Tazkirah Guru -guru SX18-Pagi pagi ahad
Salam
Alhamdulilah kita diberikan peluang oleh Allah Taala untuk bangkit lagi dari tidur dan beruasaha untuk mencari makan untuk hari ini. Alhamdulilah. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku keesokan harinya ..hanya AllahYang Maha Mengetahui .. rezeki kita dan mati kita. Bila dan di mana?
Dalam penulisan pada hari ini ..izinkan saya memberi tazkirah kpd diri saya sendiri terlebih dahulu .. dan jika tuan / puan mahu masuk serta ..jomlah .. lapangkan hati, bukakkan hati dan sama sama kita bertahajuhpd Allah Pencipta sekalian alam.
- Kita sebenarnya kaya. Kaya kesihatan, kaya nama, kaya .. macam macam. Kita kaya kerana kita ada jawatan sebagai guru siswazah/ bukan siswazah. Walaupun kita tak sekaya Karun lak natall llah ..percayalah cakap saya kita semua kaya dengan 1001 nikmat kurniaan Allah Aza Wajalla ..
berjawatan sebagai guru, pensyarah politeknik, pensyarah Kolej Komuniti dan pensyarah IPTA/IPTS
kita kaya nama .kerana dengan status berjawatan dalam kerajaan ..orang orang kampung .. sudi menjemput kita ke majlis majlis kenduri kahwin, ajak berbincang dalam isu isu pelajaran, pengajian tinggi IPTA/IPTS dan macam macam lagi. Kalau tidak kerana status berjawatan guru saya rasa .. orang kampung mungkin tak pandang kita tinggi mana pun. Kita pandang mulia jawatan guru ini. Guru dianggap lilin yg membakar dirinya untuk kebahagiaan orang lain i.e., pelajar-pelajar kita dari Darjah 1 hingga Tingkatan 6 Atas / matrikulasi/ tahun akhir ijazah sarjana muda/ sarjana/ PHD. Sebab itu kita kena jaga nama baik kita dalam masyarakat. Dalam hadith Nabi Muhammad s.aw. banyak dinyatakan jawatan guru tersangatlah mulia. Sebab ilmu dan amalan manusia dari pengajaran kita terus menerus mungkin akan menjadi modal untuk kita ..memasuki syurga Allah Taala (INSYA ALLAH).
- Bila jadi guru .. jadilah guru yang baik. Jangan risau dengan orang lain yg mana mereka sudah kaya sejak dahulu lagi seperti anak anak raja melayu, anak anak saudagar minyak petrol di Saudi Arabia dan di Qatar sana. Yang penting kita bersyukur dgn apa yang ada. Orang yg pandai bersyukur dengan apa apa yg ada (qanaah) ini lah orang yg paling kaya di sisi Allah Taala. Alhamdulilah.
Berilah sepenuh perhatian, komitmen , dan cinta kasih kita kpd profesion kita GURU. Kita ada otak yang baik. Sebab itu kita jadi guru. Kita boleh ingat banyak formula matematik seperti Teorem Pathagoras, Hukum OHMS , kimia, fizik, ekonomi, dan banyak lagi ..ilmu Allah.. sebenarnya Allah pinjamkan nikmat pandai ini. Tak lama ..nikmat ini yg akan dipinjamkan .. selama 20 tahun, 30 tahun , 40 tahun ..dan ada yang sampai seratus 70 tahun nikmat pinjaman kepandaian dengan ilmu matematik, fizik, ekonomik, dan macam macam lagi yg ada dengan Tun Mahathir kita.
