Tahap kepuasan hidup


Update terakhir:

Salam

Kalau kita mengambil peluang .. menaiki bas express perjalanan jauh .. contohnya..

kita akan terserempak dengan ramai manusia yan ..tak puas hati dalam banyak hal/ perkara seprrti:

(i)  guru .. payah nak bertukar ke kampung halaman sendiri

walaupun dia dah lama ..berkhdmat di negeri orang.

Sebenarnya payah ..  pihak kerajaan nak buat dasar ..di mana semua penjawat awam akan ‘happy’ dan berpuas hati sepanjang masa.

Kalau kita jadi kerajaan …  kita akan berjumpa pula ..dengan sebahagian besar guru yang berada dalam zon seronok/ syonok /  .. hinggakan .. banyak arahan ketua ketua mereka ..  berani mereka langgar dan ..  bermacam macam kerenah lagi…

tahu tak .. pihak kerajaan banyak menawarkan .. biasiswa kpd guru ..untuk melanjutkan pengajian dari peringkat masters hinggalah phd.. tetapi sambutan .. dari pihak guru .. adalah cukup mendukacitakan.

Banyak quota guru untuk pengajian di peringkat tinggi ..  terpaksa di pulangkan ke pihak atasan …

why?  guru guru  di kampung .. dah seronok sangat dah .. syonok sangat dah .. tak yah pergi kursus mana mana dah ..

why?  semua boleh belajar dari internet/ broadband dan lain lain.

oleh yg demikian ..pusat laitihan seperti  INTAN, IAB ..  PSPN ..  JPN …  banyak menawarkan kursus kursus ..tetapi sambutan .. tidak menggalakkan ..  kalau ada sambutan pun ..yg datang .. bukan guru yang JPN mahukan.  Spare parts guru jer yang datang berkursus.  Guru guru berumur 23 tahun .. datang kursus untuk guru senior berumur 53 tahun.  Bagus bukan?

Pendek kata ..  ada guru .. tak puas hati .. dan ada juga .  guru yg sangat sangat berpuas hati ..

Ada guru sanggup mengajar satu sekolah selama 35 tahun lamanya/  Bijak betul guru ini! sampaikan terdapat 4 generasi pelajar adik beradik , mak saudara, abang ipar .semua GURU itu telah mengajar mereka .. SERONOK BETUL ..kehidupan seorang guru sedemikian rupa.  Ha..ha…

Waktu berGraduate umur 25 tahun .. khawin pulak dgn org kampung tepi pagar sekolah ..  selama 35 tahun .. umurnya akan bergerak ke angka  60 tahun ..guru tersebut akan bersara wajib.  Kalau kerajaan BN beri peluang guru ini bekerja sampai 80 tahun .. pun .. saya rasa .. guru ini akan terus bekerja dengan 1 sekolah sampai pencen 80 tahun .. Sudah mencapai ..tahap .. cukup cukup berpuas hati.

  1. Payah nak capai kata sepakat .. kepuasan hidup ini.

Mengikut ustaz .. ustazah di masjid ..  depa kata ..  manusia tak akan berpuas hati dalam semua keadaan.  Dengan suami pertama , ada guru tak berpuas hati //  dengan suami kedua .. pun .. ada orang tak berpuas hati//  naik PROTON tak puas hati ;  naik VOLVO ..pun tak puas hati/

tinggal di rumah teres 2 tingkat ..dia tak puas haiti .. dan sekarang tinggal rumah / quarters guru 5 tingkat pun .. dia tak puas puas hati/

maka ustaz kata . dia akan berpuas hati apabila pasir masuk ke dalam mulut dan rongganya .. dalam kubur nanti/  ye kor?

patut pun ..dalam kitab kitab klasik .. cetakan ACHEH , BANDUNG Indonesia .. ada halaman dalam kitab kitab ini ada menulis ..  manusia tak akan berpuas hati sampai bila bila ..kerana ..

kepuasan hati .. tidak ada di dunia ini.  Sebenarnya.

  1.  selagi manusia .. digelar manusia ..  dipanggil manusia ..  kita tak akan berpuas hati.

Dulu tak kerja; nak sangat bekerja.
Bila dah dapat jadi guru // khawin pulak dengan guru // dia tak puas hati jugakkk
kerana dia nak .. jadi guru di tepi rumah di kampung nya sahaja….

kasihan KPM, KPTM ..  mengapa pilih orang melayu kelate macam ini .. menjadi guru..

kasihan rakyat Malaysia .. yang mendapat perkhidmatan dari guru tak pernah berpuas hati ..

dulu gaji guru rendah jer .. itu pun tak puas hati

sekarang guru kelate ini .. berkelulusan DIPLOMA ..  pun .. actionnya lebih  hebat dari GURU MASTERS/ GURU Pakar lagi di IPG/ maktab guru..  ini pun dia tak puas puas hati..

macam mana ini..

