Tahun Baru Azam baru sekolah


Update terakhir:

Salam

Apa khabar?

  1. Now hari pertama persekolahan di seluruh negara. Budak-budak Tahun 1 .. best lah.. tak termasuk tangisan melalak-lalak tu lah. Kencing di sana sini .. di kawasan corridor kelas depa. Depa tak sedar ..mereka dapat serba baru tu. Pakaian sekolah baru, beg baru, kasut 2 pasang yang baru, Branded ‘BATA’, alat melukis LUNAR baru, duit poket lagi… tak ker best tu?

  2. Yang boring kita lah. Guru-gurunya. Kena prepare macam-macam. Dulu saya pernah ikut pelajar-pelajar bersihkan bilik darjah .. plus lap mengelap cermin cermin yang hampir-hampir pecah / tunggu retak dan gugur ke tanah jer.. tapi .. sebagai warga guru .. kita buat apa yang pelajar buat lah. Selepas itu, rancang pengajaran kita. Apa yang nak diajar dan lain-lain lagi. Dulu saya kempen pelajar-pelajar beli buku kerja matematik dan Bahasa Inggeris. Mesti beli tu!
    Duit mereka .. kadang2 kita buat rolling sana sini dulu sebelum toke cina buku ..datang nak punggut kutipan jualan buku-buku tersebut. Yang best satu lagi ialah .. kutip yuran sekolah ..pelajar tahun baru. Jika satu kepala ..RM20/= bayangkan jika kita ada 40 orang pelajar. Banyaklah duit rolling kita kan? BEST? tapi tak lama musim best tu .. tiba2 ..jika toke buku cina datang ..bergelabah kita mencari duit yg telah ‘terbelanja’. (ketawa).

  3. Sebagai seorang guru lelaki graduan sains .. saya selalu dapat kelas yang paling tercorot dalam matematik dan Bahasa Inggeris. Guru-guru perempuan .. kebanyakkan dapat kelas yang best-best seperti Tingkatan 5Sains 1 , Tingkatan 5 Sains 2 ..sedangkan kita guru lelaki ..Tingkatan 5 Sastera 6. Tingkatan 3 Jujur (tercorot). baca pun tak boleh budak-budak ni. Adush!!!

Walau bagaimana pun /.. saya ucapkan syukur juga.. kerana bila ada budak-budak
ni .. ada lah pekerjaan kita sebagai guru,. Bayangkan jika tiba2 tidak ada pelajar-pelajar pun yang daftar ke sekolah kita. Mungkin jawatan kita .. tiba2 hilang juga. Siapalah kita guru jika .. tanpa adanya pelajar , kan? tetapi so far dalam hidup saya sebagai guru saya dapati

hanya pelajar-pelajar yg kita anggap tercorot jer .. yang selalu tegur kita di pasar-pasar besar di Kota Bharu, Machang, Kuala Krai, dan Wakaf Bharu, Kelantan. Mereka mesra panggil kita ‘..cikgu .. ingat lagi kito ..cikgu ..?’

pelajar-pelajar yang handal … kirim salam lah. Silap-silap kita sebagai guru yang menegur mereka dahulu. Aghhh dunia dah terbalik. Apa boleh buat. Dunia sekarang membesar2kan pencapaian mereka yang cemerlang, gemilang dan terbilang sahaja. Itulah sebabnya .. guru tua menangis seorang diri sahaja di dalam ward 10 Hospital Besar Kota Bharu. Ke mana perginya murid-muridnya yang terbilang .. ada mereka menjenguk guru ini?

Sekian. Renungkan lah.

wasallam. wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/01/tahun-baru-azam-baru-sekolah.html