tiru perkara baik
Salam
Orang tanya ..
Apa kunci kejayaan anak anak ..
Aku jawap santai jer
' rasa rasa ku lahhh…
Kunci tu ada dgn emmmak mereka.
Pertama, dia sentiasa bercakap lembut dgn anak anaknya
Sewaktu mengejutkan mereka dari tidur.
Dia tak pernah marah sewaktu mendidik mereka
Mandi manda
Pakai baju sekolah
Bersedia ke masjid
Bersedia ke Maahad Muhammadi (P)
Bersiap siap ke MRSM PC & Pendang
Bersedia ke SMKA Naim Lilbanat
Bersedia ke Maahad Muar
dan KISAS
Dia bimbing anak perempuannya memasak di dapur
Basuh pakaian dgn cermat
Dan macam macam. Emmak mereka speaking dan tuition anak di rumah sejak sekolah rendah lg. Belanja ala kadar sahaja. RM100 cukup, RM400 pun habis.
Lain sikit dgn aku.
Aku tekankan
Disiplin tepat pada masa dan kekemasan dlm semua kerja.
Hormati org tua. Tetamu kita dan cakap dgn elok dgn orang ramai. Elakkan berhutang.
jangan menipu dan khianati siapa siapalahh terutama kuching, ayam atau anak anjing jiran sebelah.
Baik berpada pada
Jahat jgn sekali.
org kasi duit raya ..ambik jer ler
tak kasi ..tak apa. Wajah senyuman trade mark kita.
gitu lah ..'.
Tak lebih tak rak kurang.
- hadiah?
Setiap kali pulang dari jauh.. la ni… mereka bawa pakaian cantik cantik untuk emmak mereka.
Abahnya ..
Aku suka buku buku atau akhbar bermutu.
dapat itu …aku dan isteri cukup happy dah.
Senyum meleret sepanjang masa.
Wa llahu aklam. Muga muga tuhan redha pada kita semua. Ameen.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/07/ibu-kpd-anak-anakku.html