Time berduit kena beringat tau?


Update terakhir:

Salam.

Sekarang ramai antara kita berduit. Pergi jer ke dinding / tembok batu mana-mana ..tekan kad .. masuk nombor PIN ..tak lama nanti keluarlah duit. Anak-anak tak bersekolah selalu ingatkan ibunya bila tima tak ada duit .. gi kat tembok batu tu .. picit nombor ..adalah duit bu.

He..he..

  1. Tapi kita kena beringat selalu. Tadi ada saya nasihatkan anak lelaki saya supaya berjimat semasa memberi pertolongan kat orang-orang lain. BUkan berjimat time kat shopping kompleks jer tetapi berjimat juga .. menjangkaui ..time memberi derma itu dan ini kepada org lain. Why? Time kita susah tak berduit .. tak malu kita nak minta duit (pinjam) dari rakan-rakan kita yang mana kita tahu selalu susah. Malu kan?

  2. Arwah ayah saya ada memberi pesanan ini. Jika ada RM10 .. kalau belanja tu ..biarlah kita dapat simpan sekurang-kurangnya RM1. Nanti bila payah ..kita boleh jumpa RM1 dalam poket seluar kita. Banyak untungnya orang ada duit ini walaupun RM1 jer.

Orang berduit RM1 lebihlah mulia dari seorang kontraktor yg keluar ke hulu hilir dgn modal hutang bank RM5 juta di pusat-pusat metroploitan ini. Payah nak paham ni kan?

Maklumlah kita semua cepat terpersona dengan org memandu kereta super-mewah/ pakai serba boutique / air wangi-wangian Paris dan Bombay ..he..he.. cepat kita terperdaya. terperdayaan kita melampaui orang yg mana kad kredit mnereka pun hampir 1 kilogram beratnya. Besar saiz poket seluar org berkad kredit ini.

Awas tuan hamba. Dunia ini banyak kepalsuan nya. Simpanlah RM1 dari RM10 tu. Bila time hujan nanti kita boleh gunakan wang sikit-sikit untuk membeli payung ..tadah dari hujan yg lebat.

Fikirkan lah.

Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/07/time-berduit-kena-beringat-tau.html