Tak jadi puasa sunatlah ..


Update terakhir:

Salam

Hari ni ..banyak kerja termasuk “Jamuan Raya - TNB Peringkat Negeri Pulau Pinang”.  Menghadhiri jamuan ini untuk maksud membina siratulraheem pun ..dianggap satu tugas juga.  Aduhai.

  1. Pertama medical check up di Hospital LamWah Eeeee.  Pakar 1 (surgeon) kata gini …Pakar 2 ( cardiologist ) kata gini pulak .. ubat dari pakar 1 mahal ..dan ubat dari pakar 2 semakin mahal.  Ubat mana nak telan ini? Aduhai .. Isu yg hangat dibincangkan sesama sahabat sahabat.

Next, kerja interview guru dengan HOTS di sekolahnya.  Selalu pihak pengetua menjemput tetamu sekolah berhenti sebentar untuk memakan minum  di kantin.  So ..nak jaga hati ..skip puasa lah hari ini.
Ok tak?

  1.  Selepas zohor, ada jamuan raya skala besar ni ..pulak betul betul depan rumah saya. Besar majlis TNB ini.  Untuk mengambil faedah makan minum rezeki tuhan, saya mengambil bahagianlah ..  makan dgn staf depa.  Ha..ha..  ha..
    Rezekii aku ialah martabak, rojak buah dan teh tarik.  Kos boleh jadi RM5/=  (ha..ha..ha). tak leh makan banyak kerana dah banyak masa outstation tadi sepanjang pagi.  Now jam 0500 ptg ..kerja bertimbun timbun atas meja.  Walaubagaimana pun ..syukur dengan pertolongan guru guru Pulau Pinang ..saya sudah submit paper untuk konferens COSMED 2015.  Harap sangat lulus oleh reviewer bertauliah.

  2.  Tengoklah ..esok insya allah saya cuba untuk berpuasa lagi ..tetapi esok mesti menghilangkan diri ..mungkin bertapa di USM librarylah lagi bagus.  Mintak mintak tak ada org besar besar sibuk nak cari saya - anok jati kelate untuk berdikir ala halim budak pasir puteh gi gua musang.

Dalam kitab , kadang-kadang niat nak buat satu satu amalan itu ..lebih mulia dari amalan itu sendiri .  Harap harap Allah dan para para malaikat fahamlah sikit sikit ..zaman la ni ..  nak buat amalan mulia pun payah ..  nak buat amalan tak baik awas ..PDRM kita tu sentiasa tip-top…terutama geng geng yg datangg dari lubuk HANG JEBAT.   SPRM pun kasihan kan?  niat nak buat bagus bagus dah dengan oditing MDB1 tetapi ..tengok Datuk Bahri pun kena overhaul.  Astaghfirullah ..hal azeem.  Binggung rakyat jelata.

Itu  pasallah ..dalam kitab agama ..ada menyentuh ..  gigitlah sunnnah Nabi Muhammad s.aw. ini dengan gigitan yg cukup-cukup kuat kerana ..satu zaman akan datang ..umat ku payah sekali nak menjalankan ibadat yg mana Allah tuntuti.  Allahu Akbar! ( May Allah pardons me and all the umahh of Prophet Muhammad s.a.w).  Celik mata tadi ..ada watapp dari anakku di London ..pasal org Denmark nak bakar Al Quraan secara ‘grandeaur’.  Entahlah.  Allah akan jaga agama islam ini.  Allah Maha Kuasa. Surah Alam tai ro kar fa fa ala ..  membuktikan kumpulan gajah besar besar pun hancur ditentang habis-habisan oleh burung burung bersaiz kecil.  Allah lah tempat kita mengadu.

Sekian.

Wallahu aklam bis sawab.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/08/tak-jadi-puasa-sunat.html