Tak sabar sangat ke?
Salam
Sabar adalah satu sifat mulia. Sabar membawa berkat.
Hatta Allah bersama sama dgn orang yg sabar. Rujuk kitab al Quraan Nur Kareem.
-
kita kena bersabar dlm bangku sekolah.
Begitu juga kita kena bersabar bila bertugas dlm kerajaan.
Sifat sabar sgt terpuji.
tanpa sabar kita akan susah bukan setakat kita sahaja tetapi
Org org tersayang dgn kita di kampung halaman. -
mengikut ilmu moden
sifat sabar sahaja tak cukup.
Dia tak membawa kita ke mana mana pun secara jauh. Kita perlu sedikit vitamin dan esktra dari otak buah fikiran.
elok sy beri beberapa contoh sebagai gambaran jelas… Mula mula baca Bismillah dan salawat sekali kpd junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
3.1 dunia pengaturcaraan komputer
kadang kadang projek akhir tahun tak berjaya.
lain yg dirancang
lain pula jadinya…
kita kena buat sesuatu.
salah satu cara ialah kita kena berani bertanya dgn org org pakar dlm bidanng pengaturcaraan komputer.
Bila dia semak koding
di dapati kita tertinggal beberapa ‘semi colon’ dan mcm mcm lagi.
kadang kadang apa yg kita buat
tak logik.
Kita rancang nak ke New Delhi
tetapi cara coding komputer itu
menghala ke Singapura sana..
oleh itu kita sama sama ketawa
melihatkan tahap kualitas logik kita bergelar satu kebodohan tu.
Kalau sabar juga
tak bertanya apa apa
silap silap kita mati
di singapura dan terus kandas dlm projek akhir tahun itu.
padan muka.
Ini satu contoh kesabaran yg bodoh. Sabar dlm keadaan yg bodoh.
kita perlu bertanya itu dan ini.
kita perlu buat overhaul/angkat enjin
coding yg telah dibina.
Buatlah yg terbaru
walaupun kita menangis darah sekali pun
kerana bnyk masa kita menghala ke singapura
tangisan itu bercampur kita faham logik
insya allah kesabaran bercampur tangisan
dan usaha baru bersungguh sungguh memandangkan hari presentation sudah terlalu hampir ini ..
akan menghasilkan keputusan
dan kejayaan yg tepat dan bermutu.
Rumusan, kita kena cerdik.
Cerdik ialah ada logik dan sedikit kesabaran.
barulah kita boleh membawa diri dan keluarga keluar dari kemelut bahaya.
3.2 sabar dlm membina keluarga
kita mempunyai selera mahal.
isteri pun sama.
walaupun kita berselera mahal,
gaji kita tak se besar mana pun. Nama ada tengku, rajo, wan dan nik sekali pun
tetapi bila sekolah setakat SPM sahaja di kampung sendiri berhampiran dgn Gua yg ada musang,
macam manalah gaji nok besar dlm kerajaan Najib iaitu zaman serba mencabar ini.
bila kita sedar kesilapan ini,
cepat cepatlah bertukar
sikap, stail dan mungkin kerja.
Berkat sabar kita
mengambil langkH untuk berubah
ke arah sesuatu yg baik
itulah buah kepada 1 kesabaran. Bagaimana?
sambung belajar.
tukar selera makan dan membeli
ini satu cara yg berani.
3.3 kita kencing manis
Manusia semua kencing. Siang malam kita kencing. Musim panas kencing. Musim sejuk lagi keraplah kita kencing.
Masalah nya kita diistihar mengidap penyakit moden - diabetes.
Sekarang kaki luka kita
sudah mulai bengkak dan hitam bersinar sinar cahayanya.
Kita sabar menyimpan kaki berkudis itu ke hulu hilir. Baguskah ini?
kita sabar melawati bomoh bomoh rata dan riti.
kita sabar menelan mcm mcm daun herba
tetapi kaki berkudis
tetap bengkak, menanah dan berkudis , menderita kita.
Sabar ialah ..biar doktor kerat betis kita itu.
Habis cerita. Habis betis di hospital kubang kerian USM.
tak cukup sebatang kaki,
Kedua dua kaki pun .. sila potong brother.
Kesan keputusN memotong
kaki buruk
Itulah adalah se buah hasil kesabaran. Kita mulai tenang.
3.4 memandu bas ekspres
org semua tahu bas lebih besar dari kereta dan motosikal berkuasa besar.
Bila besar ada formula untuk kekal lama atas lebuhraya.
Bila besar, kita sebagai pemandu bas .,kena cerdik satu perkaralah.
kena banyakkan sabar kerana kita membawa ramai penumpang berbagai bagai status:
Ada penumpang bergelar p.j.j perkhawinan jarak jauh.
Sebulan sekali baru berjumpa sang suami polis marin dgn isterinya jururawat desa kawasan Pasir Puteh.
Sudah lama mereka p.j.j ni. Hasil sabar menaiki bas ekspres , anak anak mereka semua berada di kampung.
Ada penumpang nak ke ibukota menjenguk cucu cucu yg mana bibik mereka sudah cabut lari. Kasihan cucu cucu ini besar kepala dari batang tubuhnya.
atas dasar ini pemandu bas ekspres mutiara kenalah bertimbang rasa.
Jika tidak dimana kita memandu 200km/jam selalu selalu
insyavallah kita akan bertemu mata dalam gaung. Mati semua mereka p.j.j dan atuk nenek nok melawat cucu sekali dgn buah duku berbakul bakul dlm perut bas. Bukan setakat tu jah, pemandu ini akan meninggalkan milah dgn anak anak merah merah lg di stor bas Pengkalan Chepa. Aduhai.
Begitu juga aman yg membawa motor kuasa besar.
Motor jah besar , aman tak besar besar mana pun. Saiz melayu?
Brutal macam mana pun bermotor sikal kuasa besar tp bila bersaiz melayu kelantan atau gganu
jika memandu motor tak kena cara.
dia akan berjumpa dgn bas berbadan besar.
Kalah kita Aman. Kalahhhhh.
Bila bertembung antara motor kuasa besar dgn bas besar,
kita akan mencari cari di mana Aman sudah hilang. Yes.. tersangkut helmet besar aman atas pohon rambutan. Aman sudah hancur ..muka nya tak dikenali lg. Gigi gigi nya polis trafik boleh kutip 1,2,3. Jgn ribut pak.
Begitulah dahulu
beberapa contoh
dlm masYarakat kita semua.
sabar itu penting.
sabar dan logik lagi lagilah penting
dan sabar, logik, TIMBANG RASA dan tawakal lg lg lah teramat penting…
Ini lah maksud sebenar kita memerlukan iman yg sejati.
sekian.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/11/sabar-subur-tidak-sabar-masuk-kubur.html