Sifat Malas kaum kita


Update terakhir:

Salam.

Teringat satu masa dahulu tahun 2003/04 semasa saya sedang berjinak-jinak dengan proses kajian literature PHD saya ..  Prof DR Mohd Zarar Jenu UTHM ..ada  membentangkan metodologi kajian menggantikan Prof Madya Hajjah Fauziah  .. UTHM KUITTHO ITTHO

Prof Dr Zarar  ada menyebut .. selepas pihak kerajaan menghantarkan ramai scholar PHD ke luar negara ..penemuan mereka .. menjuruskan kepada satu fakta .. sikap malas orang melayu kita.  Dia menyambung ‘..  begitu banyak wang dicurahkan oleh kerajaan Malaysia .. aleh aleh .. penemuan mereka kebanyakan adalah .. berfokuskan kepada sifat malas umat melayu Malaysia kita sahaja… alangkah membazirnya wang rakyat negara ini selama ini.. "   Mengapakah begini penemuan pengkajipengkaji kita ?   ..semasa mereka menjalankan PHD di USA, UK, Eropah, Australia, Mesir, New Zealand …. bahkan ke semua negara .. aleh aleh .. penemuan mereka ialah kaum melayu adalah kaum yang malas.

2)  Jom di sini saya tambah sedikit zon-zon malas kita semua sebagai peringatan kepada diri saya terutamanya:

2.1   malas nak belajar bersungguh-sungguh.  Dah dapat PTPTN …skor GPA bawah 3.0 gak
2.2   malas nak ajar anak-anak berumur 7 hingga 19 tahun mengenai agama islam
2.3  malas nak pantau anak-anak sembahyang atau pun tidak termasuk isterinya
2.4  malas nak bertanya apa apa pun terutama yang melibatkan ilmu agama dunia dan akhirat
2.5  malas nak memasak sendiri di rumah
2.6 malas nak hidangkan makanan kat suami dan anak-anak.  Jom gi Kedai Mamak 25jam
2.7  malas nak basuh kereta, pakaian,
2.8  malas nak layan ibu bapa yang dah tua bangka dan pekak buta pulak tu
2.9 malas nak mendengar orang dakwah datang ke rumah kita. Bahkan ada ramai yang membenci rombongan ini.
2,10  malas nak jawab salam orang orang di sekitar kita
2.11  malas nak tegur bini kerana saiz badan bini(isteri) lebih besar dari kita sendiri termasuk gajinya, tahap pencapaian akademik  dan jawatannya
2.12 malas nak tegur apa apa anak anak bini bini buat yang menyerupai apa yg orang kafir amalkan seperti pakai jeans , legggings ketat ketat , nampak macam-macam sampai ke zon yg merekah
2.13 malas nak dengar apa -apa ilmu dan ajaran agama melalui ASTRO, IKIM, atau tazkirah apa apa yg dianjurkan oleh PA di pejabat , sekolah, politeknik, kolej komuniti,
2.14 malas nak berkawan dengan orang orang berwajah lebai , alim, ustaz, ustazah
2.15 malas nak hantar anak belajar ke sekolah berlatar belakangkan agama islam sebagai platform kehidupan dunia dan akhiratnya
2.16 malas nak google apa apa pasal agama/ budi bahasa/ adab orang melayu bersopan dan berbudaya tinggi pada satu masa dahulu
2.17 malasnya nak tulis ……  penat jer

3.  Saya percaya jika saya dan pembaca boleh mengatasi mana-mana satu dari perkara 2.1 hingga 2.17  di atas ..saya percaya dunia melayu akan lebih mantap lagi dan agama islam akan bersinar kembali. Kaum ini akan jadi kuat jika semua individu melayu berubah (hijrah)

Insyallah.

Wallahuklam.  (maafkan saya .. tuan hamba.. jika ada yg tersinggung dgn penulisan ini.  Apaleh buat?)

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/12/sifat-malas-kaum-kita.html