Oleh sebab itu .. ada sebilangan besar  guru mahu TUKAR jer ..  kerajaan la ni/

Saya yakin ..  kalau dulu dio berkhidmat dengan KERAJAAN ini dia tak puas hati … dapat bertugas dengan KERAJAAN Baru selepas 5 MEI 2013 ..ini pun .. saya rasa .. mereka tak akan berpuas hati apa apa pun ..hatta ..bila diberi gaji baru ..  lama lama kelamaan .. mereka akan mula tidak berpuas hati.

Mengapa?

  1. jawapan mudah jer: Nafsu, iblis dan syiatan manusia ..  tak pernah lari dari tubuh badan kita luaran dan dalaman pun sama ada  .. guru itu pro kerajaan atau guru itu anti kerajaan ..

SEBENARNYOR :  titik kepuasan hati ..kepuasan hidup .. di atas muka bumi ini .. hanyalah bayang bayang belako.

Kita manusia sedang mengejar bayang bayang sebenarnya.  Kadang kadang..kita  tak tahu mengenang budi .. tulang yg ada dalam mulut .. pun kita sanggup lepaskan .. kerana .. kita nampak .. ada anjing lain dengan tulang yg lebih besar di mulut nya di dalam air di kolam itu .

Bodohnya ..kita ialah ..  kita tak sedar bahawa anjing yang dalam bayang bayang permukaan air di kolam itu .. ialah diri kita sendiri.  Bila dah
terjatuh / hilang tulang besar dari mulut kita
kita akan meraung meraung .. menyesal tak sudah sudah .. mengapa lepaskan ..  kenikmatan hidup yg dahulu kita telah mengecapinya selama ini..

Sekarang mata kita menjadi putih ..  putih ….  menyesal tak sudah sudah.

Menyesal dahulu .. pendapatan
menyesal kemudian ..tidak ada guna nya.

  1.  Teringat arwah ustaz ‘R" gapo namo itu  di PKB ..  masa dio di sana ..asyik bangkang kerajaan jah .. tiba tiba bilo kena arah dipindahkan ke Sabah ..  payoh benarlah hidupnyor..

after some time ..dengar ..dia boleh bertugas di Kelantan semula ..tetapi sayang ..tak lamo selepas itu .. dia dah meninggal dunia//mungkin sakit badan dok seorang diri di Sabah dahulu itu//  sama jugak saing saya .  bila kena tukar keluar dari daerah KB .. dan sekarang bertugas di ULU Selangor .. sibuk dio menangis tak berlagu  ..nak tukar balik ke Kelatan..  macam lah sekolah/ politeknik .. mok ayoh dio punya… ha..ha..

Oleh itu .. berhati hatilah ..  wahai si penulis blog dan .. tuan tuan hamba sekalian.  Jaga diri kito baik baik..  syukurlah nikmat yg ada ini/

Pernah dengar tak .. sifat gapo tu  '  qanaah’?  ini bermakna ..kita .. kena belajar ..bersyukur dan hidup atas kemampuan diri sendiri ..  jgn cuba .. berlomba lomba dengan org lain .. kerana tulang dalam mulut kita adalah bersaiz lain sangat dengan tulang di dalam mulut mereka di sana // nuN di sana.. ..

Apa yg saya maksudkan ialah ..jika kita seorang jer bekerja dan isteri suri rumah ..  kehidupan kita .. berlainan benar dengan jiran yg mana mereka sekelamin bekerja kerajaan sejak muda lagi .. kalau kita bergaji RM5000 sebulan ;  mereka dah RM10000 sebulan..  maknanyor sifir mereka 2 kali ganda dengan kito ..  saiz langkah mereka ke depan dgn kita adalah 2 kali ganda ..  Inilah ramai antara kita nok kejar kejar sangat ni ..sehinggakan ramai kito kena penyakit barah, jantung, usus, tulang, diabetes dan macam macam ..  bil hospital, klinik, hospital pakar, PRUDENTIAL ..dan ..terus kito mati//

dalam budget ..  bulanan ..jgn cuba berlomba dgn orang yang mana ..pekali SIFIR mereka berkali kali ganda dengan kita .. yang bergaji seorang jah.  Apatah lagi ..anak anak jiran 3 orang sedangkan anak anak kita 12 orang.. ramai yg sakit pulak itu..  Harap tuan hamba paham  matematik mudah saya ini.  Jika tak faham .. maka terjawap lah , mengapa ramai ..antara kita tak puas puas hati dgn kehidupan mereka selama lama ini/ astahgh firullah.  Kita tok cayo dengan qada' dan qadar pun// kita andaikan kito paham ..tetapi ramai kito..tak paham paham sampai badan kita diusung ke lubang kubur di tepi rumah kita jah.

The answer is ' mathematically speaking'.  I write more next time on this topic. Insyallah.

Al Fatihah.

Walahu aklam.  Fikirkanlah  bersama sama sebelum kita dipanggil arwah itu dan ini..   p/s:  saya sekadar .. menyampaikan warkah ini sahaja.  

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/04/tahap-kepuasan-hidup.html