Tahu sedikit buat sedikit


Update terakhir:

Salam

Saya rasa ramai antara kita mempunyai pengetahuan mengenai agama islam setakat PMR/ SPM / MCE sahaja.  Kalau ada yang lebih , kita memperolehinya dari majlis ilmu tazkirah, taklim wa taklum di masjid dan di surau-surau berdekatan secara tidak formal. Ini adalah kerana kita tidak memberi sepenuh masa mempelajari ilmu agama ini sepanjang hayat kita.  KIta telah banyak memberi masa untuk mempelajari ilmu sijil politeknik / diploma politeknik / ijazah kejuruteraan / sarjana/ Ph.D dalam ilmu ilmu selain dari ilmu agama.

Oleh yang demikian tidak salah jika saya katakan .. majoriti kita mempunyai ilmu agama pada tahap yang  paling asas sahaja.  Walubagaimanapun Allah Taala ..tidak melihat berapa banyak ilmu agama yg kita ada ..tetapi Allah Taala melihat setakat mana ilmu agama yg telah kita amalkan dalam kehidupan kita seharian selari dengan ilmu agama yg ada di dalam dada kita masing-masing.  Ini semuanya datang dari kurniaan  iman dan taufik hidayah AllahYang Maha Esa.

Salah satu ilmu agama yg saya tahu ialah ..

(i)  jangan ambil hak orang walaupun sedikit tanpa izinnya terlebih dahulu.

mengikut satu hadith ..  jika kita mengambil hak tanah orang lain walaupun sejengkal jari sekali pun ,..  tanah sebanyak itu ..akan dikalung dileher kita di akhirat kelak.  Dan tanah itu datang bersama-sama nya .. api neraka yang 70 kali ganda tahap kepanasannya dari tahap kepanasan api di dunia ini.

Sekarang ..  kita boleh lihat ramai dalam kalangan masyratakt kita tidak mengambil berat ..hak hak tanah kepunyaan orang lain terutama tanah jiran jiran tetangga kita.

Walaupun ..kita lihat .. ramai anatara kita suka mendengar ceramah agama ..siang dan malam terutama pada bulan ramadhan ..  dan khutbah jumaat dari mimbar masjid terulung di seluruh pelusok dunia .. ilmu itu setakat di telingga sahaja. masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Tidak ..membawa apa apa kesan …  perubahan dalam diri kita seharian sejurus selepas kita keluar dari majlis ilmu  agama.  Astagh firullah.

KIta tahu macam macam .. tetapi ..kita tidak ambik berat .. tentang ..  pencerobohan yg telah kita lakukan secara sedar / tidak sedar .. hak jiran/ hak anak jiran setelah ayahnya meninggal dunia ./ hak cucu cucit jiran yg telah lama atuk dan nenek mereka mati ( meninggal dunia) .  Yang kita gilakan sangat ialah kita akan cuba seboleh–bolehnya .. membolot sedikit demi sedikit kesemua tanah orang lain .. yang penting .. kawasan tanah kita semakin besar dan terus membesar ..  Yang paling bagus ..biar jiran kita itu .. berambus jauh jauh dari kawasan tanah yg telah kita cerobohi .Begitu licik otak kita.

Itu lah tahap ilmu agama yang selama ini telah kita perolehi dan hayati dari kitab agama berwarna kuning (uzur) atau pun baru..

ilmu agama tahu , ilmu  tahu tetapi amalan suku suku
hatta  amalan menceroboh tanah jiran tetap kuat kita lakukan tanpa kita mengambil berat balasan api neraka   diakhirat yang terkandung dalam hadith di atas.

  1.  Sekarang di Kelantan/ Terengganu, pembahagian tanah dijalankan oleh pejabat tanah daerah masing masing.  Tetapi ..  geran tanah ..  walaupun terperinci bagaimana pun ..disebabkan kita mempunyai pengaruh yang kuat dengan barisan pegawai pegawai termasuk Pegawai Daerah  dan Penolongnya di Pejabat Tanah .. / polis/  Majlis Bandaran pun ..  maka pencerobohan tanah tetap berleluasa di Kelantan/ Terengganu ini.

