Tempias


Update terakhir:

Salam

Orang orang tua selalu nasihat

“..  berkawan dengan org baik-baik, nanti engkau jadi baik ..insya allah ..seperti orang yg bergaul dgn mamak menjual minyak atar di Penang Street ..tak dapat minyak atar pun tak apa ..engkau akan mendapat bau-bauannnya .. how?

org org islam selalu berdakap bila berjumpa ..  setelah sekian lama berpisah ..  hasil dakapan ini lah ..bau bauan minyak itu akan hinggap ke atas baju melayu mu …

berkawan dengan org-org jahat .. kalau tak dapat hasil kerja jahat mereka .. satu hari ..engkau akan dpt kesan kejahatan mereka juga ..  seperti org yg berkawan dgn mamak jual roti canai ..  hasil dakapannya ..akan membawa baua-bauan bawang merah dan putih ke atas baju mu …”

Begitulah sedikit pedoman yg aku gunakan dlm kehidupan ini.

  1.  Sekarang  ..banyak tragedi berlaku ke atas org orang islam di semenanjung arab dan tanah besar india/ china ..terus menghala ke Burma, Thailand, Filipina dan Indonesia.  Sebagai lubuk .. negara ini menerima berbagai bagai tempiasan dari luar kerana kita bersaudara seagama konon kononnya.

Bila ada kes pembunuhan ..  yg dilakukan dirancangkan oleh org-org  gila arab di Amerika .. bangsa melayu / bangsa indonesia semua terpalit sama.

Orang iran yg gila di Australia semalam 14 DISEMBER 2014 ..  Sydney semalam …menahan dan membunuh rakyat Australia ..  kesan kejahatan (pembunuhan) oleh si mamat iran ini ..  tempiasan nya ..terkena juga oleh kita ..kerana ..  namanya berbau cukup kuat dengan nama nama org org islam …

Apakah kesan kpd tempiasan ini?

2.1  Orang luar ..pandang serong kpd agama dan umat islam.

Kerana nila setitik ,, rosak susu sebelangga…. sangat tepat dan betul  perumpamaan melayu itu.

2.2  produk dari negara islam ..tidak diterima oleh bangsa bangsa seluruh dunia

2.3  kesusahan pelajar pelajar cemerlang muslim, muslimat di luar negara dalam proses menuntut pelajaran dan membuat kajian di peringkat sarjana, Ph.D dan pasca kedoktoran.  Rakyat luar ..  diskriminasikan mereka. Payah nak lulus dalam VIVa dan macam macam alah yg lain.

2.4  rumah rumah untuk disewakan ..bangsa eropah ..  amerika ..  mereka mula akan menyekat ..semua .. interaksi umat islam sedikit sebanyak.  Payah anak anak kita di sana.

2.5 penulisan , penerbitan saintis saintis melayu islam ..payah menembusi ..  jurnal antarabangsa

2.6 individu atas pagar sudah mula menyisihkan diri dari dunia islam ..
2.7  dan banyak lagi .  Ini kita kena faham demi keselamatan berskala tempoh masa yg panjang.

Semua ini .. hasil tempiasan dari tindakan liar orang orang berwajah arab, indo pak, afghanistan, phatan , dan ..banyak lagi ..dengan brand islam.

Aduhai..

Payah nak hidup zaman sekarang.
Ini belum termasuk tempiasan dari anak anak dara islam ..tudung pakai ..tetapi ..struktur tubuh badan bila dibaluti dengan kain , pakaian yg tidak sesuai pada pandangan tok tok lebai kampung .. nampak macam berbogel sahaja ..  di seluruh dunia.

Adakah ini imej islam?

Pasaran tudung dan banyak lagi produk islam ..  yg diperagakan dalam pasaran terbukak duni a..

org org macam aku akan berkata .. bertanya ..is this all what islam can offer to the whole wide world?

Is this all?

Sekian.

Al fatihah.

Wallahu aklam bis sawabbb…

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/12/tempias.html