social visit (lawatan sosial )


Update terakhir:

salam
Saya seronok melawat orang.
Kalau di Johor dahulu, saya seronok melawat anak murid saya di Kpg Air Molek, Melaka.

Aghh..cepat masa berlalu.

Sekarang orang lain pula melawat aku.

  1. Minggu lalu ada , saudara dari Johor datang melawat.  MEnjemput , mengundang ..majlis perkhawinan anaknya bulan 9.

Hari ini , dalam bulan puasa, sahabat PKB politeknik, datang melawat ..

tanda aku sakitlah ni.

Ha..ha..ha..

  1. Ai say ..musim puasa ramadhan Mubarak ..

cakap ..kering tekak sahaja.

Tapi begitulah kehidupan.

Ynag sihat melawat mereka yang sakit.
Yang sakit ..  melawat doctor lagi dan lagi.
Tak boleh lari dah.

  1. Best lawat melawat ini.

Fadhilat?

4.1  semua makhluk manusia dan haiwan mendoakan kita agar kita diampunkan sejak kita melangkah dari rumah kita lagi.
4.2  eratkan silatul rahim
4.3  rezeki kita luas.  Datang mereka ..  ada buah tangan ..bila mereka pulang pun …kita cari sampai dapat ..buah angan kalian.
4.4  membawa keinsafan bahawa sihat lawannya sakit;  sakit lawannya sihat
4.5  memberi kata kata semangat bahawa kita akan sihat satu hari nanti
4.6  macam macam lagi ..dapat buah durian jika musim kunjungan ini adalah musim durian KING.  He..he..he..

Rujukan:  Kitab Bimbingan Mukminun.

Kalau ditanya saya , apakah ..  ganjaran terbesar di sebalik ziarah menziarahi ini?

Jawapannya ialah

rezeki.
Peluang melawat sahabat yang sedang sakit adalah rezeki.
Peluang menerima kunjungan orang adalah rezeki
Sedekah ini.
Hadiah sedekah ialah satu kesihatan.
Semakin banyak kita bersedekah ..semakin sihat kita.  Try?

5.  Tempoh masa

Jangan lama sangat di rumah orang.
30 minit - 45 minit sudah memadai.
Jangan sampai kita bercerita pasal kereta bau kita pula.

Bila melawat,
Tanya pasal penyakit sudahlah.
Tanya pasal rawatan yg sudah diambil cukuplah.
Jnagan Tanya macam macam contoh ..kalau abang haji tak ada nanti ..siapa nak jaga kebun durian ini HJ?

Ha..ha..ha..  tak patut , tak patut.

6.  Akhirnya jangan berkira
Minyak RM50
Tol RM50
Penat lelah ..  RM5000

Hishhh.. jangan berkira ..
sedekah mana boleh kita berkira kira.
Lillah hi taala.

Sekian.
Satu hai nanti ..tuhan akan membalas jasa .. lawatan kalian dengan kasih saying.  Boleh letak tak harga satu kasih saying antara kita manusia?

Wasallam.

  

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/06/social-visit-lawatan-sosial.html