terkilan


Update terakhir:

Salam

Di saat kematian, ramai orang terkilan itu dan ini bila bercakap dan menyentuh sesuatu dgn si mati.
Terkilan (menyesal) kerana tidak melawat si mati
Walaupun

Perhubungan dia dgn si mati terlampau intim.
Jarak antara rumah si mati dengan dia …aghh dekat sangat lebih kurang sepenanak nasi sahaja.

Flashback.  Mengapa rasa sebegini?
2)  tak seronok jika ibu ayah menumpang dgn kita ( naik kereta, tinggal sebumbung dengan kita di Ibu kota)
tak best dengar komen dia bila kita membeli itu dan ini dari Singer, Court Mamoth, online, Amway, Cosway, Anyway
tak glamour org tua bersama sama kita ke sana sini waktu holiday ke Bali, umrah kali ke 5, kenduri khawin member member kita

bila orang tua dah mati tiba tiba
terasa sangat terkilan
dengan sesuatu yg tidak akan kembali lagi.

terkilan dengan tindakan kita
acuh tak acuh melayan orang tua kita
tidak memberi masa bertanya khabar berita
komen mereka lembab , slow mcm kura kura

  1.  kita lupa
    saat kita baru dilahirkan, lampin tak ada, kita pakai daun pisang kering jer, tali lampin dari batang pohon pisang blakang umah nenek kita

kita lupa saat kita sakit waktu kita kecil kecil sehingga
kita sudah besar, berat, lebar, tinggi membesar

Siapa jaga kita selama itu  yer?

kita lupa ibu ayah bergolok bergadai tanah sekangkang kera
binatang ternakannya untuk menyekolahkan kita
politeknik, universiti

hatta nak khawin pun
banyak duit ayah
kau slow talk mcm macam ala pemain serunai dekat dgn bakul ular di Taj Mahal
habis duit simpanannya
untuk melayan nafsu mu membeli hantaran 7 dulang
kasut tumit tinggi, beg tangan Bonia, tali pinggang,
kitab al quraan, kunci flat di Serdang, selendang , perfume
dan buah buahan oren, anggur, limau, mokten kuning

aghh..
bila kau dah hebat  p.t.d,  profesor, menteri

kau buat buat lupa si tua itu

talipon pun berkira kira
takut habis kredit, bil
dan mcm mcm

tak patut atau macam mana?

sekarang dah terkilan bukan?

tengok berok kesayangan ayah
mula teringat tuan punya berok tersebut

tengok motorsikal honda cup usang ayah
teringat ayah bawak kita mengejar bas express budaya
habis lori, van, kereta, arwah potong potong

tengok kain batik lepas ayah tersangkut di dinding umah
teringat ayah gunakan kain itu
untuk berteduh dari panas dan hujan
alih lembu, kerbau di baruh padinya.  Busuklah kain ni.

sekarang
bagaimana?

  1.  Sifat orang orang bagus

3.1  sanggup mengenepikan kesedapan hidup
bagi melayan kerenah ibu ayah yg dah tua di kampung

3.2  sanggup menangguhkan pembelian kereta Audi 5 series
semata mata mahu tengok ayah ibu dpat g ke umrah sekali lagi

3.3  sanggup susah sedikit
melayan kehendak ayah nak berbini baru dengan  auntie
tipah janda anak 5. Girlfriend ayah waktu sekolah agamanya satu masa yg lalu

3.4  sanggup mengambil cuti
bila mendengar ibu ayah sakit

dan macam macam lagi.

tetapi bukan senang mendapat anak cucu yg baik

tak ada pusat tuisyen yg mengajar benda alah ini,  majlis agama   ibu ayah mana berminat engkau ..
pakar motivasi?

semua datang dari you and me.
dalam rumah you, myself, ourselves
didikan kita
budaya hidup kita
stail kita beraya saban tahun
bagaimana kita melayan sanak saudara
perangai kita
habit kita
fikiran kita
tindakan kita
ucapan kita dan
cara pembawakan hidup  kita bersosial

semua anak dpt lihat, analisa, bentangkan.

sekarang kau terkilan.  Menyesal kan?

Buatlah sesuatu untuk mohon ampun maaf you ..seperti

  1.  Bina tahfiz quraan.  Beri duit ini atas nama ayah emak
    sponsor budak kemboja belajar aleem di Deoband, India;
    Shaharanpur, India  dan Raiwind, Pakistan.
    infak untuk ayah emak
    sponsor anak muda keluar dakwah negara negara jauh
    sponsor bil api masjid Sri Petaling, surau, duit kopi aleem:dan
    sponsor umrah sahabat2  terdekat dgn arwah mak abah

semua lilah hitaala

Saya dah buat.  Anda bagaimana?

Sekian.
Al fatihah.

Mohon maaf pak
Mohon maaf buuu

wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/12/terkilan.html