Suara penting dari lubuk hati ayah ...
Salam
Semua kita .. yang mempunyai anak anak pompuan yang ramai .. berhasrat besar ..muga muga Allah membimbing kita dengan nikmat islam , taufiq dan hidayah .. dan membesarkan anak anak pompuan ini secara islamik dan terbaik .. dari mula sampailah ke akhir hayat kita.
Why? mengikut hadith Nabi .. fitnah manusia adalah perempuan. Bagus perempuan .. amanlah dunia.
Oleh yg demikian .. ini adalah sebahagaian dari suara penting mana mana ayah yg mengambil berat pasal agama dan akhlak anak anaknya .. .
Bacalah .. (mungkin ..ada persamaan dgn ayah ayah yg lain ..)
Sebagai ayah kita mahu anak perempuan kita selepas bernikah khawin (Adaptasi dari ucapan / syarahan Ustaz Wan Yusoff Dakwah ..Masjid Kampung Sireh, KOta BHaru ..Kelantan .. Malam Khamis 20 Jan 2002 ) supaya:
(a) Suaminya dapat membimbing anak kita perempuan kita ke arah syurga Allah Taala(b) oleh itu, Suaminya tahu hukum halal dan haram Islam dalam semua muamalat seharian(c) Suaminya ada fikir agama .. bahawa semua tindak tanduknya sekeluarga akan disoal oleh Allah Taala kelak ,,(d) Dia berminat .. fikrah agama .. dakwah agama islam ..sebagaimana diamalkan oleh Para para Nabi .. sejak Nabi Adam a.s. hinggalah Nabi Muhammad s.a.w. dan sekarang ini .. diamalkan oleh jamaah dakwah tabligh di Sri Petaling , Kuala Lumpur; Raiwind, Pakistan; Dewsbury, England dan Boston, Amerika Syarikat atau minat mendengar ajaran ajaran agama dan terus mempraktikkan dalam rumah tangganya masing-masing (e) Kita tak mahu .. semasa sekolah anak pompuan kita sejak dio baligh .. memakai pakaian yg menutup aurat sebagaimana sekolah agama Maahad tetapkan , anak kita telah amalkan semua ini , kita galakkan sepenuhnya , .. tetapi selepas upacara akad nikah dan khawin, hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, dan bulan bertukar tahun .. banyak benda termasuk konsep amalan hidup beragama anak pompuan kita dipermain-mainkan (tidak ambil endah) seperti .. anak pompuan kito .. tak peka lagi kpd ‘aurat’ sebagaimana Allah kehendaki; ada anak pompuan mula bangun lewat di waktu subuh .. ada masa sembahyang fardhu pun tak dibuat lagi; semata-mata meletakkan ‘nafsu’ dan kehendak suami sebagai pemerintah utama dlm rumah tangganya .. dulu suka mengaji Quraan .. sekarang .. pegang Al Quraan jika ada majlis orang mati, sakit dan .. sahaja. Kalau inilah yang berlaku .. kita sebagai ayah ibu .. dikira telah mengkhianati amanah Allah kepada kita. Mengapa mu pilih .. menantu sebegitu rupa? Jawapan tak lain dan tak bukan .. sukatan / criteria agama sudah tidak digunapakai lagi dalam rumah tangga orang orang islam di kala ini. Sukatan / pilihan menantu adalah kepada perkara dunia seperti bentuk pekerjaan menantu .. gaji besar ke? , kereta besar ke?, rumah besar ke?. Anak orang kaya ke? Keturunan kerabat kerabat raja ke? .. anak orang politik kor? , dan ..banyak lagi ..lah … peratusan besar menghala ke arah kebendaan, rumah tangga berasaskan kos pinjaman bank dan lain lain lagi. Apabila ini berlaku .. tidak hairanlah ..jika generasi sekarang ..
(f) Dekat dekat nak maghrib … ramai anak anak berduyun duyun ke pasar malam, shopping Mall, Caarfour; Aeion, .. stadium bola, Jom Heboh … sedangkan … masjid masjid, surau surau ..dipenuhi oleh mereka yang sudah memasuki zon pencen atau hampir-hampir nak mati. Dipendekkan cerita .. kubur kata mari, dunia kata pergi.(g) Waktu kenduri khawin … banyak belanja kahwin dikorbankan. Masyarakat berlumba-lumba ..nak menganjurkan .. upacara khawin besar-besaran.. kalau boleh di buat di hotel hotel mewah .. para jemputan dari orang-orang besar dan berpangkat sahaja .. dan sanak saudara di kampong .. tidak lg diambil berat atau dijemput sebagai penyeri majlis.Oleh itu .. berwaspadalah ..kaum ibu dan bapa termasuk penulis ini .. kita semua akan disoal oleh PENCIPTA kita bernama ALLAH TAALA .. di padang masyar esok. Jika kita lulus soal siasatnya .. kita masuk Syurga ..kalau tidak .. a u zubillah min zaliq .. kita akan dihumbankan ke neraka jahanam yang mana api nya terdiri dari manusia , tulang tulang dan batu bata. Tahap kepanasannya sahaja … paling rendah serendahnya ialah .. api ini akan mendidihkan darah dalam kepala / otak manusia (sebagaimana akan dialami oleh Pak Saudara Nabi ..Abu Talib ..) dari hari pertama hingga .. tidak ada waktu penamat untuknya.
Sama samalah kita mohon dari Tuhan .. mintak jauhkan semua itu. Muga-muga menantu menantu pilihan kita dan anak anak perempuan kita sendiri istiqamah dalam membina rumah tangga yg sentiasa dapat restu Illahi ..zuriat zuriatnya semua bergelar manusia beriman soleh hendaknya. Usaha dan tawakal lah pada Allah Yang Maha Mengetahui .. semua yg terang dan .. semua yg ghaib. Ameen!
Al Fatihah. p/s: Dari Allah kita datang..kepada Allah kita kan kembali …
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/04/apa-sebenarnya-kandungan-isi-hati.html