Tempat belajar di sini cukuplah terhad


Update terakhir:

Salam

Dari Paper Sunday Star (Malaysia) 21 July 2013 dikhabarkan
terdapat pada tahun ini sahaja di Malaysia ada hanya

699 tempat pengajian jurusan perubatan, 119 pergigian dan 260 farmasi

Calon yg layak STPM -  527 calon perfect 4.00 CGPA
dan dari pusat matrikulasi KPM -  1,247 calon 4.00 flat jugak.  Melebihi dua kali ganda , tengok?

  1.  Penulis  Goh, L.  menyatakan bahawa peperiksaan STPM tersangatlah payah kerana mengikut piawai universiti dunia sedangkan masyarakat sedia maklum kertas peperiksaan matrikulasi dibina oleh pakar dalam negara je.  Bila ada perkataan ‘je’ kita faham-fahamlah .. kertas itu senang sangat kot.

  2.  Nisbah doktor kepada pesakit sekarang ialah 1:800 dan dgn adanya program baru nisbah ini akan mengecil kpd 1:600 sedikit masa lagi.

  3.  Laluan calon STPM mengikuti program kedoktoran ialah
    pertama 4.00 flat CGPA,  ini entry tiket jer ..
    kedua 10/10 untuk skor ko-kurikuum dan
    ketiga menghadhiri temuduga yg mana ada calon tertewas dgn cara peperiksaan lisan (dilihat agak subjektif)

dan akhirnya  tahap penguasaan calon dalam Bahasa Inggeris pun diuji juga.

  1.  Tuduhan beliau  keputusan STPM diumumkan secara meluas dlm akhbar harian ..tetapi keputusan peperiksaan matrikulasi KPM tidak.  Mengapa yak?  Ada kuasa politik yg menyembunyikan ini.

Rumusan:  a)  ada orang-orang  pandai tak berpuas hati.
b)  interview is not to weed out applicants but rather to reduce the attrition rate among medical students.
c)  Sebenarnya kos melatih calon perubatan adalah sesuatu yg cukup mahal  tetapi lebih mahal lagi jika kerajaan melatih calon yg ‘silap’ /  tak layak berada di dalam program tersebut pada peringkat permulaan lagi.  .

Walaubagaimanapun , dari pengamatan saya di Birmingham , England pada tahun 1995 , ada calon perubatan di luar negara tidak mahu balik ke negara ini selepas berjaya mengikuti  program kedoktoran dgn alasan pertama gaji tak mahal dibandingkan dgn gaji di luar negara dan

kedua,  jika mereka terus menginap di sana .. mereka akan cuba membayar balik biasiswa kerajaan kita kerana gaji dan elaun sebagai doktor pakar cukuplah lumayan.  Apatah lagi ..  ada orang itu kan ..  berkhawin dengan orang putih.  Selepas perkhawinan antara 2 budaya,  mulalah mereka melontar berbagai bagai jenis kata penghinaan bahawa negara ini bukan demokratiklah,  kerajaan memang pro bumiputra dan akhirnya ..  warga universiti kita tak sepandai warga universiti Singapura, Korea Selatan dan Republic of China.    Apa macam demor?

Sekian.

Wallahu hu aklam bis sabbb.   Allah maha mengetahui semua perancangan ini.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/07/tempat-belajar-di-sini-cukuplah-terhad.html