tukar peranan
Salam
Zaman Jepun ..orang lelaki bekerja mencari nafkah untuk satu isi keluarganya. Kalau dia kuat ..bila mana dia mampu berkhawin dengan ramai wanita (<=4) maka peranannya pun bertambahlah. Kalau hutan itu nipis ..tak cukuplah dia mencari makan. Oleh sebab faktor ini .. banyak kawasan Felda berjaya dibangunkan. Syukur ..masa itu ..ramai lelaki kuat menebang hutan. Selagi ada hutan, selagi itulah .. ada punca makan minum keluarga peneroka dan lain-lain orang.
Wanita zaman tersebut .. setia kepada suaminya ..kerana mereka sedar , ayah bekerja kuat untuk keluarganya. Pekerjaan adalah dalam berbagai bagai bentuk tetapi kebanyakkan berbentuk ‘memerah tenaga 4 kerat ' siang dan malam. Jumlah peluh suami ..sangatlah banyak. Jika tiba-tiba si ayah dipatuk ular kapak .. maka semua orang susah di satu lokasi kawasan Felda nun jauh di sana.
Itu cerita zaman dahulu kala ( 50 - 80 tahun dahulu). Kalau dimasukkan cerita Sayyidina Ashah (r.anha) ..lagi lah cerita sangatlah lama. (1460 tahun yg lalu). Latar belakang cerita .. isteri taat setia kpd suami ..terus masuk syurga .. pilih pintu mana mu nok masuk.
- Sekarang sekarang dunia dah banyak berubah. Kita tengok di depan mata .. ada keluarga bergantung kpd kederat si isteri pulak. Semua mata fokus kpd sang isteri yg kuat, bijak, tangkas dan bijaksana. Ini semua kuasa tuhan. Saja nak tunjukkan kepada kita manusia cerdik pandai, tuli bisu, sihat cacat tak kira kawasan mana kita tinggal; sekarang zaman sang isteri keluar cari makan. Ada tu terpaksa memandu 100km pergi opis waktu subuh subuh hari dan 100 km kembali ke rumah idaman mereka di waktu malam malam hari. Kalau kuda, terjelir jugak lidah si isteri maklumlah .. lebuh raya malaysia ..bunyi jah lebuh raya .. trafik jam itu sentiasa, minyak banyak terbakar ..mintak kita bayar tol pulak (hiss..tak malu punya PLUS).
Bila keadaan ini terus berjalan .. sang suami mengambil posisi .. tunggu, lihat dan doa sahaja lah.
jika ada tren; waktu pagi dia hantar isterinya dan waktu petang ..dia tunggu isterinya pulang dari opis, sama ada di kementerian dan/ atau banyak lagi tempat pekerjaan. Anak anak diuruskan oleh suami. Kadang kadang dia hantar anak anak ini ke rumah orang lain atau ..jika menyusahkan …si ayah akan jaga anak anaknya kini.
Kalau isteri sakit, susah lah satu keluarga.
Kalau isteri mati tiba-tiba , makin susah keluarga tersebut. Mati tak kira gender. Suasana cukup sedih , terharu ..
Maklumlah ..dia “bread winner/ayam tambatan” keluarganya. Yes ..si mati ialah seorang ibu.
- Satu lagi keadaan , semua ahli keluarga bekerja. Bukan setakat atuk, nenek, ayah ibu jer keluar mencari makan .. sang cucu ; anak lelaki dan perempuan pun ..turut aktif bekerja seperti ..bisnes restoran tepi jalan (R&R).
Bila ini berlaku .. mereka ambik orang luar untuk menguruskan rumah tangga, anak anak dan cucu cucu mereka.
Bila satu kesefahaman sudah dibentuk dengan baik ..satu keluarga hidup harmoni.
Hari ini ..saya melihat rakan satu opis membawa ..banyak beg ke opis.
Disebabkan mulut saya agak manis dan ringan ..saya bertanya ..mengapa beg banyak ini?
Dia jawap ..ini semua beg anak. Ada susu, puting susu, gula, nestum, oats, biskut slim MLM dan pakaian-pakaian anak. Hushhh.. ingat kita ada 2 beg pun ..rasa dah banyak dah nak berjalan dari titik A ke titik B dan ke titik C ini kan beg yg tersangatlah banyak. . Rakan saya ini .. senang hati jer ..membawa banyak beg berwarna warni dan berbagai bagai size.
Pada mata saya .. rasa kasihan tetapi awas …
pada mata dia .. apa nak kau hairankan?
Begitulah .. zaman sekarang. Ada isteri kurang rehat. Waktu siang dia bekerja ..dan waktu malam dia berjaga jika anak anaknya sakit memerlukan sentuhan ibu yg super strong ini. Air basuh tangan ibulah dan air basuh tangan isterilah diciptakan orang? Pendekkata ..makin penatlah ibu kita ini. Kasihan. Ibu tak cukup rehat. Ada tu ..tiap tiap tahun menggandung. Rezeki cukuplah murah…org masjid katalah. Waktu rehat kena jaga ibu? so ada ibu terlelap belakang stering keretanya. Mananya tidak ..opis ada masalah; rakan satu penyelidikan ada problem; rumah ada masalah; negara banyak masalah; kereta pun …. tengok … Kereta Honda di pandu 160km/ jam. Jika mati tak cukup rehat ..syurgakah dia - ibu?
Peranan lelaki pada tahun 1940’an .. sekarang orang perempuan dengan senang hati sedang jalankan.
Oleh itu .. banyak benda kena tukar kepentingan.
Pertama, sang suami tak boleh demand macam macam dah seperti ..mintak isteri picit picit betisnya penuh bulu ( di Sabah/ Sarawak ..ada lelaki ..dari Pakistan; Bangladesh; India ..bulunya banyak) di waktu malam hari kerana ..tengok ..beg itu ..banyak sekali perlu diuruskan oleh isterinya.
Kedua, jumlah masa di luar rumah. Siapa yg lebih lama berada di luar rumah. Memperjudikan nyawa atas lebuh raya 200 km setiap hari semata mata sesuap nasi kau kata?
Ketiga .. doa isteri pada suami atau/dan doa suami kpd isteri agar masLimah selamat pergi dan kembali.
Keempat, .. mcm mcm lagi .. (belum termasuk hukum hakam agama lagi ini). Contoh apakah hukum jika suami tak bekerja langsung. Isterinya membanting tulang, pikir memerah otak di opis jer ? Atau suami berat tulang .. isteri terpaksa cari makan?
Ada suami ..dia sebut bisnes .. betul ker ..atau bisnes.. jg bini dan anak anak jer?
Baguskah hidup begini? Atau ..inikah satu kehidupan bila mana kos rumah harganya RM500,000 sebuah? Dasyat. Di mana letaknya berokah/ sakinah/ rahmah / tenang/ damai/ selesa dan aman damai? Bolehkah kita kaitkan kualiti hidup satu-satu keluarga dgn bilangan beg si ibu yg keluar dari rumahnya setiap hari? Jom tanya mufti kito/
Sekian. Why oh why ..this happening depang mator?
Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/09/tukar-peranan.html