tazkirah


Update terakhir:

Salam

Solat terawih 20 rakaat atau 8  rakaat.
Benda ni ada musim ramadhan sahaja.
Bulan bulan lain tak akan terdengar solat terawih dibangunkan secara jamaah atau pun berseorangan.

Kalau diadakan orang akan cop kita ..gila.
He..he..he..

Fadhilat  terawih?  Allah ampunkan dosa kita.

  1.  ada orang takzub dgn solat terawih.
    Banyak tenaga dihabiskan.
    Tetapi pi mai pi mai ..benda ni berstatus sunnat.
    Buat untung.  Tak  buat ..rugi sakan lah kalian.


2)  Sejak kebelakangan ni..
Jika sesuatu masjid menganjurkan 8 rakaat terawih atau 20 rakaat
Maka dipertengahannya selepas 4 rakaat atau 10 rakaat
Mereka stop sekejap.
Mereka dihidangkan dgn tazkirah (lecture, kuliah)
Sesi nasihat.
Macam macam nasihat diberikan:
2.1  jauhi dari sifat boros, kedekut, amarah
2.2  jangan abaikan solat subuh berjamaah
2.3 ikutilah  pemerintah negara yg adil dan taqwa secara bertanggungjawab
2.4  kepentingan mandi janabah, mandi wajib
2.5 dan mcm mcm lagi.

  1.  prestasi sy ..menghadhiri tazkirah terbahagi kpd 2 sahaja.
    Kadang kadang
    3.1  cemerlang  dan kadang kadang
    3.2  kandas terus

Bila cemerlang? bila tukang tazkirah berstatus bagus, cerdik dan, bertimbang rasa.
Bagaimana tu?
Jika tazkirah 10 minit, beri 10 minit sudahlah.  Jgn bawak kami mendengar nasihat sampai 30 minit pulak.
Banyak lagi makanan kat rumah kita nak makan dengan sempurna.  Jika malam terlampau lewat..mata dah ngantuk..maka makan pun malas.  Nanti bnyk makanan terbuang pada keesokkannya.

Kalau ada tukang tazkirah yg bagus
Sy sambung solat terawih dgn hati yg gembira.
Bila sampai  di rumah, saya akan sampaikan pula pengajaran yg diperolehi dari tazkirah tadi kepada isteri dan anak anak di rumah.

Disebabkan saya manusia yg lemah

Prestasi saya kadang kadang tersangatlah  teruk
Jika tukang tazkirah menceritakan tentang
Zaman zaman dahulu kala.
Zaman keagungan kerajaan othmaniahlah
Atau pun mana mana kerajaan seperti BN
Sejak kebelakangan ini.

Zaman dahulu …orgnya tak secomplicated mcm sekarang.
Kitab kitab bnyk menghidangkan cerita
Suami sahaja yg bekerja.  Suami serba sempurna.  Suami berbini ramai.

Sekarang  tidak.
Yesterday tidak.
Today tidak.
Tomorrow lagi lagi lah tidak.

Oleh itu cerita zaman dahulu ..rasa rasa
Tak ada sifat kerelevanan untuk digunakan pada zaman sekarang sebagai contoh yg terbaik.
Mengapa?

Sekarang ..musim puasa ada European Championship 2016.
Team Portugal main.
Team German pun main.
kitavpun main mainlah.  Syaitan iblis mainkan kami.
Banyak dugaan kami.

sekarang ..perempuan ramai bekerja.
ada bekerja sebagai profesor.
ada bekerja sebagai drebar bas Penang Rapid. Ada guru besar, guru kecil, guru biologi dan guru masak memasak.  Duit gaji depa dah ada.
Oleh itu ..masyarakat sudah berubah.

sekarang orang kita asyik angguk angguk sahaja dalam masjid.
apa yg tukang tazkirah cakapkan..semua dianggukkan secara ikhlas atau pun berlakon sahaja.  Kalau ditanya ..mu angguk gapo tu?

dia akan jawap …entahlah.  tak ingatlah.

Dulu orang perempuan
respect suaminya.
Tak tengok syurga pun ..perempuan dulu respect suaminya.
MEREKA faham isu isu ketaatan kpd suami itu.  Depa tahu ..syurga di bawah tapak kaki suaminya.

Sekarang
tak semua wanita respect suaminya.
kenapa?
Bnyk sebab.
pertama ..suami tak handsome. Suami pendek. Suami bergigi berkarat. Badan suami busuk. Hisap rokok.
kedua ..suami tak ada kerja.
ketiga ..suami tak berapa pandai.  Kasi modal berniaga pun ..akhir akhirnya ..semua modal ..mampus.  why?  Tak pandailah.  Dulu belajar  ITM Bisnes Studies pun kena kick.

keempat? Suami malas.  Asyik tidur jer.

so ..tak boleh marahkanlah kaum perempuanlah.

kategori lain
isteri terlalu pandai.
silap sikit .. dia kasi keynote speaker punya speech
kpd suami yg ada pelajaran setakat SPM Gred 3 jer.

so macam mana?

oleh itu ..aku stop dengar tazkirah
dan pulang ke rumah.

jika ada taufiq dan hidayah
saya sambung lah solat terawih secara solo.
rakaat ke 5 , 6, 7 dan 8 sahaja.

lepas itu 1 rakaat Witir dan doa qunut.  Then stop dan terus makan durian belanda dan cendol mamak bersantan pekat dan cukuplah manis.

Alhmdulilah.
setakat itulah
prestasi saya.  Ok tak?

  1.  ramai orang berkecil hati.
    janganlah.  Betul tak saya cakapkan ini?
    Kalau betul ..kenapa nak salahkan saya.
    Kalau tak betul ..tegurkanlah.

  2. Apa apa pun ..jgn bimbang.
    Mengikut hadith
    jika kita selesai semua puasa ini
    30 hari berpuasa dgn baik dan sempurna ..
    semua dosa kita  diampunkan oleh Allah Taala.

Bayangkan ..semua dosa kita
telah diampunkan.  Dijamin syurga.

tak best ke?
Janji Allah tetap benar.

  1.  apa faedah  tazkirah?
    Ramai manusia berubah.  Betul ke?
    kalau berubah ..sudah tentu tak ada rasuah. Tak ada curi curi tulang di opis. Tak adalah penipuan.  Tak ada dengki dan bergaduh antara jiran jiran di Taman taman perumahanvatau di sekolah, politeknik atau universiti itu. Atau  guanor  adik, kakakku sekalian?

Sebelum diletakkan pen
kalaulah ..tak ada tazkirah ..bukankah senang
kita lengkapkan terus 8 rakaat atau 20 rakaat direct
terus menerus
?

Bukankah senang.
Bukankah simple, settled?

Maaf bnyk bnyk jika tak cantik penulisan ini.

Sekian.  Fikirkan lah ..apa kah mesej yg saya cuba nak sampaikan ini.
Wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/07/tazkirah.html