Susahnya soalan mu
salam
Sekarang sibuk KPTM/ KPM bercakap tentang KBAT/ HOTS. Kaedah Berfikir Aras Tinggi/ High Order Thinking Skills.
Soalan aras tinggi ini ditujukan kpd murid-murid/ pelajar-pelajar di semua tempat SK/ SMK/ politeknik dan universiti dalam banyak subjek. Tetapi dunia lupa satu perkara .. soalan bagus datang dari gurunya dahulu. Jika guru bagus, soalannya pun bagus dan begitulah sebaliknya.
Guru bagus datangnya dari IPG/ Maktab/ Universiti yg bagus-bagus. Dan untuk mendapat universiti yg bagus .. jom kita semak anggota universiti itu dahulu.
- Mengikut kajian, ada guru bergantung sepenuhnya kepada buku teks KPTM dan buku kerja dari pihak luar. Mengikut satu model dari Freedmann(1986) .. guru berada di tengah-tengah. Untunglah mereka. Nak salahkan mereka memberi soalan KBAT / HOTS atau tidak ,kita kena nilai banyak faktor-faktornya seperti :
2.1 pertama keluarga murid-murid/ pelajar - plajar; guru guru itu sendiri
2.2 tahap bahasa yg digunakan di rumah, sekolah, institusi dan
2.3 hubungan seseorang dengan kampung, bandar, negerinya
..wal hasil payah jugak nak kenalpasti kekuatan/ kelemahan seseorang.
-
Kejayaan pengunaan soalan-soalan KBAT atau tidak bergantung kepada kualiti individu itu juga. Murid yang lembab - tak mampu menjanakan soalan KBAT dalam interaksinya dengan kawan kawan di sekolah. (Saldana, 2015). Kalau KBAT diajukan kpd kelas yang mundur - sudah tentu seseorang guru tidak nampak kecerdikan ataupun kewarasannya. Oleh itu, di dunia ini pun sudah ada pilih kasih. Sesebuah negara banyak mengeluarkan belanja untuk projek khas untuk murid-murid/ pelajar-pelajar pintar sahaja. Contoh terbaik projek PERMATA oleh YB Datin Rosmah Mansur yang mana ..dengar khabar sudah banyak wang negara mengalir keluar dari sini ke luar negara . He..he..he.. Projek ini terbentuk kerana Malaysia banyak bergantung kepada Amerika. Lagipun sedap melawat New York dan California dari membuat lawatan sambil belajar ke Bangalore, Madras India , Dakka , Bangladesh. Mula-mula HOTS dari USA; tak lama lagi STEM, STEEM dari Amerika juga. [STEM= sains, teknologi, engineering dan matematik ; E yg banyak itu is English, entrepreneurship, ….. , emotional? ]
-
Soalan KBAT matematik tak akan sama dengan soalan KBAT dalam BM, BI, BA, BC dan BIndia.
Oleh itu , tugas guru semakin besar dan mencabar. Jika ada guru yang mengalami stress .. kita kena fahamlah asal usulnya semua ini. Tengok sahajalah sang sang pendidik dok sibuk hantar markah ikut komputer di malam malam hari sekarang ini. Bila bandwidth tak lebar macam Amerika, susahlah guru guru kita ..bangun 4 - 5 kali pun .. tak leh enter markah lagi ..tetapi jom kita kena fikir sedikit .. kalau kita hantar markah pelajar-pelajar di kampung, di desa …dengan cara atas talian .. apa peluang mereka lebih berjaya dari keadaan bila markah hanya berlegar di bilik guru peperiksaan sekolahnya sahaja? Adakah dengan cara ini, keadaan ekonomi negara akan mula pulih seperti sedia kala? Dengan cara markah dihantar online - adakah Amerika, UK akan memandang kita .. hebat macam depa? Korea Selatan dan Singapra ..buat mana ini jugak kah? Selepas peperiksaan, semua markah kena dihantar online ke MOE mereka? He..he..he… jgn nampaknya berteknologi tinggi ..pi mai pi mai ..kita ditakuk lama sudahlah.
Saya akhiri kalam dengan … tulisan Pink (2006) “.. we have transitioned from I.T age to the conceptual age, where knowledge workers are now the creators and emphatizers , whose tasks are to create artistic and emotional beauty , to detect patterns and opportunities , to craft a satisfying narrative ..and to combine seemingly unrelated ideas into a novel invention” pp 51-52,
Sekian.
Rujukan:
Saldana, J.(2015). Thinking Qualitatively - Methods of Mind. London: Sage
Pink, D.H.(2006).A whole new mind: why right-brainers will rule the future. New York: Riverhead Books.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/10/hots.html