Sekian. Sempena kita berhari raya .. ayuh kita buat sesuatu tuan hamba. Wallahu aklam bis sawab.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/08/setelah-membaca-sebuah-buku-alan.html