Surface Learning part 1


Update terakhir:

Salam

Surface Learning ialah istilah bermaksud ‘belajar sesuatu secara tidak mendalam mana pun’.

Setakat tahu .. pernah dengar istilah jer /  tahu sikit sikit dah lah.

Contoh:

cognition/ metacognition adalah bermakna belajar dengan menggunakan otaknya  memikir secara mendalam bagi maksud menyelesaikn masalah matematik/ sains fizik/ kimia dan lain lain lagi.  Metacognitive pula ialah  pelajar pandai tahu mengawal cara penyelesaian matematik .  Dia dapat mengjangka dari langkah  mana mana penyelesaian pun ..cara itu tidak akan membawa apa apa faedah pun.  Bila dia memutuskan untuk terus memikir masalah matematik atau lupakan terus masalah itu dipanggil kemahiran metacognitive.

Benda benda ini banyak dilakukan oleh pelajar pelajar tahun 1970 - 1980.  kami belajar matematik dengan banyak cara membuktikan topik dan sub-topik trigonometry/ geometry.  Dalam umur kami 13 hingga 17 tahun kami dah biasa tidur dengan masalah matematik berhari hari lamanya.  Otak kami dah lama dilatih memikir sesuatu masalah matematik berhari hari lamanya.  lain dgn zaman la ni.

Sekarang .. tahun 2012 ..  pelajar diajar menggunakan google/  youtuube.  banyak bahan boleh didapati dari sini.  Jika nak tengok cara pengajaran dari Harvard USA cara dia mengajar Geometri I pun boleh ..nak tengok cara Leoni Messi miss sepakan penalti pun boleh.  mcm mcm boleh tengok.

students yg ada skill tinggi metacognitive boleh terus focus kpd penyelesaian matematik peringkat rendah/ pertengahan atau tertinggi dengan bantuan komputer atau pun tidak. Mereka leh kawal proses pemikiran mereka pada bila bila masa.  Tak payah mana pun.  Keyakinan diri mereka tersangatlah tiggi.   Mereka ada kebolehan berbuat demikian.  tetapi bagi kebanyakan pelajar yg bukan dari golongan metacognitive tinggi .. sifat mereka cepat ..hilang focus dan hilang punca./ hilang sabar/.

oleh yg demikian .. belum sempat nak tahu  pernyattaaan kiri  matematik itu adalah sama dengan pernyataan kanan .. mereka dah melihat filem hindustan BOBBY , melihat mengapa Siti Norhafffiizzaza tak dapat lagi anak anak .. walaupun macam macam dah mereka buat untuk mendapatkan zuriat dgn datuk S yg handsome kulit hitam berkilat dan kepala botak.

Dalam lain perkataan ..mereka nak belajar matematik tetapi ..belum sempat intro/intro  matematik 10  minit pun .. fikiran mereka dah melihat benda benda lain dari kaca TV/ komputer/ internet

oleh itu pembelajaran, penghayatan ilmu matematika mereak adalah di peringkat ‘surface learning ' sahaja.  Tahu ..pernah dengar benda itu tetapi aku tak leh selesaikan apa apa masalah jika cikgu matematik meminta aku ke depan dekat dgn white board …untuk menyelesaikan masalah matematik.  Secara seorang diri menyelesaikan masalah matematika itu atau pun  berkumpulan.

  1.  Kemahiran insaniah .. diciptakan supaya ..pelajar lemah dapat memahami dari cara perbincangan dgn pelajar pintar dalam satu kumpulan kerja yg sama.  Tetapi kalau aku org pandai dan cerdik / faedah apa aku nak discuss apa apa matematika dgn pelajar pelajar lemah dan tersangat lemah ini.  Faedah apa?

Kemahiran insaniah .. aku pikir adalah satu cara ..untuk cover ..kelemahan proses PnP dalam sesebuah kuliah/ bilik darjah.  Banyak sangat borang nak isi itu dan ini.  Betul tak?

Kasihan kat budak budak.  banyak masa habis terbuang .. bukan nak belajar tetapi banyak kawal proses isi borang ..team work berkumpulan.(laugh)

  1.  KBSR/KBSM pun sama jugak.  Apa kena menggena dgn nilai murni ..  indah, ketrampilan bila pelajar  bernama Mamat tak leh buat pun penyelesaian aljabar paling asas   " x + 3 = 30"?

hairan binti ajaib .. ada jugak pelajar tahun 1 ijazah I.T. yg tak leh buat penyelesaian macam di atas jika aku berikan   soalan begini    (x/2) + 2  =  -3x

ada yg tak leh jawab lah

Macam mana budak begini leh terlepas    dari proses saringan peringkat KPTM/ KPM/ Universiti ini?

aku sendiripun tak leh faham.

Banyak sangat nilai nilai murni yg nak digarap kedalam kalbu guru, pelajar dan ibu bapa ..maka kualiti ilmu matematika dan sains sudah banyak ..hilang … hilang seperti wap .. air bila semangkuk air diletakkan di luar sana bawah panas yg terik.  Lost in the air.

  1.  Proses PP banyak rushing la ni.  Awal awal tahun ..kualiti mengajar ..hebat sekali kalah sekolah sekolah ETON di England.  Tetapi masuk bulan Ogos .. mulalah sekolah dgn program latih tubi.  Oleh itu ..guru guru matematika mula laju laju mengajar untuk habiskan silibus UPSR/PMR/SPM.

banyak topik dan sub-topik yg payah payah ..tak leh cover oleh mereka.  Dgn bantuan skema pemarkahan matematik dari LPM ..yang mungkin tak tinggi mana pun

ramai pelajar pelajar lemah terlepas dan masuk Politeknik.

Dengan bantuan ISO 9001 ..dan macam macam lagi ..  di mana .. kami pensyarah politeknik kena make sure ramai pelajar ..kami lulus dgn pointer yg tinggi tingggi..

maka ada student kami kat universiti tetapi lepasan politeknik, kolej komunniti n polytech MARA  .. tiba-tiba wujud di hadapan mata kami untuk sama sama PnP subek matematik kejuruteraan I, II, Fluid mekanik, elektronik engineering mathematics, discrete mathematics dan probability statistics.  Gilo?

ada yg tak faham bila pensyarah universiti dapat selesaaikan persamaan serentak 2 atau 3 anu secara cepat dan congak sahaja.

Itulah ..ceritanya terlebih kurang ..saya mohon maaf lah ..kerana saya dah melalui proses mengajar  di SEkolah Menengah , Politeknik Kota Bharu dan sebuah universiti IPTA yg ke 18 ini.

Cerita pelajar lemah ini sudah kalih ..dah .. aku faham dan cuba memahami.

kasihan mereka.

Mereka susah, saya susah, ibu bapa susah, negara pun susah.  Oleh itu ..   berjaya lah kita buat selama lamanya.  Kita kena pandai dan sanggup maafkan kami kerana itu lah hasil nilai nilai murni.  Kena faham memahami satu sama lain sepanjang masa.  Ok tak?  kita mesti ada sifat ketrampilan. bersabar. ikhlas belajar kerana Allah.  redha tak pandai wat matematik dari sekolah rendah Ketereh, Bunuhan, Kpg Terebok Tumpat Kelantan hinggalah ke menara gading di Johor ini.  Adushhh.  Kasihanilah kami .  Ya Allah.

Sekian.

Wallahu aklam.
Al Fatihah,

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/05/surface-learning-part-1.html