Tok praeh beras di Wakaf Bharu, Kelantan 1980'an
Salam
Dulu di Pekan Wakaf Bharu, Kelantan merupakan sebuah pekan khusus untuk perniagaan beras di negeri pantai timur ini. Berguni-guni beras bertimbun-timbun di dalam sesebuah kedai beras tersebut. Hari ini , saya hendak menceritakan tentang sifat penjual beras ini (tok praeh beras ).
- Mereka menjual beras dalam unit kati, 2 kati, .. , seguni, dua guli … gitu lah .. sekarang baru ada sistem kilogram ini.
Dulu bila mereka menyukat beras .. katakan anda hendak membeli 8 kati beras .. dia akan sukat 8 kati di hadapan anda hidup hidup;digunakan bekas dari kertas kuning yang tebal, ..selepas itu dia akan menambah sedikit / segenggam dua beras untuk ditambah dalam 8 kati beras yg anda sudah belikan itu. oleh itu 8 kati tambah segenggam atau 2 genggam lah beras yang anda akan bawa pulangke rumah.
Begitulah ..sifat .. tok praeh beras zaman dahulu.
Mereka dapat buat begitu kerana .. di tepi kedai mereka .. ada sebuah masjid besar Wakaf Bharu, Kelantan. Di waktu malam, ramai tok praeh beras menadah telinga masing-masing mendengar ajaran agama yang disampaikan oleh ustaz/ ustazah terkenal termasuk arwah Tok Mufti Kelantan Tuan Hj Hasbullah.
Berkat ajaran agama ini, tok preah beras dapat mengamalkan sifat berderma / berlebih kurang antara mereka dengan para pembeli. Dengan sifat sebegitu rupa, pekan Wakaf Bharu , semakin popular , terkenal ke seluruh pelusuh tanah air. Ramai orang suka membeli belah di pekan ini.
- Sekarang, sifat ini .. saya nampak dah tak lagi diamalkan. Kerana ..beras sudah dibungkus dalam sukatan tertentu 1 kilo, 5 kilo, 10 kilo , 20 kilo, 40 kilo ..
ini dibuat supaya jualan lebih cepat dan tepat. Bekas bekas beras sudah siap tersedia ada di atas rak beras untuk dipilih oleh pembeli. Mereka menjual
ala .. counter kat supermarket sana. Hanya senyuman manis dari anak gadis tok praeh beras zaman moden ini sahaja lah senjata utama untuk memikat hati pembeli untuk singgah dan beli beras mereka.
Walaupun begitu dari observation saya , transaksi dan interaksi sosial antara penjual dan pembeli semakin berkurangan dari hari ke hari. Mungkin duit yang masuk ke dalam peti wang tok praeh beras semakin banyak .. sifat memberi segenggam dua beras .. ke dalam bekas beras pembeli ..tidak lagi diamalkan. Saya rasa payah nak amalkan .. kerana mereka kena buka balik .. supit (bungkusan plastic) beras yg sudah tersedia ada.
Bila sifat ini tenggelam , maka sifat kasihan belas pun semakin kurang diamalkan bukan sahaja luar kelantan tetapi negeri kelantan ini sendiri. Hasil dari itu, hati masyarakat semakin keras ..
Dulu berkat sifat berlebih kurang , ramai anak anak tok praeh beras dapat melanjutkan pelajaran hingga ke universiti, maktab perguruan, kolej jururawat dan akhirnya mereka dapat menjawat sebagai guru siswazah, ustaz, ustazah, pegawai majlis agama islam, pegawai daerah, pegawai polis, askar, doktor, doktor pakar, staf nurse dan lain-lain. Alhamdulilah.
Sekarang bila ..sifat memberi dan berlebih kurang semakin tenggelam diamalkan ..tidak ramailah anak anak, cucu cucit tok praeh beras yang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yg lebih tinggi dan seterusnya berjaya menjadi ahli masyarakat yang dikagumi ramai. Apa yang lihat , ada sebilangan anak anak tok praeh beras sudah menjadi mat atau minah rempit di kawasan tertentu Kota Bharu dan sekitarnya. Dulu budak budak muda suka mendengar kuliah agama dari maghrib hingga isya .. tetapi sekarang .. mereka suka menjadi peminat bola sepak Red Warriors .. Kelantan FC. Sekarang , majoriti ahli ahli masjid bukan dari kalangan muda mudi 25 - 40 tahun. Mereka adalah dari group orang orang pencen (warga emas).
Di dunia ini pun kita boleh lihat kesan dari .. meninggalkan sifat baik menderma, berlebih kurang se sama kita .. anak anak keturunan kita sudah semakin jauh dari agama islam yg sebenarnya. Mak bapak tegur pun .. mereka tak dengar sangat dah. contoh teguran ibu ialah .. mengapa mu pakai seluar ketat ketat tu Timoh (katty, fatimah) .. stail wen. Bakpo mu chat rambut mu tu Bidin .. stail loni weng (nenek/atuk). Gitulah lagunya rata riti zaman lo ni.
Sekarang data statistik perceraian .. di Kelantan 2000 - 2011 .. sangat tinggi jika dibandingkan dengan negeri negeri luar seperti Pulau Pinang dan Melaka. Adakah .. data ini mempunyai sedikit sebanyak korelasi (perkaitan, pertalian, persamaan ) antara amalan jual beli ibu bapa dalam dunia beras sekarang dengan tingkah laku anak anak mereka dari umur 10 - 25 tahun?
Wallah hu aklam. (hanya tuhan yang lebih mengetahui). p/s: oleh itu saya ingin mengajak diri saya terlebih dahulu dan para pembaca budiman, jom kita amalkan kembali sifat bertolak ansur , memberi derma segenggam beras , .. beri lebih pengajaran matematik di sekolah kpd anak anakmurid yang memerlukan perkhidmatan kita tanpa niat ..dapat upah tuisyen dan sebagainya. Insya allah kebahagiaan , adalah milik kita semua satu hari nanti. Ameen.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/10/tok-praeh-beras-di-wakaf-bharu-kelantan.html