tiga alam
Salam
Kita hidup dalam 3 alam. Itu khatib khutbah sampaikan pada hari ini.
Alam pertama ..dalam perut ibu. Jika bibir mulut ada kecacatannya .. kita keluar dari perut ibu dengan kecacatan itu lah.
Alam kedua .. kita hidup di Malaysia. Belajar di England dan terbang sana sini seluruh alam. Di sini kita kena buat amalan yg cukup . Dunia tempat kita berusaha menjadi makhluk yg taat pada perintah tuhan mengikut ajaran nabi Baginda Rasulullah s.a.w. Jika amalan kita bagus ..lillah hi taala ..insya allah syurga. Jika tidak ..neraka!
Alam ketiga, alam kubur ..cukup panjang tempoh masa di dalam alam gelap gelita ini. Bayangkan Nabi Adam, Hawa …. Nabi Muhammad …s/a/w … cukup lama mereka di alam ketiga ini.
Bagi manusia macam saya .. entahlah .. nasib untung atau pun tidak.
Tengok pada tempoh masa .. susah kita jika melangkah ke alam ini ..tak cukup bekalan ..orrg masjid kata.
Khatib ..menyambung .. ada kita kena azab yg teruk ..contoh … kerana tak jaga kencing , basuh-basuhan selepas kencing untuk menunaikan solat dan sebagainya/ mcm mcm.
Ada orang kena azab .. tak boleh berjalan secara normal .. terumbang ambing …kerana tak adil beri layanan kpd org org di bawah pimpinannya ..
dan mcm mcm lagi azabbbbbb kubur ..org masjid kata lah.
Orang cerdik antara kita ialah orang yng buat persediaan untuk melangkah dari dunia alam kedua ke alam dunia ketiga.
Bila di sana (kubur) ..kita tak boleh pulang lagi dah. Nak betulkan ..syahadah, nak betulkan solat kita dan .. nak bayar hutang si pulan bin si pulan. Kita kena settle mcm mcm di sini lagi.
Bila dalam kubur ..kita tak boleh retreat .. jenguk sebentar ..sama ada suami dah ada penganti baru dah ke tidak. He..he..he.. kalau ada pun ..kau boleh buat apa?
Oleh yg demikian ..jom kita buat sesuatu. Pertama .. check diri kita sendiri. Betulkan amalan kita mulai sekarang. Jgn tangguh tangguh lagi. Jom?
Sekian. Itu isi khutbah hari ini ..masjid sungai gelugor/ p/pinang.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/09/tiga-alam.html