Terkenang sahabat yg sudah pergi


Update terakhir:

Salam

Hari demi hari silih berganti.  Umur aku sudah tentu semakin banyak sekaligus memberi petanda saki baki kehidupan mesti semakin berkurangan di sisi Allah Maha Esa.

Hari ini entah kenapa ..  saya teringat sahabat sahabat saya yg sudah pergi meninggalkan kita semua.

Mereka jauh lebih muda dari penulis ini.

Al Fatihah kepada Allahyarham dan Allahyarhamah ..

  1.  Saudara Sazali (  PAR  JMSK ) di Politeknik Kota Bharu
  2.  Saudara Hisham Zuhdi Mustaffa  ( PKB)
  3.  Saudara Shamsuddin  PKB
  4.  Ustaz Mustapha  PKB
  5.  Ustaz Abd Rashid PAS  PKB
  6.  Saudara Abang Mat Drebar bas PKB
  7.   Saudara Azadin UTHM FSKTM
  8.  Saudara sharul ezza Kafli . Kpg Istana, BP. UTHM FTMM
  9.  Hajjah Nik Faridah PKB
  10.  Saudara Zakaria Alias  MCKK TMS
  11. Saudara Atan  FPTV UTHM
  12. PM Hj Salleh  FPTV UTHM
  13. pak hendri (matematik) UTHM
  14. Saudara En Zakaria  ( Counsellor   UTHM)
  15.  Saudara Cikgu Hj Abd Rahman Yaseen
  16. saudara Roshimi Omar TMS
  17.  saudara Nordin Ramli (Kpg Lampu, Besut)
  18.  Cikgu Rudin  (Sains)  SM KOTA, Kota Bharu  -  semalam  28 JAN 2016
  19. sepupuku Nordin Md Nor, Nik KamaruDin Nik Ismail, Syamsiah Zakaria n ramar lg.
  20.  saudaraku Bulkhairi Mokhtar sg keladi . Umur 28. Anak kecil baru 2 minggu. Today 30 jan 2016. Pendarahan,
  21. saudara Mohd Wara ( security UTHM)
  22. saudara Azmi ( security Kuittho)

Al Fatihah.

Melihat senarai yg panjang ini, tidak mustahil esok lusa giliran kita pula dijemput pulang ke pangkuan ilahi. Bersediakah engkau Sir?

Mengikut satu hadith "  orang paling cerdik dan bijak dalam kalangan kamu  ..adalah seseorang yang selalu beringat pasal-pasal mati".

Untuk itu, jom kita harus berubah melakukan perkara-perkara berikut:

  1.  solat bersendirian kepada solat berjamaah..rajin rajinlah - tak rugi pun

  2.  kurang membaca Al Quraan kepada rajin membaca Al Quraan

  3.  malas mendengar perkara agama di masjid dan surau kepada satu keadaan hati kita lembut mendengar perkara perkara yg baik baik

  4. selalu memohon maaf dengan ibu ayah, adik beradik dan saudara mara terdekat

  5.  uruskan hutang secepat mungkin

  6.  uruskan wasiat jika mempunyai harta yang berlebihan seperti tanah dan sebagainya

  7.  sedekahkan buku buku lama untuk kegunaan perpustakaan sekolah sekolah berdekatan dgn rumah kita

  8.   nasihat kpd isteri dan anak anak … supaya menjadi orang orang yg baik baik untuk faedah abah/ ayah di kubur sana  dan ..

  9.  buat kerja dakwah .. nanti tuhan akan tanya ..  ada apa apa lagi yg perlu Aku tahu berkaitan sumbangan mu ke atas agama ku semasa kamu di dunia sana ..  ingat tak?  Ada kau dengar .. jamaah dakwah tabligh dtg berjumpa kamu .. what did you think about them?brother help them tak?

“sepagi sepetang di jalan Allah ..lebih baik dari dunia dan seisi-isinya”.

Begitulah hari ini.  Al Fatihah.

Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/01/terkenang-sahabat-yg-sudah-tiada.html