susah, susah, susah


Update terakhir:

Salam

Ramai manusia susah.

Orang kampung susah.
Orang bandar susah.
Kerja kampung susah.
Kerja kuala lumpur pun susah.

Budak sekolah susah.
Guru sekolah susah.
Pelajar universiti susah.
Pensyarah mereka pun susah.

orang bujang susah nak tidur.
orang khawin lagi susah.
tak ada anak susah.
ramai anak pun ada orang susah.

Ketua Kampung susah.
Perdana Menteri pun susah.
Hidup susah.
Nak mati pun susah.

Aduhai ramainya orang kita susah.

Kenapa begitu?
Ada jawapan tak?

Saya tak ada jawapan sangat.
Kalau jawapan semua ada dgn saya,
Maka jawatan perdana menteri patut sangat diberikan pd saya.

Betul tak?
He..he..he..

Kita susah sebab kita ingat kita sajalah yg menentukan
Segala galanya.
Ayah susah kerana ayah fikir duitnya
Cukup mujarab.
Boleh selesai semua masalah anak bini, kiri dan kanan.

Jika dia tak fikir begitu
Mungkin kehidupan ini tak sesusah mana pun.

kalau kita belajar
bercakap begini
mungkin kita hidup lebih bahagia.

Contoh.

umi nak duit
angah nak duit
atuk nenek nak duit

jgn bimbang
Allah itu ada.

kalau tak ada malam ni
esok siang
Allah ada.
Semua senang.

Tengok burung burung
walaupun habitatnya dihapuskan
burung tetap burung
pagi perut kosong
malam dlm sarang
perut sudah penuh.

tengok
tak nampak pun mereka susah hati.

apalah beza burung dgn manusia
kedua duanya makhluk tuhan
jika ulat dlm batu , Allah kasi makan
tak kan kita manusia
payah Allah beri kita makan.

atau mcm mana?

Semua bawah pengetahuan tuhan.
Tahun 1000 pun tuhan dah tahu manusia itu susah
tahun 2017 pun dia dah tahu macam macam
Allah tak hairan pun susah yg kita tanggung

semua bawah pengetahuannya.

  1.  nak selesai susah?
    solat 2 rakaat.
    solat hajat 2 rakaat.
    siang sembahyang hajat
    malam pun sembahyang hajat.

Bnyk riwayat para para sahabat
menunjukkan
ada susah, cepat cepat mereka solat hajat.
lama lama masalah susah hilang.

Sekarang belum apa apa pun kita sudah gelabah
isteri sakit susah
isteri malas masak, susah
isteri lawan dia, susah
isteri jual nama dia , susah

semua yg isteri buat, dia susah.
Cuba rujuk dgn solat hajat 2 rakaat.

hari ni
ada member hantar mesej anak dara dia hilang dgn bf
susah hatinya
Dia mintak jasa aku tolong cari anak dia
dulu tak hilang, tak susah pulak
walaupun anak liar depan mata tak nak tegur
sekarang bila dah hilang, baru bergelepar susah
susah, susah.
3 hari ibu bapanya tak lelap mata
susah teringat anak dara hilang dibawa lari oleh bf  luar negara

apalah aku tahu?
setakat berkata in sya allah aku cari
tapi abang
nak cari mana bang?

JAWAPAN senang sekali
di mana dia hilang
di situlah kita cari

contoh hilang di Semenyih
kita cari kat semenyihlah dulu

tak kan kita nak cari di Bombay
gila kan?

duit hilang di masjid
kita cari kat masjidlah dulu
tak kan kita nak cari di Giant Super Store.
gila kan

so member tadi nak suruh cari
jom kita cari di rumah dialah dulu
cari puas puas
check itu ini pasal anak dara dia

sekarang ramai orang rujuk polis interpol
namanya saja glamour
hampas pun tarak

kapal terbang itu hilang
satu dunia susah
3 tahun mencari
banyak belanja habis
apa dapat?
tak ada apa apa kan

sebab mereka tak cari dari tempat awalan lagi
aku dengar dia cari di Australia dan Indonesia
mana nak jumpa

dia cari sampainke afrika
mana nak jumpa

hilang di atas kepala askar di Kedah
gi cari di Afrika
ini kerja bodoh
hasil kerjaan ini
satu benda pun tak jumpa

senang jer formula
jika duit hilang di masjid
cari kat masjidlah
sure jumpa

  1.  rumusan

kita susah
dia susah
sebab kita tak check diri kita dulu dulu
Jom check iman
check yakin kita pada Allah
kalau ada 2   2  ini
gurantee tidak ada lg susah.PERCAYALAH.

sekian.
wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/01/susah-susah-susah.html