takut itu hantu
Salam
Manusia zaman la ni mempunyai berbagai bagai perasaan takut.
Takut khawin ..lantas tidak berkhawin ..sesetengah kita tu.
Takut beranak. Maka mereka tidak mempunyai anak yg ramai.
Takut hantu. Lantas mereka kurang bersosial selepas jam 0800 mlm.
Takut menaiki pesawat? Dapat nikmat berkhawin dgn suami berpangkat besar pun tidak dimanafaati sepenuhnya. Oleh itu suami dibiarkan bertugas ke seluruh pelusuk dunia seorang diri.
-
mengapa begitu?
-
Dalam masjid imamm besar selalu berpesan
Jika kita tidak takut Allah, Maka Allah akan masukkan ke dalam hati kita beribu ribu perasaan takut.
Betul tak?
- contoh org tak takut tuhannya.
Korupsi berskala besar.
Satu Sabah terkejut besar bagaimana pengarah jabatan air dan timbalannya mempunyai jutaan ringgit di dalam mesin basuh, almari, dapur, bilik tidur , ..hatta dikorek tandas mereka mungkin jutaan duit lagi mampu diperolehi.
Itu baru di rumah rumah mereka.
Belum lagi di bank, opisnya ..hatta dalam batang tubuh mereka ..mungkin bnyk lagi intan permata, subang, cincin dan macam macam lagi.
Tahniah SPRM.
- bagi penulis, saya tak hairan apa apa kerana akaun PM kita pun ada 2.6 bilion derma dari negara arab nun jauh di sana.
- ini membuktikan manusia sudah hilang perasaan takut kepada azab Allah yang melata ..seperti tsunami di Acheh, tanah terbongkah tiba tiba di Sumatera dan lain lain lagi.
Sesetengah kita ..tragedi itu mcm cerita zaman purba sahaja seperti firaun ditelan oleh laut merah. Hati manusia ini batu. - dalam dunia ict..manusia mahu lihat dahulu barulah datangnya kepercayaan. Inilah sumbangan i.c.t kpd manusia. Tengok dulu baru percaya. Bagus kan?
Ini bukan beriman namanya.
Astaghfirullah hal azeem.
Bila kita tidak terlibat dengan kerja kerja dakwah
Takut kita pada Allah semakin hilang.
Tanpa dakwah, amalan agama beransur ansur hilang. Sayang pd solat ..tak ada dah dlm hati manusia. Tengok sahaja keadaan surau n masjid. Cukup dhaif. Ada surau. Air tak ada. Ada mcm mcm keadaan surau kotor. Berlalat. Ke mana pergi org org yg sudi membersihkan surau masjid longkang ..semua free. Ada? Sekarang semua fikir duit. Ustaz cakap mcm mcm pun ..akhir akhirnya nak mintak sumbangan duit. Cannot go.
Tak ada perasaan nak taat kpd ajaran tuhan dan nabi besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
AYAT ayat suci al quraan sekadar diperlagukan ..diputar putar dlm rakaman
Tetapi rasa takut, taqwa dan beriman kepada Allahb semakin jauh dari pegangan manusia secara rohani dan fizikal.
Bila tak ada rasa gerun kepada azab Allah ..MAKA secara sedar kita punya kehidupan disibukkan dgn
Takut tak ada kerja,
Takut tak ada orang bagus bagus mahu berkhawin dgn anak kita
Takut bisnes tak menjadi
Takut suami lari,
Takut anak jantan terlibat dgn dadah, sosial, maksiat
Dan wujudlah masyarakat beribu ribu masalah.
Ayuh adik, abng, kakak
Marilah kita taat kpd Allah semasa kita hidup ini. Tak lama dah ni. Tanda tanda kiamat semua dah ada depan kito keliling kelalang.
Taat padaNya ..kunci terbesar kejayaan di sini dan di akhirat sana.
Ayuh kita sama sama berdakwah , tingkatkan takwa.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/10/takut-itu-hantu.html