Titik pertengahan bulan puasa


Update terakhir:

Salam

Malam ni dah malam ke 16 Ramadhan.

Mulai sekarang .. orang orang bertakwa dok intai intai .. peluang untuk beribadat ..10 malam terakhir bulan ramadhan yg mulia ini/  Target utama - Malam lailatul qadar , satu malam nya lebih mulia dari  1000 bulan [ 83 tahun].

Tetapi ..payah nak dapat malam ni.  Kenapa tuan?

  1. ini adalah 10 malam terakhir ..  terkena pulak .. hari gaji bulan Julai .  Bila dapat duit .. mak chik makchik sibuk ajak pak chik pak chik ..shopping hari raya.  Bila lagi bang?

Sebelum shopping ..  senarai benda nak beli …mestilah panjang.

Mula mula .. ,malam  ni kita gi beli ..

malam esok ..sibuk pulak .. nak tukar itu dan ini.

So dua malam dah hangus.  Ini bermakna ..8 malam jer probabiliti kita dapat malam lai latul qadar.

Mengikut bacaan saya ….  selalu nya ..malam LL Qadar ini  .. tak semena-mena  kita rasa terlampaulah malas. Ini gangguan syaitan dan iblis .. godaan terbesar untuk kita umat melayu di rantau asia tenggara ini.  Bukan setakat iblis dan syaitan sibut menggoda kita … partner dan anak anak dara di rumah  pun apa kurangnya.

Program TV pun makin sedap.  Bukan setakat TV3 sedap ..ASTRO punya program pun cukup lagi lah sedap.  Jika dilayan ..peluang berjumpa LL Qadar ..cukup lah tipis wahai tuan/puan.

  1.  Di sini .. nak ingatkan jer .. sepatutnya kita dah habis separuh dari pembacaan Al Quraan Nur Kareem .. dah masuk surah al Mukminun dah.  Kalau dah gitu .. peluang habis membaca Al Quraan .. cukup cerah sekali.  Hari biasa ..di luar Ramadhan ..satu huruf dari Al Quraan seperti alif lam mim ..30 hasanah .. tetapi pada bulan Rmadahan ini .. pahalanya  dilipat gandakan  berkali kali lagi.  Untung sangatlah ..orang yg asyik membaca Al Quraan ..bila mana orang lain dok sibuk tengok ..  flyers .. tudung Fareeda, kasut Scholl, seluar dalam Trents, daun ketupat plastiklah, kuih muih Che Som Putrajaya … dan macam macam lagi seperti promosi MYVI , VIOS, BMW yg mana tanpa disedari projek menambah hutang lah ini dipenghujung bulan bulan puasa yg berkah ini.

He..he..he..  apa apa pun dari jauh ..

saya  doakan .. ibadat puasa ini ..tuhan terimalah banyak banyak ibadat puasa kita ini maklumlah .. tahun depan ..kita tak tahu lagi.  Takut takut ..kita dah hilang dari bumi Allah yg fana ini.  Ingat tu?

Sekian.

Wasallam.  p/s:  just park ur gaji bulan julai 2015 into tabung haji for 25 days// try// selamat tuan hamba// don’t park it in your pocket. Too liquid tu

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/07/titik-pertengahan-bulan-puasa.html