Sunyi sepi brother?
Salam
Apa nak dibanggakan jika kita ada universiti library yg besar jika:
a) 90% buku dari luar negara
b) budget buku kita habiskan untuk penulis penulis luar negara
c) profesor kita sendiri tidak mahu menulis atas dasar … mengembangkan ilmu ke seantaro dunia
d) pegawai pegawai kanan KPM, KPTM, agensi kerajaan .. pencen tanpa menulis sebarang buku , makalah apa apa untuk kegunaan anak bangsa hari ini, esok dan seterusnya.
e) rugi sungguh bukan?
Satu dunia saya pergi merantau, menjelajah ..majoriti manusia bercakap tentang duit dan kemewahan.
Tak ada lagi satu kawasan dunia .. orang tidak mementingkan ganjaran duit dan harta.
Orang kafir berkata begitu .. oklah kot ..tetapi jika orang islam bercakap senada dan serentak begitu ..rugi besarlah kita ..
Seorang pegawai kerajaan … saya rasa sudah banyak buat duit. Time kerja pun ..boleh keluar sana sini ..melayan anak anak .. apa salahnya ..kita bayar balik ..dosa begitu dngn menulis sesuatu yg baik untuk generasi masa hadapan.
Memang betul ..menulis memerlukan bakat ..tetapi ..kita tak perlu bakat yang terlampau istemewa .. seperti pak sako .. kita asah sikit sikit ..lama lama tuhan berikan bakat itu insyallah.
katakan ..buku kita tak laku .. kota raya Jakarta tak laku, kampung halaman pun orang jehhh .. (pandang rendah) ..tak apa tuan/puan .. yg penting niat kita yg suci.
Arwah TGNA pernah berkata ..berpesan ..amalan itu dikira ibadat mulai dari saat kita meniatkan sesuatu yg baik. Contoh menulis sesuatu yg bagus untuk bangsa dan negara.
Bila ada penulisan , kita tak payah membelanjakan 100% duit kita bagi mengimpot buku buku dari luar negara terutama .. dari tanah orang orang dilaknat oleh tuhan - mu kator - org yahudi dan nasaro.
Betul tak?
Kita condemn macam macam .. negara tersebut tetapi sayangnya ..anak anak kita mengambil ilmu secara langsung dari sana. Orang itu ..kita chop atas dahi mereka .. makan babi. Minum arak. Amalkan seks bebas ..konon konon .. tetapi penulisan mereka kita sanggup beli beribu ribu ringgit ..untuk faedah ilmu dan kemajuan negara kita. Anak didik kita yg pandai pandai kita taja gi ngaji dgn org org begini ..sanggup kito? Bertahun tahun kita gi ngaji di UK, USA dan macam macam negara. So di mana hasil penulisan orang orang kita yg makan 100% barang barang halal, minum air telaga sahaja .. saban waktu ..mana di mana .. ada jawapan tak? kita terlalu takut ..kita takut tak berbaloi menulis itu dan ini mengikut bidang kepakaran kita masing masing. Jika orang kata..kita bertuhankan duit ..cepat kita marah .tetapi itulah realiti nya bukan? kita buat apa apa .. kita ukur atas dasar pulangan duit setinggi gunung dan bukit bukau sahaja. Tak banyak pulangan duit ..tak payah susah susah menulis itu dan ini. Kita beli terus .. mudah bukan? Akibatnya ..kita tak malu bawa orang orang besar seperti raja England, menantu rajo england .. dari barat .. melawat universiti dan politeknik dan ..dalam library ..penuh buku buku mereka sahaja dari USA, UK, Australia dan Jepun Korea. Di library masjid pun mungkin buku buku dari Saudi, Kaherah dan negara luar jugak. Pelik bukan?
kalau arwah TGNA menulis bahan bahan politik islam dan agama islam .. bagaimana kita pula? Setakat nak jadi pengumpul bahan bahan syarahannya sahaja ker? Bila mahu menulis buku sendiri?
Journals writing ..untuk siapa tuan/puan? faedah org org pandai di barat sana. Ramai mana orang pandai barat nak baca penulisan kita ini? Tengok jer .. bibliography buku buku mereka. Berapa peratusan nama nama kadir, ibrahim ada dlm senarai rujukan mereka. Nil . (ketawa). Mana hidangan ilmiah untuk anak anak bangsa dan org-org kampung kita. Jom kita berkongsi sama ilmu yg ada dalam dada kita?
Ayuh.
Selagi hayat di kandung badan. Insya allah.
Sekian.
Wallahu aklam bis sawab.
p/s: pengemis moden. Badan serba sihat ..sanggup meminta sedekah di luar bank .. Inilah nasib melayu kitor.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/02/sunyi-sepi-library-kita.html