titik transisi


Update terakhir:

Salam

Hari itu saya ada menulis pasal 3 alam.

Pertama alam seseorang manusia berada di dalam kandungan perut ibunya;  kedua alam dunia iaitu Malaysia dan akhirnya alam kubur.

  1.  Jika diceritakan kepada seorang anak yg dalam proses dilahirkan ..  titik transisi antara alam kandungan perut ibunya dengan alam dunia Malaysia ini ..perkara perkara berikut:

2.1  ada universiti bila engkau belajar tinggi tinggi

2.2 ada kapal terbang yg akan membawa engkau dari sebuah negara ke negara yg lain

2.3  ada pelbagai jenis makanan, buah-buahan

2.4  jalan raya bersimpang siur , bertingkat-tingkat banyaknya ..ada untuk kereta, ada untuk tren , ada untuk trem dan ada yang melungsur ke bawah tanah gelap gelita dan ..

2.5 engkau boleh bermain bola sayang di dalam stadium  ..di mana mainan ini adalah satu jenis permainan yg bodoh ..22 orang pemain mengejar sebiji bola ke hulu ke hilir dan satu dunia menonton kerja bodoh tersebut siang dan malam ..

sudah tentu ..  bayi di dalam perut ibu nya akan mengatakan kita ini gila.  Bukan setakat gila ..  majnun pun boleh dilabelkan ke atas dahi kita semua.

Mengapa?  Bayi melihat perut ibunya yg tersangatlah kecil.

Mana bisa memuatkan library UTHM, Batu Pahat  dalam perut ibunya;
Mana bisa bermain bola dalam perut ibunya
mana bisa ..sebuah kapal terbang …boleh mendarat dalam perut ibunya ..

dan macam macam lagi ..  org ini mesti gila lah niiiiii.

Dari segi matematika, berapa kali gandakah saiz bumi Malaysia dengan saiz perut ibunya (pernah dah awak ukur jarak antara zon kemunculan bayi dengan pusat bujir ibunya… aghhh ..tak sampai 1 kaki pun jaraknya 2 jengkal jari jariku …).

Sudah yakinlah bayi tersebut akan menolak semua cerita yg kita khabarkan padanya di saat saat dia mahu keluar dari saluran khas dari sistem biologi ibunya.

  1. Begitulah dengan manusia ..  di atas muka bumi ini …  ramai tak percaya .. khabar khabar dari Nabi Muhammad s.a.w ..tentang ganjaran syurga ..dan azab kubur dan azab api neraka jahanam.

Mengapa?  Mereka melihat ..saiz bumi ini secara hakiki/ relatif seperti bayi tersebut di paragraf di atas.  Melihat dahulu baru percaya!  (tidak ada imanlah dia ini  kpd perkara perkara ghaib -  kafir!).

mereka melihat -   Saiz istananya; saiz keretanya; saiz opisnya di Putrajaya; di Jabatan Perdana Menteri ..saiz fizikal isterinya ; saiz bilik tidur di rumahnya …semua tak boleh dibandingkan dgn saiz sebenar syurga Allah kpd orang orang beriman; bertakwa dan sabar.

mana bisa berlaku … syurga terkecil adalah 10 kali ganda saiz dunia.

Satu istana syurga ..mempunyai 700 bilik dan setiap bilik ada 700 pintu ..dan setiap pintu ..ada ..

bidadari ?  jika bidadari meludah ke laut ..  semua air di laut bertukar sifat dari masin kepada .. tawar/ manis ..

Allahu Akbar.  Ar Rahmannnnn….

Itu kuasa dari Allah Taala.

Jangan jadi orang yg malang - tidak beriman dan tidak beramal kpd ajaran suci Allah Taala melalui Nabi Baginda Rasuullullah s.a.w.  Fikir-fikirkan lah tuan/puan..tak rugi pun.

Sekian.

Wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/09/titik-transisi.html