skor amalanmu


Update terakhir:

Salam. Tuhan menerima amalan manusia jika amalan itu dibuat dengan ikhlas. Lillahhi taala. Hanya untuk mu ya Allah. Kalau hulur derma , jika tangan kanan memasukkan wang ke dalam tabung masjid , seelok elok nya biar tangan kiri tak nampak. Payahkan itu? Astagh firullah hal azeem. Jika kita anak anak bini ke umrah mekah dan madinah musim bulan puasa al mubarak ini..seelok eloknya jangan beritahu sesiapa ..bahkan jiran pun jangan ..untuk menjaga keikhlasan amalan kita sekeluarga. Baru skor kita tinggi di sisi Allah. Dalam kitab Teachings of Islam karya Maulana Zakaria dari Saharanpur, India ..ada 3 kumpulan manusia ..dibawa ke hadapan mahkamah Allah nanti. Kumpulan pertama ..ahli ahli agama yg banyak mengajar agama di surau, masjid, majlis majlis israk mikraj ..menulis karya berunsur agama dan nasihat ..semua amalan ini ditolak oleh tuhan pencipta langit dan bumi kerana ahli ahli ini didapati tak ikhlas 100 peratus. Tengok tu 100 peratus? Kumpulan kedua, perajurit dan pejuang dalam kancah peperangan ..seperti peperangan A, B, dan macam ..macam ..amalan mengorbankan nyawa sendiri dlm peperangan melawan musuh agama pun tidak diterima. Ditolak oleh Allah Taala. Skor 0. Kerana mereka mati tidak ikhlas kerana Allah. Mungkin bertarung nyawa untuk negara bertuah. Kumpulan ketiga, kumpulan orang orang dermawan seperti orang Malaysia mungkin. Mereka derma wang beratus ratus ribu ringgit ..derma pakaian untuk orang Acheh di kala tsunami 2004 itu ..derma macam macam lagi pada musim iftar bulan ramadhan ..semua amalan ditolak jika amalan ini untuk publisiti dan menunjuk nunjuk. Skor amalan ialah kosong. Aduhai? Oleh itu saya mengajak diri saya terlebih dahulu dan pembaca budiman ..jagalah keikhlasan hati ini. Muga muga Allah menerima amalan kita sepanjang hayat. Sekian. Wasallam/ wallahu aklam bis sawabbbb

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/06/skor-amalanmu.html