students sekarang menjadi boss
Salam
Tak fahamlah sistem mengajar ni.
Ambik budak-budak belajar subject A tetapi pada masa yang sama budak-budak ni ambik terlalu banyak subjek lain seperti subjek B, subjek C, dan subjek D. dah lah begitu, setiap subjek ini pulak ada sectionnya ..pulak. satu Seksyen merujuk kepada satu kumpulan pelajar yang berbeza.
contoh : katakan anda mengajar maths kepada 2 kumpulan pelajar iaitu - maths A dan maths B
maths A ada group 1 dan group 2.
maths B ada group 1, 2 dan 3.
at the same time, each group pulak ada sectionnya yang tersendiri pulak. bayangkan group 1 dalam maths A ada pulak section x dan section y.
so kita akan berjumpa masalah dengan 1 subjek maths tetapi payah nak buat ujian besar kerana subjek maths mempunyai ordered set seperti {( maths A, group 1), (maths A, group 2), (maths B, group 1), (maths B, group 2), (maths B, group 3), (maths A, group 1, section x),(maths A, group 1, section y), … } . Oleh yang demikian ada kemungkinan beberapa orang students tidak dapat menduduki ujian Maths pada satu-satu masa yang kita mahukan. Soalan Ujian ter bocor secara diam-diam dan tidak disedari.
Perkara ini berlaku kerana kita memberi ‘banyak’ pengecualian kredit kepada pelajar .. datangnya dari beberapa feeder politeknik, kolej politek MARA dan lain-lain institusi.
Akibatnya, ada pelajar akan menduduki ujian yang mempunyai tahap kesukaran yang berbeza dari satu masa ke satu masa yang lain. Tentu pembaca ada yang fikirkan bahawa ‘kenapa awak tak buat 1 atau 2 kertas ujian matematik yang sama tetapi mempunyai soalan kesukaran yang setara ?’ yes. saya boleh buat semua itu tetapi pokok masalah ialah .. zaman sekarang , mana-mana item soalan senang sangat dibocorkan oleh pelajar-pelajar.
kedua, sistem PnP mempunyai banyak sangat seksyen dan sub-seksyen akan membawa kepada satu keadaan ‘ilmu itu semakin hari semakin tohor (tidak dalam) kerana membina soalan yang mempunyai tahap kesukaran yang sama bukanlah sesuatu perkara yang mudah. '
Pembuat jadual waktu pun kena kutuk juga ni. Kekadang mereka cipta jadual waktu yang gila. Bayangkan jam 1 hingga 3 ada kuliah matematik di bumi Malaysia. jam 12 hingga jam 1 pelajar-pelajar yang sama masih lagi berlatih dalam makmal di satu tempat yang lain. Mereka bergerak ke dewan kuliah bergantung kepada sistem bas. Dan jam 1 juga adalah waktu orang islam makan nasi dan bersembahyang zuhur. bayangkanlah. Pemandu bas , jika lapar, dia akan makan dahulu. Jika ada yang nak bersolat zuhur, dia akan bersolat dulu. Mereka bukan pelajar pun. maka .. jam 1 tengah hari kuliah akan dilanjutkan waktu kepada jam 0200 ptg. Jam 1 ~ 2 , keadaan lalu lintas sangat sibuk dan merbahaya. Silap silap laju , nyawa kita akan hilang … So .. begitulah zaman ini di mana .. students adalah raja - Boss!. Kita gurunya kena layan ..semua ini .. kerana our clients are the KING. Either you or me?
Konstrain (kekangan) satu lagi ialah institusi ini tidak benarkan kita menjalankan apa-apa PnP pada hari Sabtu dan Ahad pun. Hari hujung minggu adalah hari majlis agama / Tentera/ Kepolisan / seperti apa yang ditaja oleh ASTRO .. ‘Malam Maulidur Rasul’. Oleh itu kita lecturers akan merana , mengadu sana sini (ketawa ka..ka.. ka. dari pelajar-pelajar kita ni).
tq. Wa llah huaklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/02/students-sekarang-menjadi-boss.html