That way ok ker gitu kah caranya PHP jer


Update terakhir:

Salam

Saya selalu dilantik menjadi penyelia projek akhir semester kepada beberapa orang students degree tahun akhir di universiti ini. Macam-macam projek saya selia terutama multimedia courseware, information system dan lain-lain walaupun subjek specialization saya ialah maths statistik dan operations research.

  1. Trend now is ex-polytechnic students (graduate universiti ini lah) lebih suka menggunakan PHP bagi menciptakan hasil projek PSM tu. PSP adalah subjek programming yang telah mereka perolehi di politeknik KPTM. Pelik jugalah. Bukankah mereka belajar programming languages macam-macam di peringkat degree ini seperti C++, Java , Object-oriented programming etc etc.

Isu terbesarlah …mengapa PHP?

  1. Hasil dari lawatan saya ke industri komputer di Kedah, Pulau Pinang baru-baru ni. terutama MIMOS Kulim, Kedah - kebanyakan firma tidak memandang tinggi graduates yang tahu PHP jer. Mereka lebih suka sistem yang dibina dari Java atau C++. Peluang kerja after degree lebih cerah kepada mereka yang tahu (mahir) menggunakan Java, Visual Basic dan lain-lain. So apa sudah jadi universiti malaysia?

Jika mereka memilih juga PHP ..ini bermakna bahawa dalam degree level .. banyak ilmu yang mereka dapat seperti C++ dan Java .. tidak mempunyai tarikan yang tersangat kuat kepada mereka untuk mencuba skill terbaru. PHP ialah ..bina sistem dari koding yang telah orang lain buat. Open Source. (koding ada dalam web-site, internet , merata-rata dunia, atas dunia maya) Kita hanya ubah sikit-sikit jer .. koding yang ada …sesuai dengan objective PSM kita dan cherio .. terus siap. Settle?

Ini bermakan graduates yang sedemikian telah memilih jalan pantas untu menyiapkan PSM. Tetapi mereka telah rugi dalam peluang mencuba create sistem dari programming yang terbaru JAVA, Visual Basic dan lain-lain. Dalam erti kata lain, stail profesor dan pensyarah universiti mengajar tidak memberi sebarang kesan mendalam, efektif, impressive kepada pelajar-pelajar ini untu mencuba skill yang Prof sudah susah payah mengajar. Ilmu skil prof ..perolehi dari negara-negara barat semasa PHD mereka dulu lah.

Dalam erti kata lain, PnP kita tidak efektiflah. Rugikan? Siapa rugi tu? Ini bermakna PnP politeknik KPTM lebih berjaya dari PnP universiti ini. Apa kata saudara/saudari pembaca?

He..he.. pembaca-pembaca jawab lah. Saya sudi sangat mendengar.

Sekian. wasallam. Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/01/that-way-ok-ker-gitu-kah-caranya-php.html