Tangggung jawab ayahanda
Salam
Di dalam sebuah rumah tangga terdapat 4 pelakon utama. Mereka adalah si ayah , si ibu, si anak anak dan mungkin di Kelantan mereka membawa nenek nenek mereka duduk bersama-sama ..so pelakon ke empat ialah Si Nenek/ Datuk yg sudah tua(uzur).
Episod kali ini kita mulakan dengan karakter si ayah tuan nakhoda kapal utama. Skrip lakonan mesti ikut rubrik ini.
Tanggungjawab si ayah.
(i) cari duit beli beras, ikan, sayur-sayuran untuk makan 3 kali sehari termasuk sarapan pagi.
(ii) cari duit beli rumah. Tempat peneduh dari kena kilat , petir yg saling sambung menyambung di atas kepala jembalang patik
(iii) cari duit beli kereta (jika mampulah) else beli motosikal Honda 100 c.c kapcai atau basikal racing
(iv) cari duit beli buku buku untuk menyekolahkan anak anaknya yg kian membesar
(v) cari duit nak buat kenduri khawin milah selepas raya Syawal 4 ini.
Pendek kata .. DUIT adalah .. benda utama. Penat penat jadi ayah zaman moden ini. Jom tulis lagilah.
(vi) Didik anak .. kena ada duit hantar ke sekolah naik bas sekolah ..kena duit lagi.
(vii) Tuisyen anak .. oshhh ..kena pakai duit lagi ayah..abah
(viii) hantar anak ke politeknik KPM .. See? duit lagi
(ix) anak sakit. hantar ke klinik swasta .. Sini pun duit lagi
(x) saudara sakit nun di sana // see .. kena pakai duit lagi. Sekarang orang tak bawak beras 2 guni dah ..dan ubi keledek 3 guni .. siapa nak makan ini? Baik bawak duit abah. Senang. Settle? nampak ada class punya.
He..he..
Kasihan jadi ayah. Kalau tuan hamba baca ini .. kasihanilah kat ayah kau itu.
Cuba jawab soalan ini ..slow slow pun tak apa.
(i) kau beli apa ..untuk ayah / abah beraya puasa tahun ini? dah beli ?
Kalau belum beli . eloklah .. belikan sedikit ..belikan sesuatu untuk ayah / abah pakai pada hari raya pertama. Awas jangan beli tali leher sudahlah. Mana ada org melayu gi raya .. pakai neck tie. nanti beruk kat batang pokok kelapa akan ketawakan kalian semua. Adushhh.
(ii) tahun lalu .. dah beli abah .. baju melayu .. ala Bangladesh/ hishhh ..tahun ini .tak mahu kau beli satu pasang baju raya abah kau ..siap dengan samping mahal mahal sedikit ker ..tak mampu kau? jgn kasi malu .. kau berpakat pakat lah dengan adik adik kau. Sponsor .. untuk ayah tercinta.
(iii) cuba tengok kasut ayah. Ada baru atau tidak itu?
Kalau tau tak apa/ lusuh bukan?
Bagus benarlah kau belikan dia kasut raya yg baru sedikit tetapi pesan kat ayah .. jgn pakai kasut baru ke masjid untuk menunaikan solat hari raya. hilang ma. Hilang. Mintak bawak slipar jepun pun tak apa. Simpan kasut Clark ayah kau dalam kereta itu. Kasihan kat ayah bukan?
Sambungan tanggung jawab ayah.
(11) memberi didikan agama kat anak anak isteri. Hantar anak ke ustaz, ustazah berdekatan. Bawak mukadam itu. Al Quraan.
(12) didik anak anak sopan santun , berbudi bahasa
(13) didik anak supaya bersembahyang (solat) 5 waktu sehari dan sembahyang JUmaat
(14) bila kau nak khawin dengan minah di Kampung Laut Tumpat itu .. ayah akan memainkan peranan penting. Bawak rombongan masuk meminang anak dara orang itu. Jeng jeng jeng. Penuh formal cara ayahanda berbicara. Pokok pangkalnya ..pinangan kau tak ditolak oleh ayahan minah mentah mentah. Penat bukan peranan ayah?
(15) kau nak belajar memandu. Mintak duit ayah lagi.
(16) nak kahwin .. graduate dah tetapi belum ada kerja lagi. So mintak duit ayah lagi. See? ayah kau selalu korbankan macam macam untuk kau wahai anak
(17) emak kau nak pulang beraya ..ke kampung halamannya. Ayah jadi drebar dari Johor menuju ke Selangor. Ayah lagi .. tenaga ayah lagi yg diperlukan. Tak tidur ayah ..sepanjang perjalanan itu See? kuat tenaga ayah.
(18) emak nak melawat saudara nya dikampung ..sakit ..menderita. Mintak izin dari ayah nak balik .. naik bas ekspress/ kereta api ekspress. See ..duit ayah lagi.
(19) nak minum susu. Adik bongsu ..umur 2 tahun .. duit ayahlagi.
(20) banyak lagi .. kena gali dalam dalam dari poket ayahanda tercinta.
Saya berhenti di situ dahulu. Pendek kata .. kalau di kampung nanti ..jika kau pulang .. berhari raya ..kau akan perhatikan satu trend ..dah ramai orang lelaki tua yg dah lama mati. Al Fatihah.
Mengapa?
Tadi kata kuat ..kenapa cepat pulak mati.
Go to the TOP of the Page. Read one by one please.
The answers are all there.
Rumusan:
Jika kau ada ayah lagi .. di samping mu .. jagalah hati ayah kau baikbaik.
Tak akan jumpa kau muka ayah seperti itu kat mana mana walaupun kau pergi jauh berkelana..Oxfird Street LOndon, 31st Avenue New York Street atau kat Jaafar Rawas Kota Bharu , Kelantan itu.
Kau tak akan jumpa wajah seperti ayah kau.
Oleh itu .. layan lah ayah .. bila dia masih ada bersama sama anda. Pengorbanan nya .. tak ternilai banyaknya. Walaupun ayah tidak ada PhD, Masters, degree, diploma, sijil .. itulah ayah kita.
Walaupun …ayah tak handsome macam Dato' Sri Mohd Najib , Amitabh Bachan sekali pun .. itulah ayah kita .. Dia tetap memenuhi semua kehendak kau ..sejak kau kenal apa itu bumi dan langit.
Peluk lah ayah kita erat erat .. semasa ayah masih bersama kita.
kau tahu tak di sana nanti .. di padang masyar .. kelak ayah kau tak dapat melangkah masuk ke syurga Allah selagi dia tak jawab soalan begini:
(i) dari mana kau dapat duit itu jali?
(ii) ke mana kau belanjakan duit itu jali ?
(iii) kau jaga tak aurat bini kau , anak anak dara kau,
(iv) kau jaga tak sembahyang , puasa isteri dan anak anak kau .. sepanjang kau hidup di bumi Allah itu .. jawabbbbb!
Kasihan ayah kita.
Penat jadi ayah. Siapa mahu ambil alih kerja dan tanggung jawab si ayah ini?
Sekian. Buatlah renungan kita bersama. Cintailah orang orang tua mu sebelum terlewat.
Wallahu aklam bis sawabbbb.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/08/tangggung-jawab-ayahanda.html