-
Kita gunakan nikmat ini untuk faedah bangsa kita islam, muslim, mukmin, melayu, malaysia dan seluruh umat di atas muka bumi ini. Dalam Al Quraan ada satu ayat …jika kau buat satu amalan baik sekecil mana pun ..ada pahalanya di sisi Allah.. dan jika kau buat satu amalan dosa sekecil mana pun ..ada balasan buruk dari Allah pada satu hari nanti. Dalam bilik darjah , buatlah PnP terbaik setiap hari. Buat persediaan yg rapi. Seperti kamu sedang mengikuti kursus DIPLOMA PENDIDIKAN, SPLI/ Sijil Perguruan/ sedikit masa dahulu. Ada antara kita membeli manila card , pen warna warni tanpa disuruh pun oleh sesiapa ..lilllah hi taaala. Jika kau mengajar anak orang secara terbaik dan ikhlas … Allah akan balas semua penat lelah mu itu dengan .. Allah kurniakan kpd kamu ramai anak anak mu pandai bersekolah , .., memegang jawatan tinggi di dunia ini. Tengok keluarga guru pada tahun 1960 - 1980an. Ramai anak anak guru di kampung yg berjaya menjawata jawatan profesor, doktor, saintist, PTD dan KSU. Belum akhirat pun , Allah dah beri balasan kpd mu wahai GURU CEMERLANG dan IKHLAS. SEnyumlah selalu. Kita kena baik sangka dgn Allah.
-
Dulu ..di Afrika Selatan tahun 1800 hingga 1950an ..ramai paderi kristian di hantarkan ke kawasan kawasan pendalaman ..mereka mengajar sebaik mungkin ..dan selepas beberapa tahun berinteraksi dengan masyarakat berkulit hitam dan rambut kerinting macam biri biri ..ramai orang afrika ini menganut agama kristian. Mudah jah. Cikgu ngajar English …ramai org kulit hitam memeluk agama kristian. Mudah?
Kita di Malaysia .. kenapa takk begitu. Kita asyik bergaduh sesama sendiri. Kita banyak berdengki dengan adik beradik, sanak saudara, jiran tetangga, sahabat guru guru kita sendiri, bermasam muka , muka mencuka dari bulan Januari hingga November .. sedangkan setiap hari kita sembahyang 5 waktu Subuh hinggalah ke waktu Isyak. JIka kita .. bersihkan hati kita .. mulai sekarang secara guru guru ramai ramai ..membersihkan diri dengan ..niat mahu berubah .. sudah tentu ramai .. orang cina/ india akan mula melihat keindahan islam, slow slow mereka akan memeluk islam . seperti .. apa yg berlaku di Afrika Selatan pada satu masa dahulu 1800- 1950.
Di Kelantan .. kawasan Tumpat/ Pengkalan Kubur di Kampung Bunuhan .. ramai orang siam. Keturunan siam .. beratus ratus tahun mereka .. hidup dengan orang melayu kelantan kita. Orang kelantan - nama jolokan negeri serambi mekah. Nama cukup gahhhhh ..tetapi Kenapa tak ramai ..orang siam mahu memeluk islam? Jawapannya ada dgn kita, cara hidup kita dan perangai harian anak-anak cucu cucu kita. tak yah gi jauh. Intai kehidupan kita 24/7.
Kita mempunyai sikap ..acuh tak acuh dalam amalan agama. Kita jadi guru ..tetapi kebanyakan masa kita gunakan dalam aktiviti yg tidak ada kaitan dengan dunia sekolah, guru, pelajar pelajar dan .. buku buku. Ramai antara kita ..guru tidak menggunakan masa untuk membaca .. ilmu ilmu terbaru yg ada kaitan dengan ijazah , diploma, sarjana , phd kita .. kita baca ..banyak benda seperti akhbar METRO, dunia politik yg banyak permusuhan dan cerito geli gelimang dari google. Kita tak tingkatkan stail bercakap kita sejak muda sampai ke alam hampir zone pencen dah .. walaupun ..kita semakin tua. Cara setengah setengah guru bercakap .. kadang kadang memalukan ..kaum kambing dan biri biri di kampung kita sendiri jika mereka faham stail berbahasa kita se sama kito. Why God gives man ..otak kat depa dan bukan kat haiwan seperti kita jugok?
Contoh saya sudah lama tinggal di Johor. Satu hari saya berjumpa dengan kenalan lama di tangga masjid .. di Kampung Sireh, Kota Bharu. Ayat yg masih saya ingat ialah ….AKU INGAT MU DAH LAMO MATI DOH LI.
