sifat tercela
Salam
Hari itu saya ada menulis berkenaan dengan sifat terpuji.
Rasa rasa tak adil jika saya membisu berkenaan dengan sifat tercela ( benci).
Bukan saya benci nii, tetapi Allah Maha Kuasa.
Sifat terkutuk, tercela ialah
- Sombong
dialah paling pandai, hebat, kaya , cantik, hidung paling mancung sekali. Tesis dia dari Harvard, USA paling unggul.
Hebat, hebat. Tak leh lawan punya.
- Bongkak, takabur
bila rasa lawa, stail jalan pun lain sikit dibandingkan dengan stail jalan orang orang biasa macam saya. Terbuka kepak bagaikan ..nak terbang terus ke atas kayangan. Tapi dia lupa. Kita semua baka mati.
- Dengki, iri hati
ini pun satu problem. Tak boleh tengok jiran tu lebih sedikit.
orang tu ok lah ..kulitnya puteh cina macam Hang Li Po. Tinggi pulak tu macam orang amerika. Slim macam pelari pecut Flo.. dari USA. Tahu besar mana punggung Flo?
kita bila berkulit macam penulis
payah sikitlah.
warna hijau, oren menyala nyala ..tak sesuai dengan kulit aku ni.
tudung pun sama.
jangan cari yg panjang. Nanti sampai ke paras lutut pulak. Payah kak. Kena pulak kita bulat mcm bantal kekabu. Aduhai nasib.
oleh itu redha lah
tak lama
selepas 60, 70 tahun
padamlah kita.
telanlah hakikat bahawa jiran mualaf tu memang orangnya lawa. Cantik menggila kata orang.
alhamdulilah.
- Mulut jahat
mengumpat. Mencaci. Kutuk serba serbi. Ada saja yang tak kena.
dulu kutuk kakak2 mop lantai fakulti
sekarang mulutnya
menyerang geng geng dekan dan profesor pulak.
siaplah engkau.
satu hari kenalah engkau.
- Batu api
dia suka melaga-lagakan orang. Di kampung dia terkenal juara laga orang kampung. Di opis, dia gemar melaga lagakan kawan kawannya. Kasihan. Ramai orang bergaduh melalui aktiviti tak senonohnya. Yang kita tahu, dia cukup seronok jika jiran jiran bergaduh.
Esok di akhirat , semua kebaikan dia buat adalah sia sia. Orang yang merana akan menuntut balik semua kebaikan tersebut. Akhirnya si batu api ini akan diistiharkan bankrup. Muflis.
-
Ujub
Ujub ialah bermegah, berbangga diri pada kebolehan , kelebihan diri sendiri, pangkat dalam dunia politik, bisnes. Riak menunjuk nunjuk melakukan amalan untuk dipuji bukan kerana Allah semata mata. -
Khianat
Contoh khianat ialah memasukkan racun ke dalam masakan hidangan supaya terjadi huruhara dalam sesuatu majlis. Ini menyebabkan bisnes reputasi pembekal makanan jamuan ini tercemar. Sebagai ganti orang ramai akan mengambil keputusan untuk memilih pembekal, caterer lain sebagai gantinya. Sabotaj.
- Hasut, hasutan, menghasut
Dengan kumpulan ini dia cakap sesuatu.
dengan orang lain, dia cakap lain.
niatnya menghasut supaya orang berperang, bergaduh, bermasam muka dan berpecah belah. Orang politik jika tak kena cara, mungkin satu hari nanti , Allah cop atas muka dia ..tukang hasut.
orang begini ..penghuni neraka.
- Menipu
Ada orang sanggup menipu. Dengan budak mentah dia menipu. Dengan mak ayah di Felda rata riti dia menipu. Aghhh..satu negara dia sanggup menipu hidup hidup. Ada ke patut, dia bilang pak arab nak mati derma kat dia berbilion bilion RM. Tak masuk akal. Untuk apa? Betul, demi periuk nasinya yang berbentuk sementara.
kaki menipu ..awas kalian. Kalian dalam kemurkaan tuhan. Bertaubatlah segera. Creditkan ke dalam akaun setiap rakyat sekarang. Ayukkk…
awas! Pak chik nasihat cukuplah tu ..bulan puasa sudah nak dtg , menjemput kita.
jom ..bertaubatlah.. berhenti buat kerja kerjaan di atas.
Dan banyak lagi.
Pendek kata nak masuk syorga payah lah adik kakok wehhh.
setakat masuk Hotel Paradisee di dunia itu jer lah gamoknyo.
yg original syorga Allah janjikan tu
payah …tersangatlah payah. Mustahil dengan sifat sifat di atas.
Sayiditina Aishah r. Anha
memberitahu ..dari Nabi Muhammad s.a.w.
jika kito jago 2 butir mulut
gerenti syorga.
apakah itu?
- Mulut bergigi dengan colgate, darlie, miswak
- Kemaluan antara 2 belah peha manusia. Perkakas ni untuk suami/ isteri sah sahaja.
sekian.
kita sama sama renung dan jom berubahlah
ke arah sifat sifat terpuji pulak.
ok tak?
saya ajak diri saya dulu lah kalau begitu.
wasallam
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/04/sifat-terkutuk.html