Tahap kesabaran masing masing
Bbsalam.
Hari ni saya berhajat besar hendak menulis sesuatu mengenai topik ' kesabaran'.
Ramai orang menyebut pasal kesabaran tetapi pembaca faham ke apa itu sabar?
Contoh 1 ..orang tak cukup duit nak sambung belajar. Tahap kesabarannya tak sama dengan se orang janda membesarkan 4 orang anak setelah kematian suaminya.
Contoh 2. Se orang pemuda di pecat dari jawatannya tidak sama tahap kesabaran se orang suri rumah yg sedang berjuang dalam theatre operation nak bersalin anak pertamanya.
Contoh 3. Se orang jejaka ditolak lamarannya oleh gadis gadis melayu seopis disebabkan ‘kecacatan’ anggota - mengalami perasaan dukacita teramat sangat dan memerlukan kesabaran tertentu untuk terus melansungkan kehidupannya sebagai mukmin dan lain - lain lagi.
Oleh itu apakah makna tepat kesabaran ini?
Kesabaran ialah keadaan mental seseorang. Keadaan mana dia dapat menerima keadaan seada-adanya. In English it is said to be the state of the mind. How does the mind react to a specific situation that calls rejection, failure, pain, fear, anxiety, disaster, tragedy and many more?
Kemuncak kesabaran ialah syurga Allah.
Tanda syurga Allah di dunia ini ialah sebuah rumah tangga yg aman damai, tenteram dan bahagia. Kemuncak kesabaran bagi pelajar Ph.D ialah ia beroleh sukses di England atau negara negara di mana mana jua.
Saya selalu menggunakan kata kata dasar aman damai, tenteram dan bahagia dalam penulisan saya. Mengapa? Ini adalah kemuncak sukses yg dicari oleh semua manusia termasuk Michael Jackson, Whitney Houston dan Steve Jobs yang mana pengikut-pengikutnya mencicah jutaan manusia tanpa mengira bangsa, kulit dan agama. Sayang .. sayang .. kebanyakan artis-artis tersohor mencari titik kemuncak tersebut dgn dadah, musik, touch screen tetapi .. pada saat kematian mereka pun .. semua mendiang ini menggaku bahawa aman damai, tenteram dan kebahgiaan tidak terletak dalam pil heroin, dadah dan marijuana tetapi dalam agama islam suci murni. Hanya Allah yg mengurniakan seseorang itu dengan titik kemuncak ini. Keberadaan agama, taufiq dan hidayah adalah anugerah Allah yg terbaik sekali. Bersyukurlah kita kawan?
Kata lawan kesabaran ialah gelojoh / panas baran yg menghasilkan satu mala petaka atau kehancuran rumah tangga, bisnes bankrupt atau perjuangan masters/ Ph. D yg tak selesai.
Oleh itu saya mengajak diri ini dan pembaca jom kita berlatih bersabar. Belajar bertenang, cakap elok dgn partner/ isteri/ suami / gurumu/ SV agar kita beroleh keberuntungan. Ameen.
Al Fatihah.
Subhanallah, Alhamdulilah dan Allah hu Akbar.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/10/tahap-kesabaran-masing-masing.html