Tanggung jawab si ibu


Update terakhir:

Salam

Kalau anda masih ada ibu .. lagi di samping  anda sekarang ini , anda dikira beruntung sangat sangat. Ucapkan alhamdulilah.  Syukur nikmat mu Ya Tuhan.

Why?

(i)  emak akan masak nasi dan lauk pauk untuk kita sepanjang masa sebelum kita bergelar bini orang lain pula.
(ii) mak akan merawat kita jika kita jatuh sakit atau masuk hospital kerana complications etc etc.
(iii)  mak adalah orang pertama yg akan memuji kita .. handsome kau wahai anak ku atau ..cantiknya .. adik pakai baju raya ini.  Siapa lagi nak puji anak anak nya sendiri bukan?
(iv)  makberperanan sebagai orang tengah antara anda dengan ayahanda  yg garang /  berkira sangat nak lepaskan duit menyekolahkan kita
(v)  emak berperanan .. sambut cucunya yg pertama selepas bidan kerajaan ‘chao’ dari rumah kita.  Dia akan check luka kita dari hari pertama hingga kita sembuh sepenuhnya.  bagus bukan?
(vi)  mak akan jaga anak anak kita jika bibik cabut lari tanpa berita.  Ibu akan datang buat kerja emergency ini bersama sama dengan ayahnda kita.  Sabar pak.  apa leh buat?
(vii)  ibu tempat kita mencurahkan air mata sakit dan mengada-gada  sejak kita lahir lagi.  Kalau kita menangis atas baju kurung ibu .. sampai basah pun ..ibu tak akan marah marah pun.  Kau pernah cium tak bau badan ibu kau bila dia dah masuk zone umur 50 dan 60 tahun .. Sama baunya bukan?  Klasik punya bau.  Sebab itu kau tak leh lawan cakap ibu kau sampai bila bila tau?
(viii)  emaktak tidur pun tak apa ..asalkan kau sihat kembali nak.  Itulah pengorbanan ibu.  Tak leh cerita w/pun ada  WORDS 2010 ini pun.  Hebat pengurbanan ibu kita masing-masing.
(ix)  kalau ibu pandai memasak dan buat lauk pauk .. untuk jualan musim puasa ini ..lagilah best.  Boleh jual dan dapat buat duit .. dengan berkat ada mak di samping kita lagi.  Masakan mak ialah .. terbest punya .. ikan patin masak tempoyak cili padi.  Oshhhh..  the killer of the week?
(x)  banyaklah lagi ..  accessory yg ada dgn mak. Janji semua free mak yer?


patutlah ..jika ada orang kematian ibu nya .. dia akan menangis .. berhari hari.  Hilang sudah idola nya yg agung.

Sebab itu .. semasa mak masih ada .. layanlah mak kau dgn baik sebaik baiknya.  Tetapi kalau belanja kat mak kau itu ..jgn lupa teman karib mak kau itu.  Hisshhh buat lupa pulak si anak bertuah ku ini.

He..he..

Sekian.

Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/08/tanggung-jawab-si-ibu.html