Sumbangan fikiran yg simple
Salam Ada oran bertanya .. nak buat masters/PhD menggunakan BI? Ada 2 strategi untuk melakukan benda ini. Pertama: kita kena mahir menulis dan bercakap dlm BI. Di sini ..tulisan kita mampu dibaca oleh penyelia utama kita di Universiti luar Negara itulah. Kalau tak dibaca oleh supervisors sekurang-kurangnya tulisan kita akan dibaca oleh orang lain seperti reviewers journal antarabangsa. Kita perlu fasih bertutur dan berhujah dalam BI juga. Why? dalam masters dan PhD ada sesi mempertahankan kerja kita selama ini dipanggil research/ VIVA. Kebolehan ini akan datang jika kita suka bercakap , memberi komen itu dan ini dalam majlis orang orang pandai bersidang konferens, seminar, bengkel dan macam macam. Kedua: kita kena gila B.I. suka membaca article BI dan menulis BI. Cuba taip taip sesuatu dan mintak kawan kawan baik kita membacanya. Kalau mereka komen ..jgn cepat sakit hati. Dalam dunia akademik .. memang org lain suka buat komen itu dan ini. Tebalkan muka, tebalkan telinga dan terus ..maju dari situ. Orang yg tak cepat melatah .. mendengar komen berbisa …dari supervisor dan kawan kawan rapatnya .. insyallah dia dapat pergi jauh dalam dunia masters dan PhDnya. Insyallah. Cuba ya? Sekian. Yang baik dari Allah dan yg lemah itu .. semua saya lah yg bertanggungjawab. Wallahu aklam bis sawabb
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/05/sumbangan-fikiran-yg-simple.html