tukar tempat


Update terakhir:

Salam

Ramai guru suka bertukar tempat bertugas ..dalam tempoh 1 - 20 tahun.  Ini adalah kerana faktor keluarga dan pasangan hidup.

Pada tahun 21 ke atas, mereka sudah selesa.  Maka timbullah istilah ‘zon selesa’.  Contoh zon selesa ialah berkemampuan membina rumah, hostel, kedai makan, bisnes kereta sewa di hadapan sekolahnya, politekniknya, universitinya dan ..ooppsss kubur nya.

Hari ini , saya tak ingin menulis pasal zon selesa.  Nanti orang mengecam saya dgn berbagai bagai cara - lisan atau bertulis.

  1. Insya allah pada hari ni saya nak menulis sedikiit pasal ‘bertukar tempat’.

2.1 tukar tempat tidur =  ada anak yg merajuk jika ayah meminta dia mengosongkan bilik atas ..kerana tetamu kita datang.  Macam-macam cara protes mereka maklumlah ..bilik tidur ..adalah kawasan peribadi.  Lagi pun sedap main FB dalam bilik masing-masing.

2.2  tukar tempat dari jabatan matematik kepada jabatan komputer.

Ini lagi ribut.
Maklumlah ..pertama start balik buat nota itu dan ini .. dari power point , C++ dan macam macam benda lagi

Nota Matematik ..senang jer .. kita ambik dari  guru senior ..pinjam pinjam, salin salin dan ..  edarkan kpd pelajar pelajar melalui facebook; blackboard dan Author.

Bila dapat arahan dari Ketua Jabatan perkara ini; langkah pertama ..jumpa boss dgn segera.  Ada yg masuk berjumpa dengan KJ dengan wajah yg baik dan ada juga ..masuk opis bos tanpa wajah pun.  Syukur ada lagi berkulit muka.

2.3  tukar tempat parker ..parking area?

Ini jadi isu jugak.

Dari tempat parker yg elok .. tak kena hujan ..kepada kawasan parker ..jauh sedikit dari opisnya. Terpaksa berlari gajah jika datangnya hujan.

Bila tercunggap- cunggap ..berlari ..baru sedar ..bagus jugak berbadan kurus ini. Senang lompat parit ..air nya deras mengalir.  He..he..he..

2.4  tukar tempat makan dari kantin Melati kepada kantin desasiswi Tun Fatimah

Ini ..bengong !  ada ker nak makan dgn students students?  Cher..cher ..cher .. maklumlah kita pensyarah kanan/ prof madya/ profesor penuh.

2.5 tukar tanah kubur?

Dulu orang mati disimpan dekat dengan pusat bandar Kota Bharu.

Sekarang ..  orang mati disimpan dengan dgn kawasan Sungai Kelantan.  Bila datang banjir , tulang si mati dihanyut air ke laut Cina Selatan.  Aduhai?

Mesti rakyat protes ini?

2.6 tukar kerajaan?

Lagi banyak orang protes dan bergaduh.

Tengok ..kesimpulannya ..kita payah nak menerima perubahan.

Bayangkan seorang mualaf .. bila memeluk islam ..  betapa banyak mujahadah yg dia kena tempuhi ..sebelum dapat tiket ..  se org mukmin sejati.  Hadiahnnya ..syurga firdausi.

Bila kita muslim (faktor kelahiran sahaja) ..payah nak berubah .. jgn diimpikan kita dapat menubuhkan satu negara islam sebenarnya.  Why?  kita tak boleh berubah secara ‘lillah hi taala’.

Ok tak?

Sekian. Fikir-fikirkanlah.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/09/tukar-tempat.html