stop labeling ..
Salam
Sesebuah syarikat berbelanja besar untuk maksud ‘labeling’. dalam kata lain .. branding untuk produk mereka.
Mereka berbuat begitu untuk labeling , branding agar nama itu bertahan lama dan mampu memasarkan produk mereka ke seluruh dunia bukan untuk sehari sahaja tetapi menjangkau masa yang panjang. Contoh labeling yang berjaya ialah MICROSOFT, IBM, APPLE, ADIDAS, FUJI..
tak ada lagi jenama melayu seperti RAMBUTAN, DUKU, Karipap yang berjaya menembusi ..pasaran lokal atau dunia. Bahkan dalam kapalterbang MAS pun tak pernah lagi saya dihidangkan makanan bernama Duku ini.
Mengapakah begitu?
- Jawapannya mudah sahaja. Pertama ..labeling yang ada unsur unsur kebaratan didapati bertahan lama dan ..sifat ingin tahu masyarakat dunia adalah tinggi ..jika dikaitkan dengan satu brand yang berbunyi keinggerisan.
Kedua ialah .. kita tidak konfiden dengan jenama melayu. Bila sebut jer ..buah duku di Parlimen , PWTC .. kita boleh tenggok mimik wajah .. pembesar pembesar melayu ..dari Malaysia,.. dari wajah tersebut adakah melambangkan ..mereka bangga dengan nama DUKU tersebut?
Bila pembesar pembesar melayu tidak ada konfiden ..dengan istilah melayu .. susahlah mat minah salleh dari Manchester, Liverpool atau Glasgow untuk bertindak positif dengan labeling DUKU tersebut.
Tetapi jangan khuatir satu hari nanti bila pemain bola Argentina timbul dengan nama DUKU .. secara otomatik ..DUKU akan disebut sebut orang ..
hairan bukan? Pada masa itu , jika produk melayu berunsurkan tongkat ali ingin menggunakan label DUKU ..siap dia .. mereka akan bertarung di atas pentas mahkamah dunia .. hak siapakah duku ini? Pemain bola Argentina sudah tentu berkemungkinan besar menang kerana DUKU tersohor kerana nama itu dipentaskan di arena bola sepak WorldCup. Malulah ..power roots tongkat ali tersebut.
- Baru baru ini .. Datuk Seri Mohd Najib ..memberi label banggang kepada pro-UMNO bloggers seperti Tun Mahathir di dalam ucapan penggulungan persidangan UMNO yang baru tamat sehari dua ini. Label banggang ini .. bermaksud .. bodoh, terlampau bodoh, .. (tak tahulah ..Malaysia dipimpin Tun selama 22 tahun .. pun dilabelkan bodoh. Orang macam mana lagi tidak banggang ini PM kita)?
Ha..ha..ha.
ikutilah ,..nanti Tun .. memberi respons dlm blog che det dia ..
insya allah.
Dengar khabar Tun tidak sihat .. tetapi untuk hari penggulungan persidangan UMNO baru baru ini .. dia sanggup datang menadah telinga …
hadiah yg dia dapat ialah label banggang .. itulah hadiahnya. Dasyat bukan?
Mengikut Kitab ihya ulumiddin ..karya Imam Ghazali rah. a. .. kita tidak dibenarkan menyumpah kpd anak anak kita ..silap silap masin mulut ayah maka … terjatuhlah ..sifat banggang itu kpd anak anak kita. Dinasihatkan kita .. menggunakan istilah istilah yang baik seperti ‘bertuahnya anakku ..’
begitulah petua orang orang dahulu seperti Imam Ghazali ini.
Kita kena cermat ..dengan penggunaan istilah yg keluar dari mulut kita. Orang tua kata ‘terlajak perahu ..boleh undur; terselak kain..tak lama malunya ..tetapi tersilap kata .. buruk padahnya ..tahu?
He..he..he..
dulu PM dengan orang orang Felda .. ok lah ..PM menggunakan istilah haramjadah mu blako blako ..
tetapi sekarang ..depan mantan PM kita Tun …
saya rasa tak patutlah.
baik buat temujanji . dengan Tun ..mintak maaf dengannya.
Bagus mintak maaf ini .. selagi si anu masih hidup .. tak salah youuuuu…
silap silap after maaf .. kita berkawan lebih lama lagi.
Kita boleh berkongsi formula memerintah Malaysia dengan tepat dan berhemah tinggi ini.
Tetapi sebagai orang luar dari kem UMNO ..saya nampak ..zaman bahtera melayu dipacu oleh UMNO ..boleh mula berkira hari , mengira hari .. lama mana lagi bahtera ini boleh bertahan.
Ada faktor faktor yg menyokong .. tafsiran saya ini.
pertama ..tidak ada buah tangan yg super hebat dari persidangan UMNO kali ini .
kedua .. corak perbahasan tidak menunjukkan kumpulan ini mempunyai sekumpulan orang yang bijak pandai lagi..kalau setakat pemantun , penyajak .. tak cukup itu dalam zaman nanoteknologi ini dan
ketiga .. tidak ada uumphlah ..dalam ucapan ulung dan gulung perhimpunan kali ini.
Sekian. Selamat Tinggal Duku.
Wallahu aklam bis sawabbbb (maaf di pinta yer..)
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/12/stop-labeling.html