So much to catch
Salam.
Dok baca-baca buku mat salleh on teknik pengajaran pembelajaran matematik. Rasa-rasa kita banyak lagi benda kena belajar dan .. menulis buku untuk kebaikan diri sendiri dan anak-anak bangsa di Malaysia ini.
-
Nak kata bangsa kita sibuk beribadat .. saya rasa tidak tepat kerana sejak saya hidup di atas muka bumi ini , saya perhatikan masjid tdak jugak 100% dipenuhi oleh orang-orang islam berumur 23 hingga 70 tahun pun. Mengikut , statistik, pengujung masjid kebanyakannya ialah orang-orang pencen sahaja. Purata umur 60 tahun ke atas.
-
Nak kata orang-orang pandai kat universiti, politeknik, sekolah-sekolah menengah dan tinggi tinggi membuat kajian, penyelidikan, penerbitan .. tidak jugak? Mengapa saya berkata begitu? Tengok sajalah banyak mana wang kita habiskan membeli berbagai-bagai buku , makalah, jurnal, akhbar dari negara luar - eropah dan amerika syarikat. Tidak cukup dengan itu .. dengan tidak menerbitkan apa-apa .. kita sibuk pulak dengan Astro/ program TV berbayar. Program luar negara dari barat. Bola sepak, komputer games dan chit chat, bahana takzub McIntosh tablets, iPAD dan berbagai-bagai lagi - melekakan! . Ramai anak anak muda islam baik perempuan/ lelaki tidak tidur di waktu malam. Malam menjadi siang dan siang menjadi malam. ibu tua lah yang menjadi khadam mereka - memasak dan menyediakan sarapan dan makan tengah hari. Bila hidayat kurang ..taufiq kurang ..beginilah jadinya. Sebab itu ..kita memerlukan usaha dakwah. Ajak mengajak kepada kebaikan. Aghhh… kita dah semakin hanyut ni. Nak kata ..kita membina kehidupan untuk ke akhirat .. tidak ..membina kehidupan untuk dunia yang fana ni setanding dgn orang-orang Korea, Jepun, Jerman, Sepanyol ..pun tidak. We are neither there nor here. In short we are no where. Ramai antara kita yang tertipu. Kita berdoa untuk ke syurga menggunakan lidah seberat 5 gram sahaja yang ada setiap hari dan setiap malam tetapi seluruh anggota tubuh badan kita iaitu sebanyak 50 ~ 80 kg .. kita membawa diri kita jauh dari keredhaan illahi. Tertipu kita .. kita sangka Allah redha pada kita ..tetapi .. betul ke kita nak Allah redha ni? Banyak masa kita terbuang begitu sahaja. Tengok orang kaya berdoa .. jika Allah tak berikan pun tak apa .. fikirannya menjurus ke arah - aku kan dah kaya. tak beri pun tak apa. Biarlah orang papa kedana yang mintak mintak dengan mu ya Allah. Mereka memerlukan mu. Tengok mereka berdoa dan menangis-nangis di hadapan kaabah - rumah mu ya Allah. Bantulah mereka. Aku? hah.. aku /..kaya? anak dan kerabat menteri. Semua tanah itu ..kami yang punya. Asset banyak dari sini hingga di Britannnnia. Di masjid selepas sembahyang jumaat, perkara pertama ramai ahli kariah menerkam selepas selesai sembahyang fardhu jumaat ialah .. hand set. Pentingnya hand set ini. Penting sangat isteri menghubungi kita - manalah tahu kita nak memaklumkan kpdnya - kita masih hidup dan belum lagi mati? Bukankah selepas solat kita mesti menadah tangan berdoa memohon Allah membantu kita sepanjang masa. Iman kita lemah. Agama kita semakin lemah dan menunggu masa .. menanti masa nak rebah untuk selama-lamanya. Nampaknya ..gaya hidup kita dan anak-anak muda yang lena keras di atas katil itu .. mungkin membayangkan kita tidak memerlukan Allah lagi. Ibadat sudah menjadi ritual ( adat turun temurun). Aghhh.. apa dah nak jadi pada kita ni?
Mari lah kita sama-sama berubah. Bertaubatlah. Ayuh kita bina diri kita. Bina masa depan anak-anak kita dan yang paling penting diri kita sendiri. Uruskan anak-anak untuk berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air kita. Bantulah jamaah2 dakwah seluruh alam. Ikutlah mereka berjuang untuk fikir iman dan risau Nabi .. umat umati .. fikir sungguh-sungguh untuk agama kita. Islam agama yg diredhai oleh Allah sepanjang masa. Yakinlah dunia ini sementara …akhirat kekal abadi. Onto Allah I cry .. myself ..thinking of myself .. what will be tomorrow and the days to come sooner and later. At least I write every day about this ..as a proof I want Allah’s help, taufiq and hidayah within me and my family. Bagaimanakah dengan tuan sendiri? tak mahukah tuan ?
Ameen.
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/04/so-much-to-catch.html