Syukur 1a
Salam
Untung benar kita hidup di Malaysia ini. Bukan setakat kita jer mendapat rezeki yang melimpah ruah tetapi harta negara ini juga turut dinikmati oleh haiwan dan juga rakyat asing. In short, makhluk Allah.
Rakyat asing suka sangat tinggal di sini kerana 3 sebab utama:
pertama, negara ini aman. tidak ada kacau bilau yang berbentuk extreme - contohnya tembak menembak dalam panggung wayang seperti di Denver minggu lepas. Di negara ini , cakaplah apa-apa , orait punya. Tak ada bunuh membunuh yang melata-lata. Cikgu marah kat murid-muridnya dan murid-murid pun marah kepada guru-gurunya. Tak cukup dgn murid-murid marah kepada guru, ibu bapa pun boleh datang ke sekolah dan marah-marah kepada guru-guru. Kadang-kadang sang ibu bapa ini dari pasukan polis juga. So tak seronok benar jika orang pangkat besar polis datang marah kat guru muda yang baru jer posting dan belum lagi menikmati gaji yang pertama. Tetapi disebabkan negara ini aman, semua ok punya. Kami tak bunuh membunuh kecuali kes itu sahaja di mana rakyat mongolia bukan jer dibunuh tetapi dibom oleh dua orang polis khas. Entah siapa yang memberi arahan kpd polis ini untuk menggunakan bom istemewa C4 untuk menghilangkan bukti. Kasihan semua jenis biji dari badan mendiang rakyat mongolia hilang ghaib begitu sahaja.
faktor kedua ialah kita rakyat malaysia banyak bertolak ansur sepanjang masa 24/7. Orang cina bila bila masa boleh datang dan masuk ke kampung orang melayu asli, jawa, kampar, bugis, kelate, gganu dan membeli tanah dan membuka perniagaan dengan aman dan damai. Mereka tidak perlu takut apa-apa pun. Contoh kot di Johor (sepanjang jalan BP ke Muar) selepas 30 - 70 tahun banyak tanah orang melayu telah terjual kepada orang cina kerana orang melayu suka berhutang seperti menyekolahkan anak ke universiti, membeli motosikal dan kereta untuk anak -anak tercinta. Dari hutang sekolah, moto dan kereta ini, orang-orang cina boleh menawan banyak tanah kebun sawit di seluruh tanah air. Orang cina senang bina harta dan kekayaan dalam kawasan orang-orang melayu. Tetapi .. tak ramai pulak orang melayu yang berani membuka perniagaan di kawasan orang-orang cina. Sebab utama hidung orang melayu terlampaulah sensitif jika terbau najis babi, anjing dan asap kemenyan yang dibakar oleh orang-orang cina. Yang hairannya orang melayu sensitif dengan bangsa cina tetapi ..tidak begitu sensitif dengan orang putih, Belanda, mamak, bangla atau Portugis. Pelik bin ajaib bukan? Bukan sahaja orang cina seronok berniaga dalam kampung melayu, orang india pun sama juga menumpang sekaki tuah badan mereka. Pendek kata orang melayu mempunyai satu sifat istemewa - selalu memberi. Sifat ini tersangatlah terpuji seluruh dunia. Tengok sekarang. Kerajaan BN banyak dah bertolak ansur ..memberi restu bahawa sijl, ijazah KTAR (Kolej Tun Abdul Razak) semua sekali boleh digunakan oleh bangsa cina untuk memohon jawatan-jawatan kerajaan. Dulu time Tun Mahathir ..tidak begitu sangat kita bangsa melayu mengalah itu dan ini. Bukan setakat orang jepun jer yang tahu sifat istemewa melayu ni, orang orang nigeria dan bangladesh pun tahu sama. So banyaklah kawasan melayu telah ditawan oleh orang asing ini - Nigeria, Bangladesh, India, Arab , Iraq, Vietnam dan Indonesia. Kadang-kadang bukan setakat tanah jer orang melayu kasi, anak anak dara melayu yang belajar di menara gading pun - a u zu billah - orang orang melayu sanggup lepaskan .. sempena slogan ‘1Malaysia’. Semua ok punya. Mengikut statistik, orang melayu juga sanggup undi orang yang bukan melayu dalam pilihan raya umum kedua belas dan sebelum ini dengan harapan wakil rakyat tersebut akan berjuang mati-matian untuk untung nasib dan agama orang-orang melayu. Bagus betul melayu kita ni. Payah nak cari bangsa yang sebaik ini dalam dunia. Percayalah. Dengan pegangan agama yang kuat .. peliknya melayu di sini tidak begitu melawan macam pak pak arab di benua arab sana. Mengapa yek?
