tidur ini satu jenis ubat


Update terakhir:

Salam

Tuhan menciptakan kita.
Ada siang dan adanya malam.

Pada waktu siang, manusia bekerja bermati matian mencari rezeki.
Ada yang berniaga, ada yg mengajar, ada yg mengawal hal ehwal masyarakat, ada yg dilantik sebagai pemimpin dan seterusnya.
Bila bekerja saban hari ..tuhan mengurniakan sifat penat, letih, bosan dan badan manusia memerlukan rehat.

Atas dasar inilah, tuhan menciptakan malam.

  1.  binatang tidak bersekolah. Tetapi mereka sedar kedatangan malam.
    Oleh itu kita akan perhatikan di waktu petang, binatang mula pulang ke sarangnya.
    Berduyun duyun zirafah, harimau , singa, pelanduk mencari anak anak untuk bersegera pulang ke sarangnya masing masing. Sempena fenomena haiwan berbodong bodong pulang ke sarang ini, Allah ciptakan langit berkeadaan di mana warna langit terang biru mula menjadi merah kekekuningan …beransur ansur gelap dan seluruh bumi di selubungi dgn selimut hitam bergelar malam. Dlm keadaan ni, bacalah 3 ayat terakhir surah Hashr.

Begitu juga manusia.
Bersekolah ataupun tidak, manusia bergerak pulang ke rumah masing masing.

Di rumah inilah kita berehat.

Klimaks rehat ialah tidur.

  1. Haiwan tidur. MAnusia pun tidur.
    Jika kita tidur tanpa sunah nabi, tidur kita seperti tidurnya haiwan…

Tidur sekadar tidur sahaja.
Tetapi dengan sunah nabi, tidur kita menjadi ibadat.
8 jam tidur dgn sunah, 8 jam bergelar ibadat.
Solat 5 waktu mengambil masa satu jam. Ini pun ibadat yg terbesar.
Tetapi tidur selama 8 jam ….. dgn sedikit adab adabnya akan diangkat menjadi ibadat.

Tak mahukah kalian perkara yg semudah begini.?

3.1 tidur dalam keadaan berwudhu
3.2 baca surah al mulk dan surah alif lammin sajadah
3.3 niat bangun solat subuh
3.4 niat tahajud …bila berniat ..tapi tak terjaga ..tuhan dah kira ON. Allahu Akbar.
3.5  tasbeeh Siti Fatimah radillah huanha
3.6 baca doa tidur
3.7 baca ayatul kursi
3.8 mengadap kiblat
3.9 pejam mata dan
3.10  tidurlah kamu

Insya allah sihat.

Dengan cara begini pun, kekasih Allah …nabi muhammad s.a.w dikurniakan kehidupan selama 63 tahun sahaja.

bagaimana kalau manusia lakukan cara yg lain?

fikirkanlah.

Dengan tidur, semua anggota berada dlm keadaan rehat.
perut rehat. Mata rehat. Pundi kencing rehat dan bnyk lagi organ yg rehat.
Organ seperti jantung pun berehat.
Degupan jantung waktu rehat tak sama dengan degupan jantung semasa kita berkejar kejar bas untuk pulang ke kampung di Pudu Raya, Kuala Lumpur.

Oleh itu bersyukurlah.

Boleh tidur.
Orang india tanpa harta senang jevtidur.
ada orang itu pangkatnya ketua negara .,payah tidur.
Mengapa?

Oleh itu tidurlah baik baik.
Sekian. Baca doa bila bangun dari tidur.

wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/02/tidur-ini-satu-jenis-ubat.html