terbaik
Salam
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
Terbaik dalam kalangan umatku ialah
Mereka yang belajar al quraan dan mengajarkannya.
seronok jika ada tauliah
Mengajar al quraan.
Mengapa?
Selagi ada orang yg membaca ayat ayat suci al quraan di mana mana pun
Pahala tetap datang kpd guru, ustaz atau ustazah tersebut.
Bayangkanlah
Si guru sudah lama meninggal dunia
Tetapi pahala bacaan dari bekas bekas murid muridnya terus datang mencurah curah ke dalam akaun guru tersebut. Subha nallah.
bila teringat perkara ini
memory saya terjentit mengenai arwah
nenekanda nenekanda ku yg telah bersusah payah mengajar saya mengaji
- Hajjah Che Esah bte Che Mat
- Nenek tok yoh
- Mok Kedah Gaal Fatimah Senik
- Tok ki Yaacob
- Tok Che Salleh
dan ustaz , ustazah ku di Berek Polis
- Allahyarhamah Mok Wen
- Allahyarham Sarjan Nik Othman
- dan ramai lagi.
alfatihah
beruntung sakanlah mereka yg
menginfakkan anak anak mereka
menjadi hafiz, hafizah, alim dan alimah dalam era orang gila FB, IG, watsapp dan berfashion siang dan malam.
sempena bulan rejab, shaaban dan Ramadhan yg mulia ini
jom kita mengulangkaji sedikit sebanyak
perkara berkenaan dgn bacaan al quraan kita.
kalau tidak pun , kita ambil masa
menghafal beberapa ayat istimewa dari Al Quraan.
jika berjaya
kita boleh membaca nya dalam solat tahajud, dhuha dan awabim kelak.
niat lillahi taala
jika ada anak anak cucu lagi cuba
beri kpd madrasah madrasah seperti Sri Petaling Selangor.
insya allah berjaya dan sejuk mata, hati memandang.
Ameen.
wasallam
p/s basuh kaki semasa berwudhu
tak sama dengan basahkan kaki.
kita kena basuh elok elok kaki, tapak kaki, jari jari kaki dan tangan biarkan air masuk ke dalam semua celah celahan kaki tangan tersebut. Kuku biar pendek. Jika tidak air tak masuk
terkena isi kuku nya. Saya nampak ramai orang hanya basahkan kaki mereka. Mungkin tak sah wudhu itu. Cuba tanya orang orang agama. Try? Bagus confirmkan semasa kita masih hidup niiii.
wah lllah hu aklam
saya berpesan kpd diri saya dahulu. Jgn marah yer?
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/04/terbaik.html