See? kami ketawa tetapi .. bila sudah berpisah sekali lagi ..otak inggeris aku ..wonder ..why that type of dialogue was put across to me?
Begitulah ..ungkapan kata kata seorang guru melayu dari Kelantan. Jadi tak hairanlah ..mengapa orang bukan muslim tidak tertarik dengan agama islam/ budaya melayu dan macam macam lagi. Hutang kita banyak. Ada yg buat buat don’t know jah. Tak mahu bayar. Setiap hari Jumaat ada ustaz terhebat, tersohor mengajar agama di banyak masjid masjid seluruh negeri Kelantan. Ada setengah kita setakat nok gi dengar jah. Niat nok gi dengar . Orang pencen suka gi dengar Nik Azik mengajar di Kelab Pas. AFter dengar ..mereka dah lupa. Sepatutnya kita pasang niat ..gi dengar dan amalkan terus serta merta dan sampaikan kpd anak anak bini kito di rumah, Ada orang jadi alim seorang diri sahaja. 5 times prayers ..dio seorang diri jer gi masjid/ anak anak besar lelaki, menantu lelaki dia tak bawak bersama-sama ke masjid, tadah telingo molek molek / Bini .. tetap dgn perangai lamo. Jaja gi mari gimari sibuk nok tahu isi rumah tangga orang jah. Malulah sikit cikgu.
Di bilik guru sesebuah sekolah, kita kurang benar berbincang pasal pelajaran dan prestasi pelajar pelajar kita . Dulu saya selalu dengar , ada guru guru yg menyumpah yumpah anak anak muridnya. Adush! Kita banyak bercakap tentang plan nak besarkan dapur, tukar kereto baru, tukar sport riim, pasang langsir , beli pasu bunga sebesar gunung, beli bunga plastik untuk menghiaskan rumah, pusat tuisyen .. ada guru guru yang bertikam lidah kerana berlainan parti politik. Kadang-kadang ada pelajar yg mendengar pergaduhan tersebut sewaktu mereka masuk dalam bilik guru menghantarkan buku latihan matematik, BI saya. Tidak malukah kita? Pelajar pelajar tersebut berbangsa cino dan siammmm kelantan. Mereka faham isu perbalahan kita itu. PAS lawan UMNO.
Ada guru melayu disebabkan sudah lama sangat bertugas ..20 - 30 tahun dalam 1 sekolah .. di mana semua lapisan masyarakat di sekeliling sekolahnya ..dia tahu semua nama, saudara dan perhubungan pelajar baru, dengan pelajar lama, ibu bapa mereka , .., ada yg sanggup pero lembu, kambing so mereka berani menambat lembu dan kambing di padang sekolah. Waktu free ..dia akan menjenguk ..lembu dan kambingnya di padang sekolah. Bila masuk kembali ke bilik guru .. tangan dan jari jemarinya yg ada sikit melekat bau bau ' najis' lembu .. tiba tiba akan menyentuh buku buku latihan pelajar-pelajar nya - maka banyak buku latihan murid murid akan berbau .. peluh lembu dan kambing .. Kasihan pelajar pelajar kita. inilah trademark jawatan guru di sekolah!
Adush ..begitulah lagunya.
Keretanya ada tetapi sudah properly modified bahagian tempat duduk belakang .. supaya dapat masuk daun daun kayu dan kambing ke dalam seat belakang .. dan daun daun ini sebagai makanan kambing kambing jika kambing tak laku dan dibawa pulang .. wat balik kambing ke rumah nya.
Jadi dia ada 2 jawatan di sekolah. Pertama guru subjek X dan jawatan kedua ialah pengembala kambing tanpa disedari.
Itu baru sketsa .. guru kambing/ belum lagi sketsa guru usahawan karipap segera/ coklat manisan/ madu lebah/ ubat kuat / insuarans/ jual komputer/ jual top up dan macam macam lagi. Ada ustaz menjual kitab / buku hadiths / dan .. ada ustaz mengedar risalah politik dalam kawasan sekolah. Adush ..mengapa jadi gitu lagu cikgu cikgu ku sekalian.
