Tazkirah Masjid kampung saya
salam
Pagi tadi saya dikurniakan sedikit hidayah menadah telinga mendengar kuliah
pasal ‘gaya hidup muda mudi’ kita org org islam sekarang ini.
bagus jugak .. saya sebarkan sedikit apa yg faham tadi untuk makluman ramai , bersedialah.
- Dulu .. org org tua adalah Nabi nabi, para para sahabat ..
sekarang ..tuhan kasi kita hidup sebagai ibu ayah ..
dan dari didikan kita dengan bantuan Al Quraan , hadith yg banyak ..tetapi kita tak cermat mengamalkannya..maka
kita dipersembahkan gaya hidup anak anak muda zaman lani.
- Stail apa itu?
3.1 ramai tak sembahyang 5 waktu dah.
3.2 ramai makan makanan minuman yg tak tahu halal dan haramnya
3.3 mengikut kajian UKM 2010 .. dari 10 orang penuntut di universiti tempatan ..lebih dari separuh .. sudah mengamalkan hubungan jenis dgn pasangan masing masing
3.4 ramai tak tidur .. sepanjang malam .. maka subuh pun ditinggalkan secara sengaja
3.5 ramai suka mendengar muzik ala barat. Hati mereka lalai dan fokus kerja harian pun hanyut
3.6 ramai yg tak suka membaca Al Quraan dan mendengar hadith hadith dan terjemahannya
3.7 ramai yg suka membaca akhbar harian dan majalah gosip dan elotikkk
3.8 ramai yg tak suka mendengar kata kata ibu bapa
3.9 sudah ramai yg mengambil keputusan menghantarkan ibu bapa ke rumah org org tua ..untuk holiday dan mati
3.10 banyak lagi .. (menangis penulis blog ini).
- So how?
Kita kena buat kerja kerja dakwah secara bersungguh sungguh dan beramai ramai. Ingat surah Wal Asri
sesuingguh nya semua manusia adalah dlm kerugian
kecuali
org org yg beriman
beramal soleh
ajak mengajak kpd kebaikan (dan mencegah dari kemaksiatan)
dan kita sabar melakukan amalan amaln dakwah ini.
Ayuh tuan hamba. Sebelum terlambat.
Sekian. Aku sekadar posman sahaja. MUga muga tuhan mengampuni aku dgn usaha sekecil ini. What was that?
mendengar tazkirah di masjid telipot, kota bharu, kelantan pada pagi 9 FEBUARI 2014 dan
sibuk menulis sepatah dua .. ayat ayat ini kpd tuan tuan hamba sekalian.
- Dajal akan timbul dan Nabi Isa a.s. akan turun bila bila masa ..tetapi ..sudah kah kita bersedia untuk saat segentir itu bila ..tuhan melipatkan semua isi kandungan bumi dan langit.
Al Fatihah.
Doa.
Wasallam.
wallhu aklam bis sawabbbbbb. Yg baik dari Allah dan yg tak bagushhhs semua adalah kesilapan saya sendiri maklumlah hati dan jantung aku .. tak pernah di post moretem oleh Jibrael a.s.
Fikirkan lah.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/02/tazkirah-masjid-kampung-saya.html