Faktor ketiga, bulan ini bulan ramadhan. Kebanyakan penduduk islam yan berpuasa ialah bangsa melayu. Dah lah kita berlapar 30 hari kerana beribadat puasa, aleh aleh di hujung bulan ini ..kita lepaskan banyak wang kepada gudang-gudang kepunyaan cina dan india. Tengoklah esok 25 JULAI 2012 bila pegawai melayu dapat duit gaji. Kuat shopping. He..he.. Hasilnya badan orang melayu semakin hari semakin nipis, kurus dan menderita sedangkan badan dan perut orang cina dan india semakin hari semakin tebal, kuat, membuncit kerana ketawa - betullah rakyat malaysia terutama orang melayu mempunyai sifat istemewa. Tidak ada bangsa lain di dunia ini sifat istemewa melayu ini. Nak kata ‘tidak cerdik’ berdosa kita tau? Entah apakah adjektif yang boleh kita lekatkan kepada orang-orang melayu kita ini. Saya rasa melayu ini kena dadah hasil dari menonton filem hindustan yang banyak ..kita cepat terpersona dengan pujian melambung-lambung yang diberikan oleh orang-orang asing. Salah satunya ialah ' the best muslim country in the world'. Walaupun begitu, kita cepat bersedih .. ini kerana kesan dari suka menonton filem hindustan dan india yang dipenuhi dengan musik musik india, pakistan dan tamil. salah satu contoh orang melayu cepat bersedih ialh bila Tun Mahathir menangis dan Datin Rafidah Aziz turut menangis dalam satu perhimpunan UMNO terbesar 5 - 10 tahun yang lalu. maaf tak ingat saya. Pada masa itu, Tun Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia. Dia menangis kerana kesal kerana rasuah sudah menjadi darah daging kroni UMNO. Satu lagi melayu berjiwa sedih. Kalau tak percaya ..cuba hayati takbir raya orang orang di Malaysia. Cukup sedih, sayu dan mendayu-dayu. Tidak semangat aku nak menjalani kehidupan sebagai pegawai melayu profesional komputer bila melihat bangsaku cepat menitiskan air mata. Lain pula dengan takbir bangsa arab sejati. 180 darjah berbeza. Takbir arab - kuat dan laju .. tak ada chance pun nak hanyut dalam irama takbir ala mendayu- dayu ini. Musim raya , ada setengah orang melayu ..tengok kubur menangis, tengok filem melayu sempena raya menangis, tengok mak kambing nak beranak pun menangis, tengok penyu di Rantau Abang pun menangis.. itu dan ini ..banyaklah yang keluar air mata. Bangsa yang banyak mengeluarkan air mata - adalah satu bangsa yang senang ditawan pada bila-bila masa. Tak caya? Tanya orang jepun semasa mereka menawan Malaya pada tahun 1940’an dahulu. Tengok sekarang .. mana ada pemain melayu boleh tawan pingat emas olimpik. Nak berlari jauh marathon macam orang Kenya dan Etiiophia , kita tak boleh.. mana leh lawan. Why? kita bangsa yang suka menangis. Bercerai hidup pun menangis. Bukan sahaja di rumah abah dia menangis , di mahkamah syariah pun dia mau menangis. Menangis kerana bercerai dengan suami rakyat asing. Belum lagi berebut anak .. jika berebut anak-anak hasil hidup setelah berkhawin 10 tahun yang lalu ..bukan dia jer menangis, anak anak pun semua menangis. Tok nenek pun ikut serta menangis. Sebab itu syarikat tisu cina dan eropah .. laris dalam musim puasa, raya atau di luar bulan puasa di tanah melayu ini.
Oleh sebab itu ..malaysia adalah sebuah negara yang aman dan senang dibanjiri oleh rakyat asing . Kasihan polis dan pegawai imegeresen kita .. kerja utama mereka sudah beralih fokus dari mengatasi masalah jenayah kepada mengawal kebanjiran orang orang asing yang cuba menumpang nikmat mencari sesuap nasi di negara ini.
Baguskah kita melayu bersifat begini sejak kemasyuran Munshi Abdullah, Sultan Melaka, Hang Li Po sampai kepada Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak?
Jika melodi lagu kebangsaan Negara Ku dapat kita tukarkan skripny a.. bagaimana pula dengan yang lain?
Sekian. bagus kita merenung nasib melayu ini ..nak kemana kita bawa umat melayu serba sedih, serba memberi hak melayu kepada orang-orang lain ini?
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/07/syukur-1a.html