Tak cukup duit gaji mu kor? Ada sepasang guru ..suami guru isteri guru ..DG44 .. semua sekali DG88 / sebab 44+44 = 88 . Tetapi mungkin duit mereka tak genap lagi. Nafsu nak dapat banyak duit ..tak kira di mana mana jua. Mungkin kot? asyik kecek pasal duit juto juto dalam kawasan sekolah. Cuba gak kecek pasal pelajaran tinggi melangit sekali sekalor. Cubalah.
Ada iblis dan syaitan membisik kat kita .. kalau nak kaya ..kita kena buat macam macam. Berjawatan guru ini mereka anggap FIXED ASSET. Mengajar bagus atau tak bagus .. gaji sure ada punya. 18 DISEMBER gaji cepat . Krismas. Silap silap ada bonus ma. Tetapi .. iblis dok bisik kat telinga kito semua.. Maka kalau nak besarkan dapur mu , nak besarkan pagar rumah mu ..alangkah bagus mu . niaga sambil sambilan.
Klau mu nak pakai kereta mewah ..jom ikut orang jual insuarans, jual tiket kapal terbang, bawak orang gi umrah / haji dan macam macam.
Lama lama kayalah mu cikgu. Iblis dan syaitan pakat pakat wayak dekat lubang telinga nipis kito.
Saya bukan seorang ustaz. Tetapi saya yakin sangat .. kehidupan dan gaji guru-guru di atas .tidak akan ada keberkatan di sisi Allah Taala. Kenapa NYOR? Kita tak beri 100% kepada PnP di dalam bilik darjah. Kita amalkan smart working/ smart living. Buku buku latihan matematik, BM, BI pelajar banyak yg tak bertanda. Kalau kita tanda pun ..mungkin ada yg kita silap tanda .. kerana otak kita dok ingat Bandung, Indonesia nak bawak 20 guru guru melancung ke sana musim cuti sekolah selepas Krismas 25 Disember ini. Tiket kita lepas dah. Sebab kita berjaya mencari 20 orang guru yg lain ..melancung sambil bebelanja dengan banyaknya di Bandung. Brilliant punya bisikan syaitan dan iblis di luar sana!
Oleh yg demikian, orang orang siam di Bunuhan dan Cabang Empat Tok Mek Ngoh, Tumpat, Kelantan . tak ada hati pun nak peluk agama islam. Bukan macam kumpulan Kunta Kinte di Afrika Selatan. Mereka senang memeluk agama krsitian kerana paderi mereka buat apa yg dia ajar dalam kuliah di sekolah paderinya. What happen here ? Why? Kerajaan dok we gaji ..guru banyak sekali ; tiap tiap tahun boleh bonus .. tetapi guru guru ini buat kerja lain semacam ..bukan kerja guru guru pun sepanjang masa. Ada jadi broker kereta/ tanah/ rumah/ Astagh firullah.
Kerajaan la ni tok leh buat apa-apa. Kerana guru guru ramai bilangannya dalam sektor perjawatan kerajaan. Kerajaan memerlukan undian undian dari pihak guru untuk PRU13 ini supaya kekal dan terus berkuasa.
Sedarlah tuan GURU GURU semua termasuk mu Cikgu Li(penulis blog) kito tu. Semua nikmat ini tuhan akan soal di akhirat nanti. Semua nikmat ..jadi guru DG41 kor, DG44, DG48, DG52 dan DG54. Begitu juga pensyarah DS45, DS52, DS54 .. semua kita akan kena soal nanti. Di sana, mulut kita tok leh berkata kata lagi walaupun sepatah.
Semua anggota tangan dan tubuh kita akan .. jadi saksi .. termasuk tangan cikgu yg pegang tali-tali lembu dan tali kambing di padang sekolah itu .. semua kita akan di soal kelak. Ada guru di kawasan Gua Musang, Dabong ..sebelum ke sekolah ..mereka menoreh getah. Mereka akan menoreh selagi batang pokok getah mampu mengeluarkan susu getah. Bila matahari dah tinggi .. mereka akan lapor diri kat sekolah. Jadi guru .. mana ada mereka sibuk buat persediaan mengajar untuk kebaikan anak anak bangsa mereka sendiri.
