Tolong jangan memaksa mereka mengikuti kursus itu dan ini
Salam
Tahniah kerana anak anak kalian yg sudah berjaya STPM dan Khamis 21 March 2013 pula keputusan SPM 2012 akan diumumkan. Alhamdulilah.. syukurlah .. ada anak anak kalian yg berjaya dan ada yg kurang berjaya/ tidak menyerlah seperti mak dan ayah mereka sendiri. APa apa pun ucapkanlah Tahniah ONCU, Chu, Alang, Along, Acik .. nah RM400 kerana mampu dapat 4A sahaja dari 11 subjek ..alhamdulilah. SEmua A+ dalam English, Additional Maths, Fizik dan Biologi. Subjek lain .. B3, B4, C5, C6. Syukurlah.
Jangan panik .. jika anak tak perform macam anak anak menteri di kabinet / anak anak org kaya ladang sawit di sana sini itu. Mereka cemerlang kerana .. mengikut laporan .. mereka mengikuti tuisyen untuk setiap subjek sepanjang 2011 - 2012. So apa nak dihairankan jika anak kita hanya dapat 8A dari 9 subjek atau 10A dari 11 subjek SPM nya. Syukurlah. Peluk anak itu baik baik ..if can dari tepi please. Bahaya?
-
Dalam ruangan terhad ini , izinkan saya berkongsi .. pengalaman mak ayah yg memaksa anak anak nya mengikuti kursus kursus glamour seperti kedoktoran, pergigian, sains akuarist, akauntant, .. , jurutera petroleum dan macam macam lagi dari sudut mata, perasaan mak ayah tersebut. Ini berbeza dgn si anak. Si anak hanya suka melukis, lukisan kartun terutamanya , suka baca komik dan gila pada hasil kerja animator di Karangkraf , Jepun sana. Pendek kata .. anak suka semua benda moden tapi berwarna ‘hijau’ sedangkan mak ayah extremely educated dan loaded suka melampau lampau kursus berkod ‘biru’.
-
Al Kisah ..selepas 4 hingga 6 semester .. kursus kedoktoran/ pergigian .. kebolehan anak ..kita boleh lihat .. CGPA/ CPA sekitar 2.00 sahaja dan ada masa itu ..FAIL! Lainlah dgn ibu bapa mereka di Amerika dahulu 1970 - 1980an . Ibu bapa graduat dgn kelas pertama .. sedangkan si anak dalam fakulti perubatan sekadar cukup makan jer. Bila result keluar , mak ayah selalu meleter mengalahkan pak menteri pak menterii BN yg membuat komen selepas PRU12 2008 yg lalu di seluruh pelusuk negara. Akhir cerita .. si anak terus berhenti pengajian tersebut. QUIT . So siapa yg rugi ini.
Mak ayah? tidak ..tidak .. si anaklah yg rugi. Rugi masa dan tahun pengajiannya.. asyik mengulang paper itu dan ini dalam fakulti perubatan di Malaysia ini. After 4 years doctoring mereka kembali kepada sijil SPM jer balik. (wa..wa.. menangis). Sijil Kolej Matrikulasi (KPTM) tak ada disenaraikan sebagai ‘umpan’ untuk diambik kerja dalam sektor kerajaan pun. Lebih baik STPM dan SPM. Pelik bukan? so anak orang berada itu kini berada pada takuk lama Sijil SPM 4 - 5 tahun yg sudah. Rugi?
So how? bagaimana nak mengatasi benda ini supaya tak berulang kpd kita orang melayu serba orang susah ini dari kampung Bunuhan, Tumpat , Kelantan ni?
jawapan ada pada minat si anak. Tanya lah mereka.
- Kita kena ikut sedikit sebanyak minat anak/ cakap baik baik dgn anak yg berminat melukis ini; suka beli kamera , handphone, internet ini contoh selepas banyak sesi slow talk .. anak nak mengikuti kursus multimedia di UTHM, Johor. Ha..ha.. Ikutlah minatnya itu.
Kalu anak berminat multimedia .. mereka secara otomatik ada mental stamina untuk membina sistem multimedia/ animator/ dan macam macam .. lg yg canggih canggih. Tak tidur malam pun tak apa. tak cukup tidur pun tak apa.. tak gi tandas 4 hari 4 malam pun tak apa why? mereka gila multimedia. Semua slot ..penuh dgn suspense dan thriller. Nampak tak itu ibu dan bapa? Kalau mereka tak berjaya jugak dlm UTHM ..maka mak ayah bolehlah ‘lepuk’ mereka kat bahagian muka atau kepalanya itu dgn bantal busuk zaman jepun itu. Tahap lepukan biarlah kuat dari biasa .. why? bidang mereka gila pun , mereka boleh gagal ..
Graduan multimedia mempunyai masa depan yg cerah tau? Secerah bendera berlambang bulan dan berwarna hijau itu (ketawa). Pergi jer studio animations kat cyberjaya itu dan boleh cuba kat Mumbai, India. Silap silap boleh berjumpa Sharukh Khan dan dijemput anak kita jadi ketua pembikinan filem dan lagu untuk nya. Lagu hindustan ..jika dimainkan di mana mana semua dapat sambutan. Semua pitih untuk anak tuan hamba. Kaya tau? Macam macam ada. Cubalah. Anak anak kita dari generasi “Y” - jenis tak suka tidur waktu malam. Mereka buat malam sebagai siang/ dunia malam mereka sentiasa ON. gilo bukan? Lainlah dgn kita generasi zaman komunis , 3 bintang, konfrantasi Indonesia & Malaysia, zaman awal awal kemerdekaan Yang Mulia Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan zaman Pop Yeh-yeh ( Datuk Jefrideen dan Mat Bond). he..he..
Itu jer .. nasihat ini kpd diri saya sendiri terlebih dahulu dan kalian semua. Hidup melayu kerana agama!
Maaf jika tersalah bahasa dan etika.
Wallah huaklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/03/tolong-jangan-paksa-mereka-mengikuti.html