Tips panjang umur
Salam
Ada beberapa tips jika mahu Allah panjangkan umur kita semua.
(i) banyakkan sedekah di mana-mana saja anda berada
(ii) banyakkan melawat sanak saudara jauh dan dekat semata-mata ingin menjalinkan (mengguatkan)
lagi silatul rahim se sama kita muslim muslimat, mukmin dan mukminat
(iii) banyakkan melawat kawan-kawan lama arwah ayah dan bonda kita supaya perasaan persaudaraan itu sentiasa terjalin antara arwah ayah , ibu dgn kawan-kawan mereka jauh dan dekat.
Rujukan:
Kitab Al Mukminun - Karya : …………………….. ( nanti saya carikan ..ada org pinjam tak hantar buku saya ni .. he..he.. adush ).
Komen/ huraian:
Bagus melawat saudara-saudara kita nun jauh di kampung sana. Kita park kereta VIOS kita kat luar jalan besar dan kita masuk ke dalam kampung .. dengan cara berjalan kaki sahaja ..merentasi belukar, lalang dan pokok-pokok hutan yang lain. Semata-mata nak jumpa mata dgn ibu saudara yg sudah lama kita lupakan ( sengaja kita lupakan) ..maklumlah .. mereka tinggal di kampung darat sana ..sedangkan kita sibuk memanjang ..hampir-hampir kalahkan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak jer. He…he.. kita susah nak ke sana .. pertama ..nak prepare mind set anak-anak cucuu bukan satu tugas yg senang .. maklumlah . anak anak dara kita takut pachat, lintah, anak cucu ular, jengking, najis-najis lembu dan kambing berselerak dari bawah bukit sana hingga ke tempat rumah kayu …. terpencil ibu saudara saya tercinta.
Bila sampai ..hisshh penat jugak lah .. naik bukit ni …. Kampung B-M Pasir Akar, Besut ini.. ibu saudaraku cukuplah gembira. Kenapa tidak .. saya telah berjaya ..akhirnya membawa anak anak cucu saya ke rumahnya. Panjanglah cerita . Macam macam nak ceritakan .. tanah baroh padi ..dia nok jual lah .. lembu kambing dia nak pawahkan lah .. anak anak daranya ramailah yg sudah mendirikan rumah tangga.. dengan polis Maran, Temerloh, lawyer, dan macam-macam jawatan lagi .. seronoknya boleh makan ubi kayu rebus cicah kelapa parut dan ikan kering gelama. Best ..pekena pulak dgn kopi ‘O’ jantan .. siap mak dia … kopi Kau ni ….
dalam perjalanan pulang dari Besut ke Kota Bharu ke Johor ..tak puas puas saya minta anak anak cucu ku supaya rajin-rajinlah (jika abah dah tiada) datang melawat lawat(menjenguk) sanak saudara .. yg sudah lama ..dilupakan dan ditinggalkan. Bila kita ada saudara saudara di kampung jauh dari kesibukan metropolitan Kumpur, baru anak anak cucu tahu ..erti nilai sebuah tanah kampung melayu jati tok nenek kito jika dibandingkan dengan sekangkang kera tanah di Sri Sendayang Seremban 2 itu, Nilai 1 ituu..
walaupun harga tanah d kampung jauh lebih rendah dgn harga rumah di bandar tetapi yg paling penting ..ialah isu pokok pertalian darah daging kekeluargaan / persaudaraan itu. Nilai cinta kasih dan sayang -Saudara pada kita tak leh di jual beli sampai bila bila ..sedangkan tanah , rumah banglo di bandar besar macam mana pun ..tidak ada harga apa-apa ..senang beli dan senang jual. Dapat untung/rugi ..semua jadi debu sahaja - tetapi jika kita berbaik baik dgn saudara kita - perasaan ikhwah terjalin sekian lama sejak tok nenek kita semua dan doanya itu lah yg paling mahal sekali. Ameen. Mereka doakan dari jauh kita akan di Panjangkan umur dan dimurahkan rezeki dari jauh. Semua dalam kitab Al Mukminun itu. Jika kita mengaku muslim, ikutilah ..amallah ..segala tips di atas itu wahai anak-anakku, cucu-cucu atuk please ..insyallah kita akan selamat dunia dan akhirat. panjang umur, murah rezeki. YG bagus .. jika nak beredar dari rumah saudara kita yg susah susah ini ..ringankan tangan kita dahulu hulurkan sedikit duit RM50, RM100 ker .. lagi kuat doa mereka untuk kita. Insyallah ibu saudara ku ini akan ceritakan lawatan kita ini .. kepada anak anak cucunya di Pahang .. Kelantan .. Johor ..seluruh dunia.. kau ada saudara weh di johor sana. Gitulah .. ombak ..ripple of good feelings spread across the forests beyond the oceans and brought forward with the soft wind. Good People. Good Brain. Long Life n PLentiful of rezeki where ever u are. You can read this doa ‘.. if my rezeki is far away , o my LORD , please make it nearer; if my rezeki is so near , bring it faster to me please .. if my rezeki is at the pit of earth , bring it out please my ROBB .. and if my rezeki is already out on the surface of the earth .. please make it easy for me to retrieve it.. Ameen.. my ROBB .. bless me with this kind of humble visits.. where we had crossed many rivers, mountains, valleys, villages, towns, cities ..for the sake of you my ROBBB ..to closer my relationship with my own kins .. and families. Please forgive me ..my LORD. Ameen ya robbal alameen.
Sekian.
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/03/tips-panjang-umur.html