syukur ..job task done 90%
Salam
Dalam diam kami menulis buku untuk DBP.
Hari ni 90 % siap. Esok lusaa ..semak rujukan sahaja. Menggunakan technology google.
Harap pembaca doakan kami boleh submit Khamis ini insya allah.
-
Saya percaya ..semua yg bermula akan berakhir. Begitu juga cabaran menulis untuk DBP.
Kami bermula tahun 2013 lagi. Banyak sungguh ranjau penulisan ini. -
Mereka yg dah buat thesis BSC 150 muka surat , masters MSc 100 muka surat dan PhD 200 muka surat ..jom tulis lah sesuatu untuk masyarakat kita ini .. sebuah buku 100 muka surat. Biar kita berkongsi ilmu. Insyallah kita membina masyarakat berilmu.
Sekian. Oh saya tak melupakan tuan/puan/ adik/ abang ..
Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya ini. Blog dijadikan medan untuk mengasah bakat menulis. Kalau pemain bola sepak tersohor melakukan latihan di stadium kampungnya saban hari .. sebelum bermain di tempat yg hebat seperti Wembley Stadium ..begitu juga seorang penulis.
Dia perlu membuat latihan menulis. Makin banyak ditulis dalam blognya ..ini mewujudkan satu keadaan ..di mana otak nya sudah bermula (warming up) dengan .. menulis idea idea sebenar dan seterusnya untuk publication / percetakan. Tanpa latihan ..produk tak mungkin terhasil.
Muga muga Allah memurahkan rezeki kita semua. Ameen. Tak cuba , tak tahu , bukan?
Allah Maha Kaya (Al Ghani)
Wasallam.
p/s: jika orang lemah mcm saya pun boleh buat , adik adik lagi lah boleh buat. Why? waktu kecil saya makan pisang lecek jah (ibu menggunakan belakang tempurung kelapa) sedangkan adik makan makanan2 penuh khasiat dan bervitamin. Adik pasti boleh.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/03/syukur-job-task-done-90.html