Ini adalah negeri - negeri yg tersohor dalam Malaysia .. dalam aspek ilmu agama islam (ala kuno) / pembinaan pondok pondok ilmu agama rata dan riti/

tetapi bagi saya ..  setelah mengalami sendiri ..  dan dari cerita kawan kawan saya yang sudah lama mati hasil penindasan hak tanah pusaka dan lain-lain lagi ; izinkan saya rumuskan sebagai :

ilmu agama yg kita tahu .. adalah setakat telinga nipis kita sahaja.  Tidak lebih dari itu.
Kalau tuan puan pembaca budiman  percaya adanya ALLAH di dunia  ini , percaya adanya Surga dan NERAKA JAHANAM dan yakin seyakin-yakinnya (seghoti) adanya mati ke atas tubuh badan kita pada bila bila masa

jangan lah kita sekali kali .. mencuri/ berniat mencuri / menipu/ mengelat/ mencerobohi / menaaluki /  masuk tanah orang lain/  merampas secara licin , terang-terangan

keculi kita benar benar tahu , tanah itu adalah tanah hak kita yang sebenar-benarnya.

JIka tuan tuan masih melakukan .. perbuatan ini ..  maka tengoklah..pada satu hari nanti ..jiran jiran tuan hamba yg tertipu akan menuntut semua kebaikan anda yang telah anda lakukan di dunia ini termasuk beberapa kali naik haji/ terbang wat umrah / sedekah/ membina masjid/ rumah anak yatim.. wal hasil .. di akhirat sana .. tuan adalah orang yang sudah bankrupt .. muflis semuflisnya.  Semuaamalan baik telah dikreditkan ke dalam akaun jiran jiran tetangga tuan hamba itu.

JIka tuan insaf .. minta lah maaf dengan jiran anda sebelum terlewat.  MIntak ampun dengan Allah Taala.

(ii) hutang dengan cino , india, orang siam, orang kembojo, .. bayarlah cepat cepat.  Mereka pun umat nabi muhammad s.a.w. juga dan mereka adalah makhluk Allah Taala juga.

Aspek berhutang -hutang sekeliling pinggang merupakan hobi orang berniaga.  Setengah tengahnya lah.  Awas .. bila bernniaga kita ada berhutang sedikit sebanyak.  Sudahkah anda lunaskan hutang anda?  Bagaimana hutang dengan Majlis Perbandaran KOta BHaru.  Cukai tanah?  cukai pintu?  BUkankah itu hutang namanya?  Orang berhutang , wajib bayarlah.  Tak perlu ngaji ugama sampai tercabut biji mata ..  setakat nak berhutang dan terus membayar secepat mungkin.  Payah sangat kor ni?

Ilmu cetek saya mengajar saya ..  bahawa.. berwaspadalah ..
Doa orang yang dizalimi ..tidak ada hijab di sisi Allah Taala. Percayalah!
 kalau bapak ibunya tak jatuh gilo .. tengoklah anak anak , cucu cicit akan jatuh gilo ..  hasil dari doa ..orang yang pernah kita zalimi selama ini.

Sekian.  Wallahu aklam.  Maaf saya pinta jika terkasar bahasa.  Saya tok ngaji tinggi ba agama dari kitab berwarna kuning usang .. tulisan kecik tak nampok baris pun .. bahasa melayu rumi nya..  Adushai.. Orang tua saya kato .. kadang kadang orang baber seperti daging kubar (kerbau)..  elok kito kasar dgn nyor sekali sekalo ..baru dia bayar hutang kito itu.  Betul kor pesanan orang tua saya itu?

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/10/tahu-sedikit-buat-sedikit.html