Syukur kita dilahirkan di Malaysia - MERDEKA
Salam
Yes esok 31 OGOS 2010 - Merdeka! kita dah menyambut kemerdekaan ini 53 tahun dah. Kita semua patut bersyukur dilahirkan di negara bernama malaysia yang sudah merdeka. Bayangkan jika emak kita kahwin dengan orang Bosnia pada zaman dahulu .. mungkin kita lahir di Bosnia. Cuba bandingkan mana best kehidupan di sana dengan kampung kita Gaal, Pasir Puteh ni? Now bayangkan jika ayah kita kahwin dengan Mek salleh di Britaian .. besar kemungkinan kita lahir di England. Jika ayah kulit gelap dan mak kita puteh melepak pun … kulit kita tak kan 100% putih macam mak kita. So kita jadi ‘non-white’ di sana. Rasa-rasa mana best belajar di negara ini yang merdeka dengan belajar di sana sebagai rakyat ‘non-white’? Tengok-tengoklah news CNN , BBC news … apa nasib yang menimpa dengan anak rakyat India Pakistan yang lahir di England. Rasa-rasa mereka boleh jadi kaya raya atau tidak duduk d London .. jika dibandingkan degan kita yang dapat berniaga di KLCC dengan tiket bumiputera.
Pendek kata, nasib menyelbelahi kita. Di negara ini jika kita pandai 53 tahun yang lalu .. kerajaan akan hantar kita menuntut di luar negara dan pulang bertugas sebagai orang2 yg hebat-hebat .. tengok saja lah professors di negara kita. Saudara rasa .. bolehkah bilangan professor bumiputera yang seramai ini dapat diwujudkan di Yugoslavia, Ethiopia, Somalia, Bhutan, Madagaskar dan lain-lain? jawapannya sudh tentu tidak. Sebab itu kita mesti ucap syukur kepada Allah yang Esa .. kita dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Di sini kit akurang merasai kesusahan seperti tsunami, puting beliung tornado, gempa bumi , banjir yang dasyat .. kebuluran yang bertahan berkurun-kurun lamanya. Tengoklah anak orang Ethipia ..tengok kepala anak mereka ..mana lebih besar kepala anak mereka atau pinggan yang kosong tanpa makanan. dahlah begitu .. ada lalat hijau ..main-main atas kepalanya. Tengok dasyat kehidupan mrreka sejak kecil hinggalah dewasa. Kita kena syukur semua itu.
Sebab itu .. kita kena saling maaf bermaafi ..antara satu bangsa dengan yang lain .. walaupun ada sedikit perselisihan pendapat .. kit amesti kekalkan perpaduan sampai bila-bila. Dengan perpaduan, orang cina boleh datang berniaga dengan aman dan kaya rayadi Parit Jawa. Orang melayu boleh mengajar di sekolah cina dan India tanpa merasai sedikit takutpun. Dengan itu anak-anak kita dapat meneruskan pelajaran sampai ke menara gading tanpa .. peperangan dan penumpahan darah setitik pun. Bukankah ini satu kampung syurga .. kita hidup berbaik-baik di antara satu sama lain. Orang melayu mengajar anak=-anak cina di makmal multimedia sampai mereka mahir dan mampu membuka perniaggaan tanpa rasa sedikit was-was pun. Siapa rajin dialah yang dapat kekayaan. SEkarang anak india / bengali pun jika pintar .. kerajaan mengahntarkan mereka / menaja mereka ke USA, UK, Europe dan .. mana-mana lah yang mereka mahu .. bila pulang jadi pensyarah di universiti tempatan ..dan terus menabur bakti untuk bangsa dan negara.
Apa lagi yang kena hendak? makanan.. macam2 ada. ASTRO, kedai mamak, Kopitiam, rojak petis semua ada. Roti canai 24jam ..mamak boleh tebarkan roti itu sebesar mana anda mahukan.. pokoknya kita semua hidup aman dan damai. Masjid? no problem. Tok Bilal boleh melaungkan azan ..sekuat dia mahu dan ..soon ramailah orang-orang islam dapat menyertai sembahyang fardhu di masjid dengan aman. Orang kristiab dan orang Buddha diberi hak untuk menjalankan upacara ibadat masing-masing tanpa rasa takut .. dan dizalimi.
Tiba-tiba datang pendatang asing. Siapa punya project ini? Bila datang mereka ini .. lama-lama ada sedikit masalah .. pelacuran, pembunuhan, dadah proses di kilang , dan macam-macam. Tetapi ..pak polis dan pak tentera kita cekap sepanjang masa. Depa kata ..keadaan semua terkawal.
Maka sambutlah Hari Merdeka ini dengan penuh kesyukuran. Berdoa kta supaya kita dapat terus hidup aman damai sampai bila-bila . Ameen.
Syukurlah kita di Malaysia. Tidak ada negara di dunia ini seindah Malaysia.
Alhamdulialh.
Walllahualam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2010/08/syukur-kita-dilahirkan-di-malaysia.html