Taking things for granted
Salam.
Kita sebagai ayah dan ibu dalam zaman moden ini selalu berusaha agar .. anak anak kita dibesarkan dalam keadaan 2000% terbaik dan sempurna. Kita tidak mahu mereka melalui zaman di mana kita bersusah payah menaiki basikal gajah ke sekolah 5 batu dari rumah dan kampung halaman kita, pergi dan balik. Makan minum pakai dan belajar semua sempurna. Tetapi mengikut pengamatan saya, berikut adalah kesan penjagaan kita sebagai masyarakat Melayu pasca MERDEKA 55 tahun yg lalu . Kes kita jaga anak-anak begitu rapi sekali :
(i) anak bangun tidur lewat di waktu pagi. Mereka dah jangka makanan / sarapan sudah tersedia ada di atas meja pada bila bila masa. Ayah selepas sembahyang subuh di masjid jamek , akan cepat cepat ke kedai mamak beli roti canai, nasi lemak .. semua ada. Bila pulang .. Letak makanan itu atas meja ..nanti anak anak , cucu, dan menantu ..celik mata ,..boleh makan.
(ii) anak anak perempuan ada yang tidak mahir memasak. Apa susah? kita beli jer kat kedai. Ajaran ibu ayah yang ada kareer. katakan selama 20 tahun yg silam?
(iii) komputer mereka rusak atau dicuri orang dalam kampus universiti. Apa susah? Ayah mak aku ada. Just call. Lusa ada lah komputer riba aku yang baru
(iv) anak anak tak pandai melayan tetamu terutama dari kampung jauh di pendalaman Kelantan, sabah dan Serawak. Apa susah? Mak aku ada. Dia boleh melayan sanak saudara aku di anjung sana. Aku? baik aku tonton CD ini sampai habis. Apa lah ..raya raya ..datang ..time ini tak faham ker ..cerita cerita TV3 semua best ma.
(v) kereta mereka rusak. Mereka telepon ayah. Ayah carikan foreman. Bil pun ayah bayar. Bagus dan sedap sekali.
Bila nak masuk zone khawin
(i) duit kenduri kendara. apa susah? tak kan ayah aku tak leh cover 10,000 atau 20,000 rm. Bukankah sudah lama dia berbakti kpd kerajaan BN itu ..selama ini. Ke hulu ke hilir ikut Dato Seri Md Najib Tun Razak.. masuk khemah , ayah mak masuk; masuk kuar kampung ..mak dan ayah aku turut. Tak kira ribut atau petir .. mereka taat setia .. sepanjang masa. AnugerahKhidmat Cemerlang berapa kali dah mereka dapat.. (laugh)
(ii) bibit lari dari rumah. Apa susah? mak aku ada. Panggil jer. Amak aku dakan datang ..menjaga cucu cucunya di sini
(iii) aku sakit. Apa susah? telefon jer .. sudah tentu mak ayah aku akan datang segera. Ambik tahu hal aku. Mengapa?
Sudah tuntutan agama islam yg suci. Tak kan mereka tak tahu .. jadi ayah .. banyak tanggungannya. Buat itu dan ini dari saat aku lahir sampai dia sendiri mati. Lepas itu kita pakat pakat baca Al Fatihah, tahlil dan . jom bahagikan harta pusaka.
Cepat cepat sikit. Nanti kita jual tanah di kampung halaman sepeninggalan ayah ibu ..luas mata memandang ..semata-mata nak beli rumah teres 2 tingkat RM700,000 punya dekat dgn metropolitan Kumpur tempatnya.
Bila bergaduh / cemburu sedikit/ ludah aku kau ludah kat aku // pinggan piring semua terbang ..kutip kutip jgn tak kutip
(i) Mamat dan Minah bergaduh. Kes main kayu tiga maklumlah mamat punya body macam Hero filem tambi dan Minah punya badan .. ala sarimah pada tahun 1950’an . Kita bercerai dah lah. kau ada kerja , dan aku ada kerja. Apa susah? Anak? Cikgu Mamat ambik yang baru darjah 1 hingga darjah 5 itu dan Staff Nurse Minah ambik anak yang atas atas tu Degree Tahun 3, Diploma Tahun 3 dan Maktab Perguruan Tahun 3. Apa susah? kau cari jalan luar ..dan aku cari jalan keluarku sendiri. Napsi napsi.
(ii) mamat dan minah bercerai. harta sepencarian sejak 30 tahun yg lalu .. mahu di settle kat mahkamah dgn kadar segera. Mamat ambik bahagian bumbungdan semua katil dan bantal , dan minah ambik bahagian bawah termasuk apa apa yg ada bawah porch di luar sana. Achi atau tak ini?
Conclusion: mereka ambil mudah semua benda. Bagus ..bila ibu bapa taat ikut sangat ajaran dari kitab lama zaman dahulu kala berwarna kuning gelap dan ambik mudah ..bila mak ayah warak, otomatik ..anak-anak cucu pun warak jugak .. ada kemungkinan sesetengah kita telah berjaya melahirkan generasi yg ‘taking things for granted’ sahaja. Mereka ambil mudah semua perkara. Betulkah begitu tuan hamba? Apakah yg patut kita lakukan agar generasi ini tahu memberi sedikit penghargaan terhadap semua susah payah kita lalui dari zaman kita muda hingga ke la ni , iktibar ..bahawa hidup ini bukan semua nya didapati dgn senang dan mudah.
Syabas..saya ucapkan.
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/05/taking-things-for-granted.html