Kerajaan sibuk nak bawak Malaysia setanding dengan Singapura, Korea Selatan, Jepun .. tetapi dengan guru guru .. yg ada di kawasan kawasan tertentu yg dipenuhi dgn pohon getah/ kelapa sawit/ tembakau .. where got road .. guru guru ini mampu bawak .. anak anak bangsa setanding dengan pelajar dari Singapura, Jepun ..dan negara kafir. Dulu PPSMI 2002 - 2011 , kerajaan dah rugi 2 bilion RM. Why? ramai guru kita tak mampu mengajar matematik dan sains .. menggunakan bahasa inggeris. Ini idea Tun Mahathir. Subhanallah, Alhamdulilah, Allah Akbar!
Now .. semua pelajar menggunakan bahasa Malaysia. Tetapi dengan tingkah laku setengah tengah guru kita ..yg complacent/ ambik mudah .. keraja rasa boleh kah kita wat Plan Malaysia Maju 2013 - 2025?
Tak takut kah kita?
Soalan utama di sana ….
Bagaimana mu dapat duit belanja harian wahai cikgu-cikgi?
Apa kamu buat dengan ilmu ijazah matematik mu itu? Mu ajar 100% kah ilmu mu itu?
Sudah? Mampus lah kita/ sure tak leh jawab kerana selama 30 tahun kerja ..guru .. 80% masa kita dok jual karipap, agen kain batik adik ipar kita .. rato rato kita .. akan masuk nerako. Padan muka kita semua. Mungkin kita kan dihumban bersama sama dgn dapur baru kita .. pagar besar kita .. AStahg firullah.
Tok takut mu wahai insan bergelar GURUGURU semua - termasuk sang penulis ini? Ubahlah.. amalan hidup kita itu sebelum terlambat/
Kawe wayak jah .. sekurang kurang nya saya dah khabarkan kpd kalian. Ini lah suara hati ku kpd teman teman yg aku sayangi sekalian. Jom kita berubah mulai sekarang sebelum nasi menjadi bubur. Bubur? bila kita mati meniarap atas jalan raya ..accident dengan kereta orang gila .. berselerak karipap dan kain kain batik jawa/ batik lukis atas jalan raya. Why benda ini ada atas jalan raya nyor?
Kerana kereta kita penuh dengan karipap, kain batik, tudung bawang , tudung berlapis lapis .. kenapa tak bertabur buku buku latihan pelajar pelajar kita NYOR?
jawapan nya ..dalam kereta kita ..tak ada .. buku latihan murid kita. Buku ilmiah? mana ada. Semua buku kita tinggalkan di atas meja guru dalam bilik guru sekolah kita. KIta tak pulang ke rumah ..dan buat perancangan mengajar untuk hari esoknya. Astahg firullah.
Orang dakwah dan tabligh selalu kata
“..jika kita bawak lori tomato .. sepanjang masa .. time kita mati atas jalan raya .. maka botol botol tomatolah ..yg akan berselerak atas jalan raya itu.
jika kita jual insuran .. akan berteraburlah files insuran kita atas jalan raya. Semua orang boleh keleh .. kerja baik kita di sekolah. Jawatan si mati ialah guru tetapi bila mati ,.atas jalan raya ..habis keluar botol tomato dan file insuran Prudential Kita”. O gitu rupo nya.
Ambik ikhtibar anak anak ku sayang. Abah tulis untuk mu juga. Jangan lalai .. nikmat jadi guru .. tuhan boleh ambik nikmat ini dari kita pada bila bila masa.
Ingat pesan abah. Doakan untuk abah jua. Kita dalam satu perahu ..
Wallahu aklam. p/s: maaf banyak-banyak sahabat sahabat guru guru ku sekalian.. aku seorang cikgu tua ..menulis dan bertazkirah untuk faedah kito bersama. Tak ada tujuan lain ..untuk kebaikan kita bersama sebelum terlewat.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/12/pagi-pagi-ahad.html